Ads

Jemput Burung Ke Taman Menambah Pahala, Lakukan 4 Tip Ini Sebagai Daya Penarik

Memberi makan kepada burung-burung liar merupakan salah satu cara atau aktiviti yang dapat membantu untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga selain anda juga mendapat pahala berpanjangan kerana hasil tanaman anda memberi manfaat kepada makhluk lain. Keseronokan bertambah  terutamanya apabila aktiviti tersebut di sertai oleh semua ahli keluarga. Memerhatikan gelagat burung yang sedang makan sedikit sebanyak dapat membantu untuk menghubungkan anda dengan alam semula jadi.

Untuk memastikan laman rumah anda sentiasa dikunjungi oleh unggas yang berwarna-warni ini, beberapa perkara dalam mereka bentuk laman anda perlu dititik beratkan antaranya penyediaan birdbath dan rumah burung sebagai tempat perlindungan. Terdapat beberapa tip yang telah disediakan oleh National Bird Feeding Society untuk menarik minat burung ke laman anda.

Ads

Jemput Burung Ke Taman Menambah Pahala, Lakukan 4 Tip Ini Sebagai Daya Penarik

Ads
Ads
  1. Sediakan tempat berlindung dari cuaca dan pemangsa, air, makanan dan rumah burung. Terdapat banyak habitat burung yang hilang disebabkan oleh pembangunan yang telah memusnahkan habitat mereka. Tanam beberapa jenis tumbuhan yang boleh membekalkan sumber makanan secara semula jadi untuk burung.

 

  1. Sediakan makanan berkualiti yang dibeli dari kedai haiwan peliharaan berhampiran dengan elemen air. Pastikan bekas makanan tersebut sentiasa bersih.
  2. Kerap mencuci birdbath dan gantikan airnya setiap tiga hingga lima hari sekali.
  3. Buang segera jika terdapat tinja atau sisa burung yang terdapat di laman. Tinja burung kemungkinan mengandungi biji benih rumpai yang tidak diingini, ini akan memberi ancaman kepada tumbuhan yang terdapat di laman anda.
  4. Cuci tangan anda selepas selesai melakukan penyelenggaraan untuk menjamin kesihatan.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Cara Bersihkan Tandas Tanpa Bahan Kimia Keras & Teknik Mop 4...

Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.