Kongsi Percutian Safari Di Tanzania, Khemah Inap Mewah MARION CAUNTER & Suami Curi Perhatian!

Share

Siapa yang tak mengenali personaliti, bekas model dan usahawan jelita, Marion Caunter yang juga merupakan isteri kepada ahli perniagaan, SM Nasaruddin.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini bukan saja terkenal dek kecantikan serta kepetahan dirinya berkata-kata, malah ramai peminat turut tertumpu pada setiap hantaran yang dibuat Marion memandangkan Marion seorang wanita berkarier yang ‘kaki travel’.

Dan baru-baru ini, Marion sekali lagi mencuri tumpuan apabila dirinya berkongsi gambar-gambar percutian dan perkhemahan safari beliau dan suami ke Tanzania. Ujar Marion, dia dan suami dijadualkan bercuti ke Afrika tiga tahun lepas, tetapi berikutan pandemik, ia terpaksa ditangguhkan.

Marion sempat merakan gambar dan video mereka berdua ke Afrika termasuk Rwanda serta Tanzania sambil melawati tempat-tempat unik lagi bersejarah seperti Volcanoes National Park dan banyak lagi.

Yang menariknya, Marion turut berkongsi gambar-gambar khemah diinapi untuk dua malam dan ternyata khemah tersebut bukan ‘biasa-biasa’. Yang lebih mengujakan, tapak perkhemahan yang terletak di Singita Mara River Camp, Serengeti turut dilengkapi dengan lampu chandelier yang cantik, bilik tidur dengan katil bersaiz ‘king’ serta sofa yang empuk serta ruang tamu yang luas dengan perhiasan safari yang mengujakan.

Malah khemah tersebut turut menyediakan ruang makan yang mengasyikan serta dilengkapi porch termasuk tab mandi di luar sambil melayari pemandangan gurun, ternyata ramai yang makan hati!

Bertuah sungguh Marion ni kan! Bilalah pula kita akan merasai pengalaman bercuti di Afrika kan?

Kredit foto: Instagram @marioncaunter

IKLAN