Bawa Aura Hotel Ke Rumah Sendiri, Kediaman Modern Luxury Curi Perhatian

Langkah saja ke ruang tamu rumah ini, terus terasa aura tenangnya. Segala-galanya tampak sempurna — dari pencahayaan hangat hingga padanan warna neutral yang menenangkan jiwa. Inilah kediaman milik Nurashikin Jaafar (Ekin) dan pasangannya di Bandar Gamuda Gardens, yang berjaya menzahirkan impian kediaman modern luxury bak hotel mewah dengan sentuhan peribadi yang penuh jiwa. Setiap sudut bukan sekadar cantik, tetapi mempunyai nilai emosi tersendiri.

Cinta Pandang Pertama, “Saya Nak Rumah Rasa Macam Hotel”

Bawa Aura Hotel Ke Rumah Sendiri, Kediaman Modern Luxury Curi Perhatian

Bercerita tentang inspirasi dekorasi, Ekin mengakui dia jatuh cinta dengan rumah ini bukan kerana saiz atau lokasi semata-mata, tetapi kerana potensi ruang yang membolehkan dirinya mengekspresikan identiti dan citarasa peribadi.

“Dari awal lagi saya memang impikan suasana rumah yang tenang, kemas dan terasa seperti berada di hotel. Itulah sebabnya saya pilih konsep modern luxury sebagai tema utama kediaman ini,” jelas Ekin dengan senyuman.

Bawa Aura Hotel Ke Rumah Sendiri, Kediaman Modern Luxury Curi Perhatian

Konsep ini menekankan gabungan kemewahan minimalis dengan tekstur mewah seperti fabrik lembut, pencahayaan hangat dan kemasan elegan yang mencipta suasana cozy namun tetap eksklusif. Warna neutral seperti beige, kelabu lembut, dan coklat diserikan dengan sentuhan emas serta hitam untuk menyerlahkan aura mewah.

“Bagi saya, rumah bukan sekadar tempat tinggal. Ia tempat untuk berehat, recharge dan mencipta kenangan. Saya nak setiap kali balik rumah, saya rasa tenang macam check-in hotel setiap hari.”

Ilham Sendiri Mengikut Citarasa

Menariknya, keseluruhan dekorasi dan susun atur rumah ini direka sepenuhnya oleh Ekin sendiri tanpa bantuan pereka hiasan dalaman.

“Saya memang minat dunia dekorasi, jadi proses menghias rumah ini adalah satu kepuasan peribadi. Saya banyak rujuk idea pereka luar negara, terutamanya dari UK, sebab saya suka gaya modern luxury mereka yang elegan tapi tetap praktikal,” katanya.

Bawa Aura Hotel Ke Rumah Sendiri, Kediaman Modern Luxury Curi Perhatian

Ads

Inspirasi banyak datang dari Pinterest dan laman dekorasi Eropah yang menampilkan rekaan clean aesthetic, hotel boutique vibes dan ruang yang menenangkan. Setiap pilihan dibuat bukan kerana trend, tetapi kerana fungsinya dan bagaimana ia membuatkan pemilik berasa “at home”.

“Saya pilih setiap perabot, warna, tekstur dan lampu dengan tujuan, semuanya mesti ada kesinambungan antara ruang, bukan sekadar cantik di mata.”

Renovasi Pantas, Hasil Mantap

Walaupun hasilnya tampak seperti projek pereka profesional, semua kerja renovasi disiapkan dalam masa hanya dua bulan sahaja. Rumah ini adalah unit baru, dan sebaik menerima kunci, Ekin terus memulakan proses pemeriksaan defect serta ubah suai. Namun, perancangannya sudah bermula tujuh bulan lebih awal.

“Saya mula cari kontraktor seawal mungkin supaya bila rumah siap, semua terus boleh jalan. Saya sendiri urus dan pantau setiap kerja supaya semuanya ikut konsep yang saya nak.”

Antara kontraktor yang terlibat:

  • DER ARR EMPIRE – Mengendalikan kerja basah, plaster ceiling, wiring, lighting dan pemasangan aircond.
  • KH Curtain by Amir Khan – Menyediakan langsir moden dengan tona lembut yang menyerlahkan ruang.
  • Smart Floor Creative – Membekalkan SPC flooring berkualiti tinggi yang memberi sentuhan premium pada keseluruhan lantai.

Susun Atur Ruang Praktikal & Elegan

Rumah teres dua tingkat ini mempunyai satu ruang tamu utama, tiga bilik tidur, satu bilik mainan, dapur kering, dapur basah dan ruang laundry. Ekin menitikberatkan aliran ruang yang selesa, memastikan setiap kawasan mempunyai fungsi tersendiri tanpa kelihatan sempit atau sarat.

Ads

Bawa Aura Hotel Ke Rumah Sendiri, Kediaman Modern Luxury Curi Perhatian

Ruang tamu dihiasi sofa fabrik neutral dan feature wall menarik dengan pencahayaan lembut yang memberi aura mewah tapi santai. Dapur kering tampil moden dengan kemasan glossy laminate serta built-in cabinet kemas yang dihubungkan terus ke dapur basah untuk fungsi praktikal.

Bawa Aura Hotel Ke Rumah Sendiri, Kediaman Modern Luxury Curi Perhatian

Bawa Aura Hotel Ke Rumah Sendiri, Kediaman Modern Luxury Curi Perhatian

Bilik tidur utama pula menampilkan suasana paling peribadi, berlatarkan warna kelabu lembut serta lampu gantung warm white untuk kesan ala hotel. Sebuah bilik dijadikan bilik mainan dengan dekorasi ceria namun kekal dalam tema neutral agar harmoni dengan keseluruhan konsep rumah.

Ads

“Saya percaya rumah yang cantik mesti juga praktikal. Tak guna cantik kalau tak selesa untuk digunakan setiap hari.”

Kos & Pelaburan Berbaloi

Walaupun jumlah kos renovasi tidak didedahkan, Ekin menegaskan bahawa setiap perbelanjaan dibuat dengan bijak. “Saya tak suka berbelanja berlebihan, tapi saya percaya pada kualiti. Lebih baik labur sedikit untuk hasil yang tahan lama dan nampak kemas.”

Kerjasama rapat antara kontraktor dan pemilik menjadikan setiap proses berjalan lancar, tanpa pembaziran masa atau bajet.

Kediaman yang Mencerminkan Jiwa

Kediaman ini bukan sekadar cantik di mata, tetapi mencerminkan ketenangan, kesungguhan dan cita rasa tuannya. Setiap ruang dicipta dengan penuh kasih — dari pemilihan warna ke pencahayaan, semuanya menyatu dalam harmoni sempurna.

Bawa Aura Hotel Ke Rumah Sendiri, Kediaman Modern Luxury Curi Perhatian

“Saya nak rumah ini jadi tempat saya recharge, tenang, selesa dan berjiwa. Bila tengok hasil akhir, saya tahu setiap usaha dan perancangan itu berbaloi.”

Dengan gaya modern luxury yang serba eksklusif, rumah Nurashikin Jaafar di Gamuda Gardens membuktikan satu perkara, anda tak perlu pereka dalaman untuk hasil mewah. Cukup dengan citarasa, kesabaran, dan visi yang jelas.

Info Pemilik

  • Nama Pemilik: Nurashikin Jaafar (Ekin)
  • Usia Kediaman: 1 tahun
  • Konsep Hiasan: Modern Luxury
  • Lokasi: Bandar Gamuda Gardens
  • Keluasan: 1,639 sqft
  • Jenis Kediaman: Teres 2 tingkat
  • Spesifikasi: 1 ruang tamu, 3 bilik tidur, 1 bilik mainan, 1 dapur kering, 1 dapur basah, 1 ruang laundry

Artikel lain: Beli Rumah, Runtuhkan & Bina Semula: Trend Pemilik Rumah Moden Pilih Ikut Citarasa Sendiri

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads