Fakta menarik mengenai Zafaran

Nama botanik: Crocus Sativus

Family: Iridaceae

Asal: Barat Daya Asia

Penanaman Zafaran secara komersil: Sepanyol, Austria, Itali, Greece, Perancis Iran dan India

Nama lain Zafaran

  • Bahasa Arab: Zafran
  • Bahasa Perancis: Safran
  • Bahasa Itali: Zafferano
  • Bahasa Jepun: Safuran
  • Bahasa Hindi:  Zaffran
  • Bahasa Melayu : Koma Kom/Zafaran

Kriteria penting yang perlu di ambilkira semasa proses pembelian, penstoran dan penggredan Zafaran

Ads
  • Bentuk fizikal: Stigma Zafaran berwarna kemerahan keseluruhannya tanpa kehadiran warna lain.
  • Tektsur: Zafaran sentiasa dalam keadaan kering dan sedikit rapuh apabila disentuh.
  • Aroma Zafaran sangat kuat dan segar. Ia tidak akan berbau hapak.
  • Zafaran harus disimpan didalam bekas kedap udara jauh daripada panas, lembab dan cahaya. Jika disimpan dengan baik, warna, aroma dan rasanya dapat kekal sehingga lebih 3 tahun.

 Inilah Dia Bunga Zafaran Rempah Ratus Terkenal Paling Mahal Penyedap Masakan Arab

Inilah Dia Bunga Zafaran Rempah Ratus Terkenal Paling Mahal Penyedap Masakan Arab

Inilah Dia Bunga Zafaran Rempah Ratus Terkenal Paling Mahal Penyedap Masakan Arab

Inilah Dia Bunga Zafaran Rempah Ratus Terkenal Paling Mahal Penyedap Masakan Arab

Ads

Inilah Dia Bunga Zafaran Rempah Ratus Terkenal Paling Mahal Penyedap Masakan Arab

Inilah Dia Bunga Zafaran Rempah Ratus Terkenal Paling Mahal Penyedap Masakan Arab

Tip memasak menggunakan Zafaran

Ads
  • Rendamkan Zafaran di dalam air atau bahan cecair yang digunakn di dalam masakan untuk rasa yang enak. Rendam selama 1-2 jam.
  • Jangan gunakan bekas kayu untuk merendam Zafaran kerana kayu akan mneyerap Zafaran dengan mudah.
  • Kunyit menghasilkan warna serupa dengan Zafran tetapi tidak rasanya.
  • Menggunakan serbuk Zafaran memudahkan proses memasak tetapi serbuk Zafaran mempunyai jangka hayat yang lebih singkat berbanding stigma asli.

Tidak ada bunga yang lebih istimewa berbanding kehebatan yang dipamerkan oleh bunga Emas Padang Pasir ini. Kemasyhurannya terletak pada tiga urat stigma yang berdiri tegap di antara kelopak bunganya. Stigma berwarna merah keemasan ini lebih dikenali sebagai Zafaran di Malaysia. Herba atau rempah ini terkenal di seantero dunia kerana harganya yang sangat mahal dan hanya digunakan oleh golongan diraja pada suatu masa dahulu. Namun berbeza kini, Zafaran telah dikomersilkan dan kegunaannya telah diperkembangkan dalam semua sektor.

Tanaman ini berasal daripada bumi Barat Daya Asia iaitu negara-negara di Timur Tengah. Ia mengambil masa selama 3 tahun untuk membesar sebelum berbunga. Bunga  Crocus sativus mekar hanya sekali sahaja sepanjang tahun. Bunga yang berkembang mekar ini akan dituai dalam jangka masa yang pendek iaitu Oktober dan November. Dengan menggunakan kaedah manual, stigma pada kuntuman bunga Crocus sativus diasingkan dan dikeringkan untuk menghasilkan Zafaran.

Sekurang-kurangnya 70 ribu kuntuman bunga diperlukan untuk menghasilkan 500 gram Zafaran mentah. Ia kemudiannya dikeringkan dan dijual dipasar sekitar Timur Tengah. Zafaran merupakan herba luar biasa yang mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah dalam masakan, perubatan, dan pembuatan kosmetik. Nilai yang tinggi pada bunga ini adalah disebabkan oleh kaedah penanaman, penuaian dan pengasingan stigma  dilakukan secara manual menggunakan tenaga manusia seratus peratus. Maka dengan itu,  zafaran tercatit di dalam sejarah sebagai bahan rempah paling mahal di dunia.

Mempunyai sejarah dan kisah tersendiri, penggunaan Zafaran mulai berakar sejak kewujudan  empayar Roman, Sumeria dan sezaman dengannya. Pada ketika itu, Zafaran digunakan sebagai bahan pewarna, pewangi dan ubatan. Ada diantara mereka menggunakan Zafaran sebagai bahan dandanan untuk tubuh badan, menghiasi kediaman dan kuil-kuil. Cleopatra turut menggunakan air rendaman Zafaran untuk mandian kerana haruman dan khasiatnya yang tinggi. Selain itu, menurut kisah terdahulu Alexander the Great juga menggalakkan angkatan tenteranya menggunakan zafaran di dalam masakan demi menjaga kesihatan.

Komponen unik yang terdapat di dalam Zafaran ini antaranya menghasilkan aroma yang sungguh harum, menghasilkan warna kuning keemasan serta kandungan bahan yang memberikan kebaikan kepada kesihatan. Pelbagai kebaikan dan manfaat ditawarkan oleh Zafaran dan yang paling utama adalah keunikan kandungan bahan antioksidan tinggi yang baik kepada tubuh manusia. Maka dengan itu, ia menjadi bahan penting dalam makanan dan ubatan.

Terdapat pelbagai kaedah menggunakan Zafaran  dalam makanan. Antaranya memasukkan beberapa urat Zafaran di dalam kek, manisan dan menu harian. Untuk mendapatkan makanan yang enak serta rasa luar biasa, Zaffaran dimasukkan semasa proses awal memasak supaya ia serasi dengan hidangan tersebut. Nasi beriani antara makanan ruji yang menggunakan bahan ini. Warna keemasannya terserlah pada butiran nasi dan keharuman aromanya semerbak menbangkit selera.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI