
APA ITU SHABBY CHIC?
Gaya eklektik yang menggabungkan perabot antik dengan warna-warna pastel, renda dan bunga-bungaan feminin, digayakan lusuh atau vintaj. Jika anda sukakan gaya lembut dan timeless sebegini, ini adalah beberapa karakter utama yang perlu ada di kediaman anda untuk mencapai ruang SHABBY CHIC yang begitu cantik lagi menarik.
4 Ciri Shabby Chic
#1 Mix and Match
Buka minda dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang luar dari kebiasaan. Mix and match kan perabot, material, warna-warnapastel dengan elemen klasik untuk look shabby chic yang lebih sempurna.
#2 Elemen Vintaj atau Klasik
Segala perhiasan dan perabot untuk tema ini perlu kelihatan klasik tetapi dalam masa yang sama timeless.
#3 Feminin dan Ceria
Konsep ini memang terkenal dengan gaya feminin nya yang diterjemahkan melalui pemilihan warna dan juga motif floral yang sudah sinonim dengan lambang kewanitaan.
#4 Warna-warna Neutral
Penggunaan warnaneutral dapat tone down kan elemen klasik yang mungkin akan kelihatan sarat jika dipadankan dengan warna yang terang. Jadi, rona seperti putih, beige dan kelabu adalah pilihan yang bijak.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Minat Kediaman Dengan Konsep Gaya Klasik Inggeris, Ini Ciri-Ciri Dekorasi Yang Wajib Anda Tahu!

Konsep gaya Klasik Inggeris ini sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman kediaman tampak lebih cantik serta menarik. Jadi, tidak hairanlah mengapa konsep ini telah menjadi kegemaran dan pilihan ramai. Betul tak?
Bagi anda yang meminati dengan dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini khususnya, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum mula mendekorasi antaranya ciri-ciri konsep yang betul dan sebagainya.
Pertama, kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini seharusnya mempunyai permukaan siling yang lebih tinggi berbanding dengan konsep gaya yang lain. Ini kerana, konsep ini mengetengahkan ruang dalaman yang tampak lebih luas dan lapang.
Selain itu, konsep gaya Klasik Inggeris ini juga kebiasaanya dipadankan dengan tona warna serba putih bagi bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan nyaman dalam kediaman.
Untuk menyerikan lagi dekorasi ruang dalaman kediaman, konsep gaya Klasik Inggeris ini di bahagian permukaan lantai sering dipadankan dengan pemilihan jubin bercorak ‘Marble’ yang tampak lebih elegan dan mewah.
Di samping itu, kebiasaannya kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini mempunyai ruang tamu dan dapur yang terbuka bagi memberikan aliran pengudaraan yang lebih baik.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tak Perlu Lagi Guna Seterika Untuk Gosok Baju, Cuma Guna Penyembur Khas Ini Mampu Hilangkan Kedutan Dengan Mudah!
nbsp;
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bina ‘Private Pool’ Di Halaman Kampung, Inspirasi Villa Di Sekitar Ubud, Bali

Wow! Private Pool Di Halaman Kampung! Macam selalu saya perkatakan, setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk memiliki kediaman sendiri. Kalau kita nak jadikan kediaman kita tu sebagai rumah ku syurga ku binalah kediaman itu dengan sepenuh hati. Jangan terlalu cepat untuk menghias mahupun menambah baik kediaman tanpa berfikir. Apa pun anda perlu rancang sebelum membuat sesuatu, periksa kehendak atau keperluan serta kemampuan. Jangan main buat sahaja.
Kali ini IMPIANA tertarik dengan sebuah rumah kampung ini, kalau tak tahu rumah ni terletak di kampung pasti ingat kediaman ini adalah banglo atau teres lot tepi. Apa pun syabas kepada pemilik kediaman ini kerana membina sebuah kolam persendirian dengan baik dan pastinya membuka mata semua pemilik di luar sana. Jom kita dengar apa yang pemilik ini ingin kongsikan.
“Sharing pengalaman membina private pool di laman kampung. Pembinaan private pool ini telah bermula sejak tamat PKP lalu iaitu pada pertengahan Jun 2020. Pada asalnya,kawasan ini hanyalah laman kampung biasa dengan tumbuhan tumbuhan didalam pasu. Proses pembinaan bukan suatu perkara yang mudah kerana struktur tanah yang berair dan di tambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu.
Apa yang menarik, private pool dengan keluasan 15 feet x 10 feet ini di gali secara manual sepenuhnya, tanpa menggunakan backhoe. Memang kuat kuderat pekerja ni kan! Mengambil inspirasi dari Villa di sekitar ubud, Bali beberapa elemen Bali seperti pintu masuk, pergola dan ukiran batu di dinding di gunakan.
Cabaran berikutnya adalah untuk mengekalkan tahap kebersihan, ph dan klorin kolam. Hampir 6 bulan selepas projek dimulakan.. akhirnya kami mampu tersandar tenang mendengar deruan air sambil menikmati suasana tenang dan nyaman di dalam kawasan private pool ini.”
Ha….apa kata anda pula, hebat ke tidak? IMPIANA memang puji la pemilik ni. hebat sangat idea beliau.
Gambar: Tuah Kencana
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ruang Tamu Umpama ‘Jantung’ Kediaman, Ini Tip Supaya Jadi Lebih Selesa

Ruang tamu umpama ‘jantung’ kediaman, ini tip supaya ruang jadi lebih selesa. Apabila memasuki ruang tamu yang direka dengan penuh ketelitian, mudah saja untuk tetamu merasakan aura kesempurnaan yang tersemadi dalam ruang berkenaan. Saiz dan rekabentuk sofa yang menarik dan selesa, pencahayaan yang mendamaikan serta keempukan kusyen membuatkan ruang tamu sebagai tempat yang ideal untuk beristirehat sambil melakukan aktiviti harian dengan aman.
Ibarat sebuah poster filem yang diterjemah dengan baik, ruang tamu yang dihias cantik sekali gus akan menjadi daya menarik utama buat sesebuah kediaman. Tetamu secara spontan akan membayangkan ruang-ruang lain yang mungkin sama menarik dan mewah.
Setiap perincian yang diberi perhatian akan mendatangkan hasil sempurna tetapi ini merupakan cabaran yang kadangkala sukar untuk dizahirkan. Pereka dalaman atau tuan rumah perlu berhati-hati memilih dan menyuai padan perabot di ruang tamu.
Begitu juga dengan warna cat dinding serta aksesori pelengkap yang diletakkan perlu lah seiring dengan konsep dan gaya ruang. Ingat, setiap butir perincian akan mempengaruhi rupa keseluruhan ruang tamu anda.
Bagi mendapatkan ruang tamu impian anda mungkin tidak semudah yang disangkakan, jadi IMPIANA telah mengumpulkan beberapa kesilapan major yang patut anda elak agar anda dapat menikmati ruang baru tanpa sebarang cela.
MEMILIH SOFA YANG SALAH
Semua orang setuju, sebuah ruang tamu yang sempurna bemula dari pemilihan sofa yang tepat. Ramai pemilik yang tdak mahu menggantikan sofa apabila mengubahsuai kediaman. Alasan mereka, sofa masih nampak elok ataupun sofa tersebut masih baru lagi dibeli. Apa yang mereka tidak tahu ialah, dengan mengekalkan sofa lama itu, mereka tidak akan dapat ruang tamu yang mereka inginkan. Jadi, bertolak ansur lah dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membeli sofa untuk diletakkan di ruang tamu anda.
Selain itu, keselesaan sofa juga merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Saiz, ketinggi dan material sofa perlulah seiring dan besepadanan dengan ruang yang ada. Jangan tergesa-gesa membeli sof atanpa mempertimbangkan faktor-faktor penting tersebut. Bagi mengelakkan memilih sofa yang salah, beli sesuatu yang simple dan mudah. Jauhi sofa dengan detailing yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.
MEMBELI KARPET YANG TERLALU KECIL
Menurut pakar, salah satu kesalahan biasa yang paling tidak patut dilakukan adalah membeli permaidani atau karpet dengan saiz yang salah. Perkara yang nampak remeh dan amat mudah dielak tetapi masih ramai lagi yang seperti tidak hirau jika ruang tamu mereka dihiasi dengan karpet lebih kecil daripada sepatutnya. Pastikan saiz ruang tamu dan tolong jauhi karpet kecil yang langsung tidak sesuai untuk ruang tamu anda.
SUSUN ATUR YANG TIDAK SESUAI
Walaupun anda rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding mengadap TV akan nampak menarik, tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Anda perlu letakkan lebih effort dan pemerhatian untuk mendapatkan ruang tamu idaman. Adalah penting untuk mempertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang yang ada terhad dan sempit.
MELETAKKAN TELEVISYEN DI RUANG TAMU
Kebanyakan kediaman sekarang mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah TV. Dan tempat yan gpaling senang untuk diletakkan ialah di ruang tamu. Tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana anda tidak semestinya WAJIB meletakkan TV jika tiada keperluan. Dengan ini, anda boleh meletakkan perabot yang lebih bermakna seperti rak buku atau meja konsol pada ruang yang kosong tersebut.
KESILAPAN KETIKA MENGGANTUNG LUKISAN DINDING
Lukisan yang digantung pada dinding menggambarkan kesungguhan anda dalam menghias ruang tamu. Jika ia diletakkan pada pada ketinggian yang tidak sesuai, selain menyakitkan mata, ia juga membuat tetamu fikir yang anda tidak kisah tentang penampilan ruang. Kerana perbuatan tersebut nampak seperti tidak ikhlas dan sambil lewa. Ruang juga akan kelihatan pelik dan tidak menyakinkan.
Kredit foto (top image): Pexel
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI