Janna Nick & Dini Schatzmann Pindah Rumah Sewa Di London, Sebulan Bayar Lebih RM22,000

Share

Janna Nick & Dini Schatzmann pindah rumah sewa di London, sebulan bayar lebih RM22,000. Pasangan selebriti popular, Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann kini memulakan kehidupan baharu di London, United Kingdom selepas membuat keputusan untuk menetap di sana selama setahun.

Janna Nick & Dini Schatzmann Pindah Rumah Sewa Di London, Sebulan Bayar Lebih RM22,000

Janna yang berusia 30 tahun memilih untuk menyambung pengajian di kota itu dan sebelum ini mereka dilihat meninjau beberapa kediaman bagi mencari rumah sewa yang sesuai. Selepas melalui proses pencarian, akhirnya mereka menemui kediaman yang menepati cita rasa pasangan tersebut.

Menurut perkongsian Janna, sebelum berpindah masuk ke rumah sewa baharu itu, mereka terlebih dahulu menetap di sebuah Airbnb dengan kadar bayaran RM700 semalam selama hampir dua minggu.

“Hari ini kami pindah rumah, tak sabar. Saya gembira dapat rumah idaman saya,” tulis Janna.

Difahamkan, rumah yang menjadi pilihan mereka adalah kediaman ketiga yang ditinjau dalam vlog terdahulu, dengan kos sewa mencecah 4,000 Pound Sterling sebulan, bersamaan kira-kira RM22,583.

@jannanickofficial house hunting in London! #moveabroad #househunting #Malaysia #studyabroad ♬ original sound – jannanick95

Dalam masa sama, gelagat pasangan ini sering mencuit hati warga maya terutama ketika Janna mengusik suaminya. Tidak kurang juga yang memuji sikap Dini yang ringan tulang dan sentiasa membantu isterinya menguruskan hal-hal melibatkan tenaga fizikal.

Sumber: Instagram Janna Nick dan TikTok Janna Nick

Artikel lain: Caprice Hadiahkan Rumah Sewa, Buka Akaun Bank Untuk Pasangan Warga Emas Uzur

Rumah Sewa Pun Boleh Cantik, Janji Pandai Deko

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Norhasliza Mohd Shafi