Laman

Batu Kerikil Lantai Laman “Elegance” dan “Less Maintenance”

Share

Memiliki laman yang indah bukan lah sesuatu tugas yang mudah. Ia perlu penjagaan bagi memastikan laman indah yang melatari kediaman lestari dan dapat di nikmati sepanjang masa.

Namun dengan pemilihan elemen yang tepat, tugas-tugas penyelengaraan tidak peru dilakukan secara kerap. Antara pemilihan tanaman yang sesuai bagi laman less maintanance

adalah dari jenis tanaman tropika berdaun hijau seperti Calathea, Schefflera, Ficus dan sebagainya.

Selain pemilihan tanaman dan aksesori, kemasan lantai laman juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah landskap. Ia memberi keselesaan saat melakukan aktiviti.

Impiana meneria banyak rungutan dari pemilik kediaman yang memilih rumput sebagai kemasan lantai laman. Antara rungutan yang di terima bukan sahaja masalah penyelengaraan malah masalah rumput yang susuah untuk subur.

Disebabkan oleh perkara tersebut, ramai yang mengambil keputusan untuk menurap keseluruhan lantai laman. Namun apabila turapan digunakan, ia bukan sahaja akana menyebabkan masalah pembentukkan haba malah laman anda tidak poros. Hal ini akan menyebabkan masalah larian air permukaan terutamanya ketika hujan.

Sebagai pilihan, IMPIANA ingin cadangkan untuk anda menggunakan batuan krikil atau chipping stone sebagai kemasan lantai bagai menggantikan rumput.

Berikut, inspirasi lantai laman dengan kemasan batuan kerikil:

IKLAN