Laman

Keladi Telinga Gajah, Cantik Di Laman

Share

Keladi telinga gajah adalah antara jenis keladi bersaiz besar yang boleh mencapai ketinggian lebih dari 2 meter jika kondisi pertumbuhannya sesuai. Ramai memilih tanaman ini sebagai salah satu focal point 

disebabkan oleh tekstur dan saiznya yang besar.

Keladi telinga gajah ni, tidak cerewet dan mudah untuk di tanam. Ia boleh dibiakkan melalui umbisi. Yang menjadi keutamaan tanaman ini adalah kadar kelembapan yang tinggi pada medium tanaman. Secara tidak langsung ia menggalakkan pertumbuhan umbisi lebih sihat dan menghasilkan lebih banyak daun dan anak yang boleh dibiakkan.

Tanaman ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai tanaman berpasu kerana umbisinya tidak terlalu besar seperti tanaman yang mempunyai akar keras

IKLAN