Isu Jemuran Baju Di Balkoni Kondo Yang Ramai Ambil Ringan

Tinggal di kondominium atau rumah bertingkat tinggi sebenarnya ada etika dan peraturan yang perlu dipatuhi. Tapi realitinya, masih ramai yang buat tak endah, sanggup jemur baju sampai ‘meriah’ balkoni sampai nampak macam rumah flat biasa. Isu ni bukan saja mencacatkan pemandangan, tapi boleh jadi punca masalah besar untuk semua penghuni!

 

Kenapa Jemur Baju Macam Ni Jadi ‘Big Deal’?

Isu Jemuran Baju Di Balkoni Kondo Yang Ramai Ambil Ringan

  1. Pemandangan Rumah Jadi Huru-Hara

Bayangkan, kondominium yang cantik tiba-tiba jadi tak menarik sebab jemuran baju bersepah, warna-warni, tergantung sampai keluar balkoni. Bukan saja ganggu mata, malah boleh turunkan nilai rumah

  1. Bahaya Keselamatan

Pakaian yang dijemur dekat tempat tak sesuai, terutama di luar balkoni yang tinggi, risiko jatuh ke bawah sangat tinggi. Bayangkan kalau kena orang atau kereta yang lalu? Bahaya yang boleh dielak sebenarnya.

  1. Langgar Peraturan Strata

Di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, pihak pengurusan ada hak untuk kawal cara penghuni guna ruang luar kediaman, termasuk penyidaian pakaian. Kalau melanggar, bukan setakat kena tegur, boleh dikenakan tindakan.

Ads

 Ini Bukan Sekadar Isu ‘Kecil’

Ramai yang ingat jemur baju di balkoni tu biasa je, tapi sebenarnya ia mencerminkan tahap kesedaran dan disiplin diri sebagai penghuni kondominium.

Apa Solusinya?

Bagi penghuni yang menghadapi kesukaran untuk menyidai pakaian, beberapa alternatif boleh dipertimbangkan:

Penggunaan Mesin Pengering:

Isu Jemuran Baju Di Balkoni Kondo Yang Ramai Ambil Ringan

Membantu mengeringkan pakaian tanpa perlu menyidai di luar.

Ads

Penyidai Mudah Alih:

Isu Jemuran Baju Di Balkoni Kondo Yang Ramai Ambil Ringan

Boleh digunakan di dalam rumah tanpa mencacatkan pemandangan luar.

Ruang Penyidai Khusus:

Menggunakan ruang yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk tujuan menyidai pakaian.

Kesimpulan

 Menjaga imej dan keselesaan kediaman bersama adalah tanggungjawab setiap penghuni. Dengan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan, kita bukan sahaja memastikan keharmonian bersama tetapi juga mengekalkan nilai estetika dan keselamatan kediaman.

Ads

Ingatlah, tinggal di kondominium bukan sekadar memiliki unit rumah, tetapi juga berkongsi ruang dan tanggungjawab dengan komuniti.

Baca artikel lain juga: Tak Tahan Bunyi Bising Trafik, Pemilik Rumah Paling Keras Kepala Di China Akhirnya Pindah

Tip Feng Shui Agar Rumah Cepat Laku Terjual

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads