Inspirasi Desa Undang Rasa Selesa

Share

Kedesaan Inggeris, yang sebenarnya sangat menitikkan keselesaan. Sederhana tetapi masih ada elemen gahnya. SUasana kedesaan tidaklah semestinya penuh dengan bunga-bungaan. Tetapi mesti ada barang sejambak dua sebagai penyeri suasana. Tetapi elemen seperti anyaman, perabot yang ringkas dan sederhana, gambar-gambar lama mahu pun lukisan pemandangan landskap desa Inggeris pastinya membantu.

Jika membuat tema suai padan, elakkan memilih gaya yang sangat bertentangan dengan tema kedesaan Inggeris. Sofa moden, nusantara, oriental semua tidak sesuai dengan tema ini. Anda boleh mencari sofa Inggeris atau kontemporari dengan elemen kaki kayu sebagai teras. Manakala bunga biarlah nampak semula jadi dan tidak terlalu sesak

Elemen vintage juga sesuai disuai padan tetapi jika boleh jangan terlalu banyak. Begtu juga dengan pop art kerana kita perlu faham, bila menyebut desa, banyak barangan lama diabadikan di kediaman tanda nilai sentimental. Warna pastel dan semula jadi sudah cukup untuk memberi suasana ruang nampak santai dan selesa. Apa yang paling penting ruang tidak terlalu sesak dan memberi rasa senang bila berada di dalamnya. Simple-simple je di IMPIANA.

IKLAN