Sesebuah ruang akan serta merta menjadi lebih menarik apabila mempunyai feature wall. Selain pemilihan warna cat, biasanya pemilik juga boleh pasangkan saja wallpaper untuk dapatkan feature wall yang cantik. Tetapi berbeza dengan seorang cikgu dari Negeri Sembilan ini. Selepas tersalah beli wallpaper untuk kediamannya, Puan Herdiana Hamidtelah berjaya memikirkan sebuah langkah yang cukup kreatif untuk menghias dinding rumah.
Puan Dian dan suami menggunakan pelekat hitam yang amat murah dan berjaya transform dinding yang tampak kosong menjadi lebih menonjol dan menarik dengan corak burung geometrik. Jom kita tengok tranformasi nya!
BEFORE
Ads
Pelekat seperti ini boleh didapati di Mr.DIY dengan harga RM1.75 untuk yang bersaiz besar, dan 85 sen untuk yang kecil. Murah je! Puan Dian hanya memerlukan 4 tape saiz besar dan 10 tape saiz kecil untuk mendapatkan sebuah feature wall yang cantik.
Ads
AFTER
Hasilnya sangat menakjubkan. Selain menjimatkan, langkahnya juga amat mudah.
Ads
BEFORE
AFTER
Harap pembaca semua mendapat inspirasi dan selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tidak semua orang berpeluang memiliki lebih dari sebuah rumah. Tetapi bagi yang bernasib baik, mempunyai rumah persinggahan juga merupakan salah satu kepuasan yang tidak ternilai.
Melihat kepada perkongsian dariPuan Nursabrina Zahari, rumah persinggahan nya yang terletak di utara tanah air ini telah diubahsuai daripada sebuah kediaman yang lama dan tidak sesuai untuk didiami menjadi sebuah rumah yang moden dan selesa. Menurut pemilik, transformasi ini hanya menelan belanja sekitar RM35k sahaja. Lihat saja perubahan menakjubkan rumahan awam kos rendah satu tingkat ini, sungguh drastik!
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kesan kekuningan pada tilam dan bantal yang disebabkan oleh air liur atau peluh ini boleh dikategorikan sebagai kotoran yang degil. Harga bagi sebuah tilam yang selesa dan tahan lama pula bukanlah murah. Ia boleh mencecah ribuan ringgit selari dengan teknologi masa kini. Jadi, tak mungkin lah hanya kerana tilam dah penuh ‘peta dunia’ anda nak buang kan? Siapa sanggup?
Tidak perlu risau. Kali ini, IMPIANA nak kongsikan cara terbaik bagi menyingkirkan kotoran kuning serta bakteria dari tilam dan bantal anda tanpa perlu berbelanja banyak.
Anda hanya perlukan :
1 titis cecair pencuci pinggan
1 cawan Hydrogen Peroxide (Boleh didapati di farmasi)
3 sudu besar Baking Soda
1 botol spray yang kosong
Langkah-langkahnya :
2. Campurkan semua bahan tadi kedalam bekas dan kacau hingga sebati sebelum tuangkannya kedalam botol spray kosong tadi.
2. Sembur dan ratakan bancuhan tersebut pada tilam/ bantal. Kemudian biar ia larut dalam 5 hingga 10 minit.
3. Semburkan sekali lagi pada kesan yang degil. Ulang sehingga nampak perubahan pada tilam anda.
4. Setelah puas menyembur, jemur tilam tanpa perlu kena cahaya matahari secara terus.
5. Akhir sekali, gunakan vacuum atau berus untuk buang kotoran yang masih tertinggal.
Mudah je kan caranya. Tak perlu lah nak beli tilam baru. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English.. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria. Namun ramai yang beranggapan, tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunga nya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.
Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.
Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.
1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.
2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.
3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.
4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.
5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.
6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.
7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.
8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.
9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu
10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.
11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.
12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.
13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!