Kalau Pisau Di Dapur Dah Berkarat Cuci Dengan Dua Bahan Ini

Share

Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.

Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!

Tip Membersihkan Karat

Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir

Caranya :

  1. Rendam pisau yang berkarat kedalam cuka makanan selama 24 jam
  2. Kemudian bilas dengan air sehingga yakin bersih
  3. Akhir sekali, sadur pisau dengan minyak masak atau minyak pelincir

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN