Jimat RM350, Boleh Baiki Sendiri TV LED Gambar ‘Bergoyang’ Guna Pita Pelekat Je!

Share

Selepas beberapa tahun, mungkin prestasi TV kita tidak sama seperti baru. Lebih parah apabila skrin bermasalah dan gambar ‘bergoyang’ atau keluar garis-garis. Boleh pening kepala kalau cuba nak tengok TV begitu.

Jika ada yang menghadapi masalah seperti ini, jangan panik dulu. Anda masih boleh tengok drama kegemaran tanpa perlu beli TV baru. Hanya dengan menggunakan cellophane tape

, permasalahan ini boleh diselesaikan. Ikuti perkongsian bermanfaat dari Hairul Faiszul Sanuri ini.

Percubaan pertama DIY baiki TV ;
Tv yang dibaiki ialah model LED SHARP 50″

TV bermasalah skrin berlaku ‘short’ gambar goyang-goyang..(rujuk gambar). Cuba tanya kedai repair TV kata kalau mahu baiki dalam RM350 dan tak pasti boleh repair atau tidak.

Terbaca post dalam group (di facebook) cara nak baiki. Tadi terus cuba ikut langkah-langkah yang ditunjukkan, alhamdulillah berjaya. Rezeki, selamat duit RM350.

CARANYA :

  1. Buka casing TV
  2. Pastikan jalur wayar putih (ribbon) yang attach antara board dan skrin LED.
  3. Try n error cari jalur berlaku short.. tampal dengan sellotape
  4. Masukkan balik ribbon dalam clip. Pasang semula casing.
  5. test.. skrin dah ok.. jimat rm350..

Geng2 yang ada masalah yang sama bolehlah mencuba.

Link rujukan di youtube : https://m.youtube.com/watch?v=7QyZTa8fO-c&feature=youtu.be

IKLAN