KUALA LUMPUR, 9 April 2019 – Jenama perabot yang paling laris di dunia, Ashley Furniture HomeStore, membuka galeri terbesarnya di pusat beli-belah Quill City Mall hari ini.
Dimiliki dan dikendalikan oleh HAUSLIFE Furniture Sdn Bhd (HAUSLIFE), pemegang lesen tunggal dan operator Ashley Furniture di Semenanjung Malaysia, Ashley Furniture HomeStore Quill City Mall merupakan galeri keempat syarikat perabot berkenaan di Malaysia.
Rekaan dalaman HomeStore yang seluas 13000 meter persegi ini turut memaparkan Koleksi Lifestyle Ashley Furniture yang terdiri daripada ‘Vintage Casual’ , ‘Urbanology’ , ‘New Traditions’, ‘Contemporary Living’ serta ‘Family Spaces’; laluan berliku melalui ruang-ruang pameran serta kemasan dinding yang unik dan menginspirasikan.
**media[5258]**
Ads
Kategori-kategori produk yang disediakan termasuk set upholsteri, bilik tidur, ruang makan, rumah pejabat, sofa sandar, tilam dan aksesori.
Ads
Seiring dengan trend global dalam penerimaan gaya hidup digital, Ashley Furniture HomeStore baru-baru ini melancarkan platform e-Dagang yang khas untuk rakyat Malaysia.
Ads
Dibangunkan dengan memberi penekanan pada elemen mesra pengguna, platform berkenaan turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri komprehensif serta tawaran menarik. Platform ini membenarkan para pelanggan Ashley dari seluruh Semenanjung Malaysia mendapatkan produk-produk Ashley daripada peruncit yang disahkan secara online.
**media[5259,5260,5261]**
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman https://www.ashleyfurniture.com.my/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Petaling Jaya, 20 April 2019 yang lalu telah berlangsungnya malam aprisiasi yang ditunggu-tunggu oleh penggiat industri landscape Malaysia iaitu Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA). Ia telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad. Majlis yang gilang-gemilang telah dianjurkan di Hotel New World Hotel, Petaling Jaya telah menobatkan lebih dari 60 penggiat industri dari perlabgai lapisan sama ada pemaju, pihak berkuasa tempatan, pereka bentuk dan pelajar.
Untuk tahun 2018, sejumlah 141 pencalonan telah diterima terdiri daripada firma rundingan, pemaju, pengkaji, pelajar, kontraktor, pembekal, agensi kerajaan, media dan orang persoranagan. Kesemua penyertaan telah diadili oleh 20 orang juri dari bidang landskap dan seni bina. Antara kategori yang dipertandingankan adalah kategori Landscape analysis & study Award (Malaysia dan Luar negara), Landscape design award (malaysia dan Luar Negara), young landscape architect award, landscape development award, landscape master plan award, green initiatives award, CSR green initiative award, ILAM landscape media award, landscape research award, student design award, dan ILAM academic award.
Antara anugerah yang paling dinanti-nanti pada malam berprestij tersebuta adalah Project of the year 2018 yang telah berjaya disandang oleh Tiarasa Escape Glamping Resort yang telah di reka bentuk oleh WHZ Environmental Design Sdn. Bhd. MLAA11 yang berlangsung merupakan sebahagian inisiatif atau batu aras dari ILAM sebelum berlangsungnya kemuncak IFLA World Landscape Architects Summit 2020 (IFLA 2020) di mana, Malaysia bakal menajdi tuan rumah menghimpunkan penggiat industri landskap di seluruh dunia. Acara kemuncak industri landskap yang bakal berlangsung pada13 Ogos 2020 ini telah memilih bandar Georgtown, Pulau Pinang sebagai lokasi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berlangsungnya Samsung Forum 2019 di Singapura dimana Samsung memperkenalkan beberapa produk terbaru merangkumi peralatan elektronik untuk kegunaan di rumah khusus buat pasaran Asia Tenggara. Tahun ini, rangkaian yang diperkenalkan merangkumi tiga aspek iaitu ‘connect, devices dan intelligence’. Selain itu, Samsung turut memberi penekanan kepada konsep penjimatan tenaga elektrik untuk keseluruhan rangkaiannya. Lima produk terbaru yang dilancarkan, iaitu televisyen QLED 8K, peti sejuk berteknologi tinggi, penghawa dingin, soundbar Q Series dan mesin basuh dengan tekonologi serba canggih.
Setiap rangakaian ini mempunyai pelbagai kelebiahan yang lebih menarik dan berbeza dengan sebelum ini.
Samsung Q50R QLED 8K
Televisyen dengan teknologi tinggi pada skrin paparan rata yang dilancarkan kali ini pastinya memberikan kesan yang maksima dan memuaskan kepada semua pengguna. Samsung pastinya antara yang terawal dan hebat dalam menawarkannya Samsung Q50R, sebuah televisyen dengan definisi 8K dengan saiz 98-inci.
Samsung Family Hub
Peti sejuk Samsung Family Hub, model ini dilengkapkan dengan skrin sesentuh yang bertindak sebagai tablet. Dalam erti kata lain, para pengguna pastinya tidak lagi akan bosan dengan penyertaan YouTube dan Spotify. Selain itu, peti sejuk ini turut boleh dilekatkan dengan nota digital yang bakal memudahkan seluruh keluarga dirumah. Bertepatan dengan misi Samsung bagi menjayakan IOT 4.2, kini model kelengkapan Samsung turut dilengkapkan dengan teknologi terbaru yang boleh dihubungkan melalui Wi-Fi. Berserta dengan teknologi yang boleh menerima arahan iaitu BIXBY.
Samsung Wind-Free
Perubahan terbaru yang diperkenalkan pada penghawa dingin melalui Samsung Wind-Free,mensasarkan model terbaru ini buat pengguna yang mahukan keselesaan yang lebih baik. Tampil dengan 21 ribu lubang pada seluruh penghawa dingin, model ini bakal memberikan kedinginan yang sama rata dalam memberikan penyejukan secara menyeluruh berbanding model sebelum ini yang menawarkan udara dingin pada satu hala sahaja. Sistem pembersihan yang lebih baik serta teknologi penjimatan elektrik pada model Wind-Free antara yang diberi penekanan oleh Samsung pada kali ini.
Samsung Soundbar Q-Series
Pembesar suara atau soundbar yang diperkenalkan kali ini lebih tertumpu kepada bunyi pada satu hala iaitu pada bahagian hadapan sahaja, menerusi Samsung Q-series, model ini menawarkan teknologi terbaru dimana para pengguna dapat merasakan pengalaman bunyi yang berlegar 360 darjah. Selain itu, model ini turut bekerjasama bersama Harman Kardon dalam menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik.
Samsung Q-Drive
Samsung Q-Drive merupakan model mesin basuh terbaru daripada Samsung. Menariknya, para pengguna berpeluang menggunakannnya dengan hanya memberi arahan melalui telefon pintar di mana model ini mampu dihubungkan melalui Wi-Fi. Selain itu, model ini turut menumpukan kepada penjimatan tenaga elektrik serta berpeluang membasuh pakaian pada kadar yang pantas. Menarik lagi, kalau tertinggal baju yang ingin dibasuuh dan ingin menambah sewaktu mesin ini sedang membasuh pakaian, hanya dengan add wash sahaja mampu menyelesaikan masalah terlupa tersebut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
KUALA LUMPUR, 28 Mac 2019- Malaysia, negara yang dirahmati dengan kepelbagaian kaum dan bangsa tetap hidup harmoni dalam satu perpaduan. Warna adalah salah satu elemen yang mencerminkan identiti sesuatu kaum dan bangsa dan melaluinya juga ia dibentuk menjadi sebuah identiti.
Dalam meraikan perpaduan yang terdapat di Malaysia, DULUX jenama cat dekoratif terkemuka daripada AkzoNobel dan Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) baru-baru ini telah bekerjasama mengolah laatr dinding di Jalan Raja Chulan dengan mural kreatif. Projek ini turut mendapat kerjasama dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Setiap mural yang dipapar telah dipilih oleh orang ramai menerusi peraduan yang telah dijalankan di Facebook PERMAI antara 4 hingga 14 Mac 2019. Pihak penganjur telah menerima lebih 100 penyertaan atas talian. Selepas pusingan penilaian akhir oleh panel yang termasuk Indra Laban, Pengurus Besar, AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, empat mural telah dipilih untuk dizahirkan di dinding Jalan Raja Chulan.
Kemuncak kepada pertadingan ini adalah penilaian hasil kerja peserta secara fizikal. Ke empat-empat lakaran yang telah siap dizahirkan pada latar dinding hentian bas Jalan Raja Chulan di nilai sekali lagi dan ia telah dimenangi oleh Amin Hadarih yang membawa pulang hadiah berupa cek RM 4, 000 beserta plaque.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!