Tiny house, rumah ponduk, rumah kebun atau apa sahaja panggilannya kini kian mendapat tempat di Malaysia. Jika sebelum ni, rumah pondok rekaanya biasa-biasa sahaja. Tapi, sekarang ni kebanyakkan rumah pondok atau rumah kecil di Malaysia ni siap dengan dekorasi yang cantik seperti yang dilakukan oleh Niesa Ahmad. Jom kita lihat reka bentuk “tiny house” Niesa Ahmad yang terletak di Langkawi
Alhamdulillah… ‘rumah kecil kami’ dalam kampung dengan latar belakang gunung-ganang yang indah nan permai terhasil jua akhirnya, dengan gabungan konsep moden dan tradisional sesuai lah habuan nak berehat minum-minum kopi lepas bersara nanti konon-kononnya.
Rumah berkonsepkan ‘rumah terbuka’ ni kami buat dengan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang maksimum sebagai kunci utama pembinaan ni. Kalau secara istilah seni bina depa kata guna konsep “sustainable construction” kot. Konsep Rekaan rumah kecil ni adalah minimalis dan kemas.
IKLAN
Struktur utama rumah ni kami guna kerangka metal frame. Lepas tu untuk dinding dengan lantai kami pakai cement board ja tak gaduh ikat bata dengan nak plaster dah. Nak bagi segak bahagian luar, kami pakai “shiplap plank”. Dinding bahagian dalam kami buat finishing cat ja terus atas cement board tu. Yang lantai pulak kami pasang vinyl flooring atas cement board tu bagi segak.
IKLAN
Lantai luar tu kami guna kayu composit yang macam platform kolam di hotel-hotel. Keluasan lantai boleh ikut pilihan masing-masing dan bersesuaian dengan tanah yang dok ada, kami tanah kecik buat kecik ja laa dalam 18×16 kaki tak silap, tak termasuk balkoni la
Okayy kalau nak tanya bab harga tu kena runding dengan tukang kontraktor sebab ada bahan kita boleh pakai yang lebih ‘mesra poket’ dan ada yang nak kena yang bagus. Tapi kos tu insya-Allah padan patut laa orang kata.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menaiktaraf sesebuah kediaman memerlukan kesabaran kerana ia membabitkan ramai pihak dan akan mengambil masa yang panjang. Tetapi jika anda sudah tahu langkah yang perlu diambil dari A hingga Z, sudah tentu lebih mudah dan lancar.
Melalui perkongsian arkitek bertauliah, Ar.Azizul Azwar ini, pemilik dapat menyemak proses yang perlu dilalui serta beberapa tip bagi memastikan anda tiak menaggung kerugian ketika melakukan ubahsuai.
BOLEH KE NAK TAMBAH TINGKAT BARU KAT ATAS?
“I ingat nak tambah tinggi rumah 2 tingkat jadi 3 tingkat. Boleh ke?”
Pagi-lagi dapat text dari Klien lama kawe. Alhamdulillah ade orang yang nak berbelanja ubahsuai rumah di zaman Covid nih.
Antara keghairahan Pemilik rumah yang ingin mengubahsuai rumah ni antaranya, tambah luas dapur, sambung bilik tidur, tambah ruang famili dan macam-macam lagi.
Dalam banyak-banyak ubahsuai tambahan, kawe paling seram bila Pemilik rumah nak tambah tingkat. Maknanya rumah 1 tingkat, tapi nak jadikan 2 atau 3 tingkat.
Bertambah seram bila rumah asal ni dah berumur lebih 20 tahun, yang pelan asal mungkin dah takde dalam mana-mana simpanan.
Jadi sebelum Pemilik nak ubahsuai tambahan tingkat nih, kawe suggest Pemilik untuk teliti beberapa perkara terlebih dahulu:
1) Semak Dengan PBT;
2) Berapa Bajet;
3) Lantik Arkitek dan Engineer;
4) Lantik Kontraktor Berpengalaman;
5) Bincang Dengan Jiran.
SEMAK DENGAN PBT
Sebelum duk dengki dengan jiran renovate rumah tambah tingkat, semak dulu dengan PBT niat kita ni. Sebab tak semua PBT benarkan pertambahan nih.
Ada PBT pulak benarkan, tapi hingga beberapa aras sahaja.
Nak semak ni tak susah pun. Call je hotline PBT, then bagitau nak bercakap dengan Jabatan Bangunan.
Tak tahu nak cakap apa? Ni saya bagtau:
“Salam sejahtera. Ni Jabatan Bangunan ye? Saya En X, ada rumah teres 2 tingkat kat Taman M, Daerah N. Boleh tahu jika saya boleh tambah jadi 3 tingkat?”
Mudah je kan?
Senang jika dah confirmkan sendiri ni. Tak buang duit bayar deposit Arkitek, tapi bile check tak boleh buat
Semakan kawe di beberapa PBT adalah seperti berikut:
a) Majlis Bandaraya Seremban – Tak Boleh
b) Majlis Perbandaran Dungun – Boleh
c) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya – Tak Boleh
d) DBKL – Boleh
e) Majlis Perbandaran Kuala Terengganu – Boleh
f) Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Boleh
BERAPA BAJET
Untuk tambah aras baru nih, biasanya harga sekaki lebih mahal daripada buat rumah ‘from zero’.
Ni sebab kontraktor banyak kene consider:
1) Protective works – taknak habuk kacau sekeliling
2) temporary structure works – nak bagi tahan struktur rumah masa buat kerja
3) demolishing works – nak roboh bumbung, dinding sediada
Biasa rate nih boleh pegi dari RM180 – RM300 sekaki. Bergantung kepada pelbagai faktor lah jugak ye.
LANTIK ARKITEK DAN ENGINEER
Nak tambah tingkat tambahan nih memang kena lantik Arkitek dan Engineer.
Biasa kawe akan buat beberapa semakan dulu sebelum mula kerja:
1) ‘Visual Inspection’ – tengok jika ade crack yang besar
2) Pelan Sediada – nak tengok kedudukan tiang dan beam
3) ‘Structure Integrity Test’ – nak tengok jika struktur tu boleh tahan beban tambahan
4) ‘Height Limit’ – ni kene check dengan PBT balik, kot-kot Pemilik tak check lagi.
Ringkasnya,
> Arkitek – check regulation untuk tambah ruang atas
> Engineer – check struktur kuat dan selamat ke tak
LANTIK KONTRAKTOR BERPENGALAMAN
Dah setel design, dah submit ke PBT dan dapat kelulusan pelan baru lah lantik Kontraktor.
Nak lantik Kontraktor tambah aras nih biasa kena lebih cermat. Sebab tak semua Kontraktor tahu buat kerja tambah aras nih.
Banyak dah kawe tengok Tukang lagak champion dah start kerja roboh tapi:
1) Roro bin tak sampai lagi;
2) Temporary support tak pasang lagi;
3) Terlupa nak pasang safety net sampai habuk masuk rumah jiran
BINCANG DENGAN JIRAN
Ni antara perkara penting yang ramai Pemilik rumah tak buat. Ingat nak renovate rumah ni tak perlu mintak kebenaran jiran ke?
Kebanyakan PBT memerlukan ‘Surat Sokongan Jiran’ sebelum memulakan ubahsuai rumah teres nih.
So bagi Pemilik yang berniat nak ubahsuai rumah nih, mula lah bertegur sapa dan berbaik-baik dengan jiran anda.
Jadi jika tengok rumah sebelah renovate rumah secara ‘haram’, jangan dengki dulu. Takut nanti sama-sama terjebak kena saman.
“Tuan, saya check dengan PBT, kawasan rumah Tuan ni dibenarkan tambah aras tapi kena mintak kebenaran jiran” kawe explain kat Klien.
“Eh jiran saya naik tinggi-tinggi ni tak minta kebenaran saya pun?”
Kawe terkedu.
Proses membeli kediaman bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan tanpa menitikberatkan beberapa aspek penting bagi menjamin masa hadapan. Perkara ini memerlukan perancangan dan penelitian yang mungkin mengambil masa yang agak lama. Kerana duit yang bakal dibelanjakan bukannya sikit, dan kalau tersalah beli, kesannya berpanjangan.
Untuk yang baru bercadang untuk membeli kediaman jenis apartmen, terdapat beberapa hal yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Mari kita semak checklist yang disediakan oleh pakar hartanah yang juga pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad ini.
PANDUAN BELI APARTMENT
1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan. Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.
4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti. Biasanya service apartments begini.
5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut nanti.
6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan
7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
8. Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu. Elakkan beli Soho, Sovo, Sofo, soto!
9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8’kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak terputus jari.
10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu nanti.
11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lift selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia. “Woi cepatlah, lift dah sampai!”
12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.
14. Pelan yang bagus ada dua zon ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zon privacy iaitu bilik kita dan keluarga. Sebaiknya ruang ini terasing. Bilik tidur jauh dari pandangan tetamu atau umum. Ada apartment yang bilik tidur buka pintu tetamu nampak.
15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bawar duit selengara.
16. Jangan cepat ghairah nak beli, ada banyak kediaman strata dah siap belum terjual. Waktu ekonomi begini lebih baik beli yang dah siap. Buat apa ambil risiko terbengkalai kalau dah ada yang siap.
Jangan lupa minta hadiah percuma, zaman sekarang tak semua orang ada kuasa membeli. Tanyakan apa barang percuma boleh dapat. Kabinet dapur lebih istimewa!
Selamat membeli kawan-kawan, jangan mudah putus asa. Cari sampai jumpa, lambakan apartment makin banyak.
Lelaki seksi ada rumah sendiri sebelum cari isteri, amacam ada berani?
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.