Akhir tahun lah masa yang ditunggu nak “make over” rumah. Sana-sini ekspo renovasi dan kelengkapan rumah dianjurkan.
Berpinar mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Al maklum lah, tahun baru mesti lah inginkan suntikan kesegaran dalam kediaman walaupun tak banyak.
Paling tidak pilihan cata dan tema warna kediaman yang mengikut trend 2019.
Tapi, ada lagi satu perkara yang lebih penting yang anda lupakan. DAH BAYAR ZAKAT BELUM?
Ads
Tak sempat? Tak jadi masalah. Dengar kata, sempena akhir tahun ni, Lembaga Zakat Selangor bakal beroperasi 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember di semua 27 cawagan. Waktu operasi cawangan pula bermula jam 8.30am-4.30pm pada hari bekerja.
Pada sabtu, Ahad dan cuti Umum, Semua cawangan Lembaga Zakat Selangor beroperasi pada jam 9.00am-3.00pm.
Ads
Pada waktu kemuncak ambang 2018 iaitu 28-31 Desember 2018, Lembaga Zakat Selangor turut melanjutkan waktu operasi sehingga 8pm buat anda yang terlalu sibuk di siang hari.
Ads
Tak sempat juga? Nak lebih mudah dan cepat, apa kata kita bayar secara online sahaja. Pembayaran lebih mudah dan cepat secara online boleh dilakukan di link berikut www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ .
Menariknya, Bagi pengeluar zakat melalui 27 cawangan Zakat Selangor bulan Disember ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa e-cabutan yang berupa sebuah Tablet, sebuah telefon pintar dan Touch’n’ Go sebagai hadiah saguhati.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudah tentu ramai yang bercita-cita untuk memiliki tanah sebagai pelaburan untuk aset jangka masa panjang. Maklumlah dengan memilik tanah sebegini akan memberi pulangan yang lumayan jika dijual semula.
Tapi mana lagi berbaloi beli rumah dulu atau beli tanah dulu? Semua ini perlu ada perancangan agar tidak salah pelaburan.
Menurut perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad, soalan yang sering ditanya mengena ilmu kewangan adalah pembelian tanah atau rumah.
Memiliki hartanah bukan perkara mudah silap percaturan memang boleh merugikan pemilik kediaman. Sementelah, bukan semua hartanah boleh menjadi aset, silap pertimbangan boleh menjadi liabiti yang membebankan pula.
Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah sebagai tempat tinggal, pertimbangkan dahulu segala perkara dengan mendalam. Sebaiknya elakkan beli kediaman jenis ini.
Perkongsian daripada Ejen Hartanah Berdaftar, Syakir Zainolini boleh dijadikan panduan.
Sebelum beli 3 jenis hartanah ini, fikirlah dulu masak-masak, panjang-panjang, dan dalam-dalam sebelum buat keputusan muktamad.
1. Yang Pertama — Lot Banglo
Nak beli lot banglo ini semua orang boleh beli sekiranya mampu dan ada duit.
Tapi ramai yang semasa beli tu tak tahu pun yang sekiranya nak bina rumah di atas lot banglo sebenarnya memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
Nak dapatkan kelulusan ini pula melibatkan banyak pihak termasuklah arkitek, pelukis pelan, jurutera itu dan jurutera ini.
Yang masaknya tu, keseluruhan kos untuk dapatkan kelulusan ini boleh mencecah tak kurang RM20k ke RM30k bergantung kepada jenis dan saiz binaan.
Haa satu lagi, kalau nak apply financing untuk bina rumah pula, selalunya bank cuma akan bagi margin pinjaman antara 70-80% dengan tempoh bayaran balik cuma sepanjang 10-15 tahun sahaja ya — kena cekaulah duit sendiri nak tanggung lagi 20-30% harga rumah tu.
2. Hartanah Kedua — Rumah Teres/Semi-d 3 Tingkat
Dah ramai dah saya jumpa pemilik rumah yang beli rumah 3 tingkat berakhir dengan jual balik rumah yang mereka diami itu.
Punca? Dah tak larat nak berulang turun naik panjat tangga dan tak tahan mengemas rumah sampai 3 tingkat.
Masa nak beli memang rasa seronok — maklumlah rumah besar dan ada banyak bilik, view dari tingkat atas pun cantik. Tapi bila dah lama sikit timbullah rasa menyesal tu sebab sampai sakit-sakit lutut nak berulang dari tingkat ke tingkat nak-nak pulak bagi si isteri yang setiap hari kena kemas dan bersihkan rumah.
3. Hartanah Ketiga — Rumah Townhouse
Rumah townhouse ni sekarang sudah semakin popular di kawasan bandar-bandar besar.Ianya satu alternatif baik kepada yang tak mampu nak beli rumah teres 2 tingkat tapi masih teringin nak tinggal di atas tanah dan tak mau hartanah tergantung di awangan seperti apartment dan kondominium.
Tapi kalau nak beli rumah townhouse di kawasan bandar-bandar kecil, fikir panjang-panjang kalau ada kemungkinan nak dijual balik rumah tu pada masa akan datang.
Rata-ratanya di kawasan bandar kecil, rumah-rumah seperti teres setingkat lebih mendapat permintaan dan lebih digemari ramai.
Jadi sekiranya nak jual balik rumah tu, ianya taklah sesusah rumah townhouse yang masih belum jadi pilihan orang-orang di bandar-bandar kecil.
Jadi kesimpulannya, kalau ada perancangan nak memiliki salah-satu daripada 3 jenis hartanah yang saya nyatakan di atas ini, fikirlah betul-betul ya.
Bukanlah tak boleh, tapi sebelum beli fahami betul-betul apa impak yang akan kita tanggung pada masa depan.
Bukan senang nak patah balik kalau tersilap langkah.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan dan rujukan buat yang sedang mencari rumah impian. Fikir dahulu dengan teliti rumah yang ingin dibeli dan kesannya pada jangka panjang.
Melalui satu hantaran di Facebook yang dikongsikan oleh Nazri Mustafa, peguam hartanah ini berkongsi kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk penjualan hartanah yang dimiliki.
Antara kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam urusan jual beli hartanah adalah seperti berikut:
KEBAIKAN:
1. Kos yang lebih rendah
Tanpa melibatkan seorang peguam, penjual mungkin dapat mengurangkan kos transaksi, kerana tidak perlu membayar yuran perkhidmatan peguam.
2. Kawalan lebih besar
Penjual mungkin merasa lebih banyak kawalan dalam proses jual beli dan tidak perlu bergantung kepada nasihat seorang peguam.
3. Kesilapan Undang-Undang
Risiko kesilapan undang-undang adalah lebih tinggi jika tidak ada peguam yang terlibat. Ini boleh membawa kepada masalah undang-undang yang serius dalam urusan jual beli.
3. Kesukaran dalam perundingan
Penjual mungkin tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi untuk berunding dengan berkesan dalam urusan jual beli, yang boleh mengakibatkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
4. Tiada perlindungan undang-Undang
Tanpa peguam, penjual mungkin kehilangan perlindungan undang-undang dalam kes-kes tertentu, seperti jika pembeli gagal menunaikan kontrak.
5. Semua urusan buat sendiri
Penjual perlu uruskan sendiri urusan permohonan pindahmilik, urusan penebusan harta (bank biasanya mahu berurusan dengan peguam sahaja), urusan pengemukaan laporan cukai keuntungan harta tanah, urusan suratan hakmilik (jika sudah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik ke atas nama penjual) dan lain-lain lagi urusan yang terlibat.
Oleh itu dalam pada tidak melantik seorang peguam boleh mengurangkan kos, penjual hartanah perlu menyedari risiko undang-undang dan kesukaran dalam urusan jual beli yang mungkin timbul jika tidak ada peguam yang terlibat.
Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!