Bagi kediaman yeng berkonsepkan industri atau hipster, pemilihan rekaan lampu mentol dengan wayar hitam menjadi kebiasaan. Kelebihannya, anda boleh mereka bentuk atau olah sendiri gaya paparan mentol dan wayar yang digunakan. Ia secara tidak langsung menajdikan rekaan atau susunan mentol dan wayar tersebut menjadi sebahagian dikorasi kediaman.
Hakikat sebenarnya, rekaan lampu mentol ini tidak terhad pada gaya industri dan hipster. Susunan, pemilah warna wayar, bentuk mentol juga dapat menentukan konsep yang cuba dipaparkan. Berikut, beberapa reka bentuk atau susunan lampu mentol yang boleh memberi inspirasi kepada anda
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kediaman yang berkeluasan bawah 800 kaki persegi bukan sekadar dapur nya bersaiz kecil, untuk sediakan satu ruang makan yang boleh menepatkan 4-6 orang dalam satu masa pun agak mustahil. Hal ini memberi kekangan terutama apabila anda merancang makan bersama seisi kelaurga. Oleh itu, perancangan yang teliti perlu diatur dalam memastikan ruang yang menjadi tempat berkumpul se isi keluarga dapat disediakan dengan selesa.
Terik yang boleh dikongsikan oleh IMPIANA, gunakan bangku panjang untuk menyediakan tempat duduk tambahan. Berikut ilham ruang makan untuk kediaman yang sempit:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
SEBAB CAT TEMBOK MENGELUPAS
1. Umur cat yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan cat tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secra kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses cat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turt memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak denagn penjual bukan sekadar jenis cat malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
6. Teknik cat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah cat cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak di cat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan cat lama tidak di singkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan cat baru mengelupas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Apabila tiba masa untuk renovasi tandas atau bilik air, terdapat pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan. Termasuklah sinki, kemasan dan juga jubin. Kesuaiannya pula bergantung pada saiz, penggunaan serta konsep yang ingin diketengahkan. Bilik air yang kecil memerlukan lebih penelitian jadi pemilik perlu lebih peka dan bijak membuat pilihan agak ruang ini selesa dan praktikal untuk diguna. Disini IMPIANA himpunkan pelbagai variasi warna jubin untuk bilik air yang lebih menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.