
Kos cat rumah agam yang mencecah RM250,000 menjadi perhatian ramai selepas didedahkan sendiri oleh usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri. Realiti ini membuka mata tentang beban sebenar maintenance rumah besar yang selama ini mungkin tidak terlintas di fikiran ramai. Kediaman mewah yang tersergam indah bukan sekadar lambang kejayaan, tetapi hadir bersama komitmen kewangan yang berpanjangan.
Perkongsian terbuka oleh usahawan dan pempengaruh terkenal ini menjadi satu pendedahan jujur tentang kos penyelenggaraan rumah besar yang jarang dibincangkan secara terperinci.

Kali Pertama Cat Semula Selepas 10 Tahun
Menurut beliau, rumah agam tersebut hampir 10 tahun didiami dan ini merupakan kali pertama keseluruhan bangunan dicat semula.
“Saya nak cat rumah pun fikir 10 kali. Ramai tak percaya rumah saya ini hampir 10 tahun pindah, dan ini adalah kali pertama saya cat rumah keseluruhannya. Kos nak cat rumah amatlah mahal hampir mencecah RM250,000,” kongsinya menerusi Instagram.
Angka tersebut menjelaskan betapa tingginya kos cat rumah agam apabila melibatkan struktur bersaiz besar dan kompleks. Ia merangkumi kos tenaga kerja, pemasangan perancah (scaffolding), kerja-kerja pembersihan permukaan, kemasan dinding tinggi serta penggunaan cat berkualiti premium yang sesuai untuk struktur bersaiz mega.

Bukan Sekadar Harga Setin Cat
Dalam konteks dekorasi dan penyelenggaraan kediaman, kos cat rumah bergantung kepada beberapa faktor utama:
- Keluasan keseluruhan dinding luar dan dalam
- Ketinggian siling serta reka bentuk fasad
- Jenis cat (weatherproof, anti-kulat, high durability)
- Keperluan peralatan keselamatan dan akses tinggi
- Tempoh masa kerja dan jumlah pekerja
Bagi rumah bersaiz biasa, kos mungkin jauh lebih rendah. Namun untuk rumah agam dengan keluasan ribuan kaki persegi dan reka bentuk kompleks, kos cat rumah agam boleh melonjak berkali ganda berbanding rumah standard.
Siap Cat Sendiri Bahagian Hadapan
Disebabkan kos yang tinggi, Aliff Syukri turut mengambil inisiatif mengecat sendiri bahagian bawah dan hadapan rumah sebagai langkah penjimatan.
“Baru saya tahu sebenarnya kos duduk, cat rumah bukan mudah seperti saya dijangkakan. Alhamdulillah tahun ni saya ada rezeki lebih, saya boleh bayar kontraktor dan rumah ini akan dicat buat julung kalinya seluruh bangunan selepas 10 tahun,” jelasnya lagi.
Perkongsian ini sekali gus membuka mata ramai bahawa kos cat rumah agam bukan sekadar melibatkan pembelian cat, tetapi turut menuntut perancangan kewangan yang teliti.

Fikir Kos Maintenance Sebelum Beli Rumah Besar
Tambah beliau, pengalaman ini menjadi pengajaran buat dirinya dan juga anak muda di luar sana.
“Kesimpulannya sebelum beli rumah, kena fikir juga maintenance tahunan sebab nak maintenance rumah bukan harga murah. Dulu saya berimpian untuk ada rumah besar seperti mahligai istana, tetapi saya tidak fikir panjang berkenaan kos yang perlu ditanggung pada masa akan datang.”
Realitinya, selain kos cat rumah agam, penyelenggaraan rumah berskala besar turut melibatkan komitmen lain seperti:
- Penjagaan landskap dan pokok matang
- Servis kolam renang
- Sistem keselamatan dan CCTV
- Penyelenggaraan bumbung dan saliran
- Bil utiliti yang tinggi
Benarlah kata pepatah, besar periuk, besarlah kawahnya.
Impian Perlu Seiring Perancangan
Dalam dunia hartanah dan dekorasi, membina atau membeli rumah besar memerlukan perancangan jangka panjang. Selain kos pembinaan, pemilik perlu membuat unjuran kos tahunan termasuk baik pulih dan kerja-kerja penyelenggaraan berkala.
Rumah yang ideal bukan semata-mata tentang keluasan atau kemewahan visual, tetapi sejauh mana ia praktikal dan mampan untuk dijaga dalam tempoh bertahun-tahun.
Perkongsian Aliff Syukri ini bukan rungutan, sebaliknya satu refleksi jujur tentang realiti sebenar memiliki kediaman berskala besar. Pendedahan tentang kos cat rumah agam ini memberi gambaran jelas bahawa impian memiliki rumah besar perlu seiring dengan kemampuan kewangan yang stabil dan perancangan jangka panjang yang bijak.
BACA LAGI : Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Sumber : IG @aliffsyukriterlajaklaris
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

