Jimat! Makeover Tandas Dengan Kos Kurang Dari RM300

Share

Ada macam-macam cara untuk kita update rupa tandas dirumah antaranya adalah dengan menukar jubin, mengecat semula dinding atau membeli peralatan tandas yang baru. Kosnya pula boleh berubah bergantung pada saiz tandas serta material yang digunakan. Tetapi, tidak kah lebih seronok jika kita dapat DIY sendiri? Ia bukan sahaja menjimatkan, tapi juga dapat membantu pemilik membuat keputusan yang terbaik buat kediaman mereka.
Seperti yang dilakukan Puan Suriati Zamri

ini, beliau sempat makeover sendiri tandas dirumah yang menurutnya lebih mudah dan cepat. Percaya atau tidak, kos makeover ini hanyalah RM300 dan mengambil masa lebih kurang 3 hari! “2 hari pun boleh siap sebenarnya, tp sebab nak biar betul-betul kering, jadi saya biarkan dulu semalaman”ujar Puan Suriati. Jom kita lihat apa bahan dan tips nya.

Anda perlukan :
1) undercoat hycote 51WT + hycote 51WT hardener : RM98 seliter

2) EA4 finish (white) + EA4 finish hardener : RM45 seliter

3) EA4 finish (black) + EA4 finish hardener : RM45 seliter

Dan ini pula keadaan tandas sebelum dan selepas makeover.

SEBELUM

SELEPAS

IKLAN