Landskap dan taman bukan sekeping lukisan yang boleh dilakarkan di atas kanvas, ia adalah ruang tiga dimensi yang sentiasa berubah dan boleh mewujudkan pelbagai emosi serta imej tersendiri. Elemen yang dirasakan tidak menarik perhatian bagi sesetengah orang, mungkin memberikan keterujaan dan membangkitkan emosi kepada yang lain. Oleh sebab ini juga, container atau pasu mampu memainkan peranan menjadi titik fokal dan menyuntik impak segera visual taman.
Adakah container perlu disertakan tanaman untuk menarik perhatian dan berfungsi sebagai titik tumpu? Jawapannya adalah tidak. Sebagaimana arca atau pokok unik yang mampu menarik pandangan, container juga mampu menjadi titik tumpu, malah mungkin lebih efektif. Ayuh kita berfikir di luar kotak untuk mempertimbangkan penggunaan dan tarikan yang boleh dicetuskan oleh elemen ‘bersendirian’ ini.
Jika anda perhatikan kebanyakan elemen yang dipaparkan tidak disertakan tanaman di dalamnya. Tanpa jambangan tanaman yang ketara dan boleh mengalih perhatian, pasu atau tempayan ini memberikan peluang kepada pemerhati, contohnya pembaca untuk memandangnya sebagai sebuah hasil seni. Tindak balas ini tidak hanya terhad kepada bentuk monumen container, objek kecil dan unik juga dapat menarik perhatian.
Ads
Ads
Ads
Rekaan pasu yang cantik dengan saiz yang mampu membuatkan ramai teruja dengan keindah laman dengan pasu yang menawan. Ia akan menjadi satu main point dalam sudut laman anda.
Jika anda bijak mencari pasu yang cantik dan besar ini, pasti akan dapat dengan harga yang murah dan lebih menarik. Kena rajin berjalan kalau nak dapat barang murah dan berkualiti.
Pasu ini adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah laman. Tanpa hiasan ini di laman anda akan kelihatan hambar. Kadang kala pasu yang besar ini tidak semestinya digayakan dengan pokok di dalamny. Anda hanya mampu membiarkan sahaja tanpa perlu menambah dengan hiasan lain.
Cicak merupakan haiwan reptilia yang hidup merayap dan melekat pada dinding. Makanan kesukaannya biasanya serangga-serangga kecil seperti nyamuk. Sebenarnya dari segi pemakanan cicak ia mampu memberikan manfaat tersendiri untuk kita kerana ia dapat mengurangkan jumlah nyamuk di rumah kita.
Namun, kadang-kadang si cicak ini agak biadap dalam membuang hajat. Biasanya si cicak membuang hajat di tempat-tempat yang tidak kita ingin kan, misalnya di meja makan, di atas meja konsul, bahkan terkadang kita sendiripun menjadi sasarannya. Tentunya hal ini sedikit mengganggu, apalagi di dalam Islam kotoran cicak tergolong najis dan membuat tempat yang dikotorinya menjadi tidak suci, sehingga dapat mengganggu proses ibadah kita.
Jadi, bagi anda yang merasa terganggu dengan kehadiran haiwan ini, berikut terdapat beberapa tip yang mampu membantu anda untuk menghalau si cicak ini.
5 ‘Trick’ Nak Halau Cicak Dari Rumah
1. Gunakan Tembakau
Tembakau efektif digunakan untuk mengusir tokek. Berhubung cicak juga merupakan spesies dengan tokek tentunya cara ini juga berkesam jika ditujukan kepada cicak. Caranya adalah dengan meletakkan tembakau di tempat-tempat biasanya cicak bersembunyi misalnya di belakang almari dan di atas siling atau juga di tempat-tempat yang biasanya di lalui cicak. Kalau biasanya cicak berada di dekat lampu, anda boleh membungkus tembakau di dalam kantong lalu di tebuk sehingga tidak menghalangi aroma tembakau untuk tercium, lalu gantung dekat lampu. Aroma yang tajam dan pekat dari tembakau membuat cicak tidak selesa sehingga memutuskan untuk pergi.
2. Gunakan Kapur Barus
Biasanya kapur barus kita gunakan untuk melindungi pakaian kita dari kutu-kutu yang dapat merosakkan baju. Nah ternyata si kapur barus ini juga boleh dimanfaatkan untuk mengusir cicak. Caranya dengan meletakkan kapur barus di tempat-tempat cicak bersembunyi semisal di belakang almari dan di atas siling. Aroma dari kapur barus akan membuat cicak tidak selesa dan memutuskan untuk pergi.
3. Buat Rumah Anda Bersih
Agar cicak tidak selesa di rumah anda, anda boleh mencuba cara yang satu ini, iaitu membersihkan rumah anda sehingga serangga-serangga kecil yang merupakan makanan utama cicak tidak berkeliaran di rumah anda. Dengan berkurangnya sumber makanan cicak, dengan sendirinya cicak akan meninggalkan rumah anda.
4. Menurunkan Suhu Ruang
Cara yang berikut ini pun dapat mengusir cicak dari rumah anda. Dengan menurunkan suhu di rumah anda akan membuat cicak tidak nyaman. Hal ini kerana cicak yang merupakan haiwan reptilia yang sangat menyukai udara panas, selain itu kemampuan cicak untuk beradaptasi terhadap suhu juga kurang baik sehingga bila udara di rumah anda menjadi dingin cicak pun memutuskan untuk pergi.
5. Gunakan Bulu Burung Merak
Mungkin anda akan merasa bingung, kenapa mengusir cicak perlu menggunakan bulu burung merak, sungguh tidak masuk akal. Tetapi cara ini sudah diwariskan turun temurun dan cukup berkesan. Dan apabila anda melihat corak dari bulu burung merak ini maka semuanya akan menjadi masuk akal. Untuk menggunakan cara ini anda boleh melakukannya dengan menggantung bulu burung merak di tempat yang biasanya di datangi atau di lalui oleh cicak. Corak dari bulu burung merak yang merupakan corak mata cemerlang akan membuat cicak menngangap bulu itu sebagai musuh. Apalagi bila terkena cahaya, maka bulunya akan berkilapan dan hal ini akan membuat cicak menjadi takut sehingga enggan untuk kembali.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semulajadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota. Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar berkemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga.
Menurut Fatin suaminya, Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap ini kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat berkemas. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka berkemas. Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang kemas. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali.
“Walaupun saya tidak seperti wanita lain yang bekerja di pejabat dan saya habiskan masa di rumah dengan menjaga anak saya Qaira, Qayla dan Qisya, 6 bulan namun saya tidak duduk sahaja. Saya juga menjalankan pelbagai perniagaan secara online. Alhamdulillah saya juga biasanya membuka booth setiap hujung minggu apabila ada karnival. Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimaslis. Tampak lebih menarik apabila saya cermin yang ditepinya saya guna tape murah buat bingkai tampak lebih menyerlah.
“Pada saya dengan menggunakan pita pelekat untuk menggantung cermin di ruang meja makan adalah solusi yang sempurna. Ianya tidak kekal, dekorasi dinding dapat ditukar selalu, dan pita ini sendiri memberi statement tersendiri kepada ruang sekeliling,” jelas Fatin yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan rumah walaupun punya anak kecil.
Suka Lakukan DIY
Seorang yang cukup kreatif, Fatin menerangkan untuk mendapatkan kediaman yang cantik dan selesa tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Bagi dirinya seseorang itu hanya perlu kreatif dan bijak dalam melakukan DIY sendiri.
“Semua hiasan dirumah saya lakukan sendiri tanpa bantuan suami. Bila suami keluar bekerja bila dia pulang ke rumah tengok kediaman kami sudah berubah wajah. Saya suka DIY sendiri. Saya akan cat rumah sendiri malah saya juga mengecat rumah dengan cara sendiri dengan menggunakan span basuh pinggan. Malah saya yang aktif di laman sosial juga pernah memuatnaik teknik ini di laman sosial hingga menjadi viral.
“Jika kita lakukan DIY memang banyak berjimat. Contohnya botol kicap saya akan DIY menjadi botol yang cantik, tayar pula saya buatkan menjadi kerusi. Bingkai gambar pula saya akan print sendiri dan tampal di dinding,’ jawab Fatin berkongsi ilmu dekorasi dengan lakukan secara sendiri.
Mengusik tentang ruangan yang paling digemari Fatin menjelaskan dia tertarik dengan ruangan rehat yang menempatkan dua kerusi.
“Ruang rehat yang saya letakkan dua kerusi dan di dinding ada bingakai kayu. Ruangan ini memang menjadi kegemaran saya.
“Untuk pengetahuan akak, sewaktu berpindah kami cuma ada tikar dan sebuah almari baju. Kemudian bertambah sedikit demi sedikit. Perabot yang ada di rumah saya tidaklah terlalu mahu, saya beli di Ikea dan Kaison. Semuanya yang mampu milik. Cuma saya harus bijak dapat menyusun atur agar kediaman saya tampak menarik. Saya mula melakukan dekorasi di dalam bilik tidur. Pada waktu itu saya susun baju ikut warna. Kemudian saya berani mencuba ruangan lain dan akhirnya saya berjaya menghias seluruh kediaman dengan hasil kreativiti saya sendiri.
“Walaupun rumah saya jenis apartmen namun keluarga suka bertandang ke rumah kami. Saya tidak kisah dan sangat suka jika ramai tetamu yang datang. Walaupun saya suka kepada kebersihan namun tetamu yang datang juga sangat menghargai kediaman saya. Mereka juga suka melihat keindahan rumah yang saya lakukan dekorasi yang tersendiri.
“Keluarga saya dan suami akan bertandang ke sini bila tiba hujung minggu. Malah mereka juga menjadi sumber inspirasi dan sering memberi idea dalam mendekorasi kediaman,” jawab Fatin.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!