
Jangan Buang Penutup Tisu Basah, DIY Mudah Penyangkut Tuala Dapur. Tisu basah bersaiz besar biasanya mempunyai penutup bagi mengekalkan kelembapannya. Jika tisu basah dah habis, jangan buang penutupnya, sebalik kita boleh kitar semula dan jadikan penyangkut tuala dapur. Mudah sangat nak buat, jimat, praktikal dan tak membazir. Ikut cara yang dikongsikan ini.
Penutup Plastik Tisu Basah
Gunting
Pelekat ‘Double Sided’
1. Mula-mula, guntingkan sekeliling plastik pada penutup tisu basah.
2. Kemudian buang juga bahagian plastik dalam dan kemaskan ia.
2. Selepas itu, tampalkan Pelekat ‘Double Sided’ pada penutup tisu basah tadi.
3. Kemudian, buka pelekatnya.
4. Lekatkan pada bahagian bawah kabinet dapur atas.
5. Buka penutup tersebut dan kemudian bolehlah sangkutkan dengan tuala dapur.
Siap! Mudah kan nak buat, Jimat, praktikal dan tak membazir.
Boleh letakkan berhampiran sinki. Selepas cuci tangan, boleh terus lap!
Selamat Mencuba!
Mesti Baca : Projek DIY Dekor ‘POWDER ROOM’ Kos RM600, Konsep English Classic Terus Naik Seri!
Baca Lagi Di Sini: DIY Baiki Pintu Almari Sliding, Tak Perlu Nak Beli Almari Baru
Artikel Menarik: DIY Mudah Dekor Magnet Hiasan & Penyangkut Kunci Guna Tin Penutup Botol