Ini Sebabnya Kena Basuh Cocopeat Sebelum Guna Sebagai Media Tanaman!

Share

Cocopeat ialah sabut kelapa yang telah dihancurkan dan digunakan secara meluas sebagai media tanaman kerana sifatnya yang ringan, mesra alam, dan boleh menyimpan kelembapan dengan baik. Ia adalah alternatif yang lebih lestari berbanding tanah gambut tradisional dan sering digunakan dalam pertanian moden, sistem fertigasi dan hidroponik.

Kenapa Perlu Basuh Cocopeat Dulu? Ini Jawapan Yang Paling Senang Nak Faham

Ramai ‘kaki kebun’ suka guna cocopeat sebab dia ringan, poros, tahan lama dan memang  sangat sesuai untuk semaian. Tapi satu soalan yang selalu timbul: “Perlu ke basuh cocopeat sebelum guna?”

Jawapannya… boleh basuh, boleh tak, ikut cara tanam masing-masing. Tapi kalau nak hasil yang lebih stabil untuk tanaman, memang berbaloi ambil masa sikit untuk bilas dulu. Soal basuh cocopeat ni bukan sekadar suka-suka, ada sebabnya yang tersendiri.

1. Buang Garam Berlebihan (Sodium & Potassium)

Cocopeat datang dari sabut kelapa. Kalau kelapa tu dari kawasan tepi laut, pasti ada kesan air masin.

Garam berlebihan dalam medium boleh buat:

  • akar pokok terasa “terbakar”
  • pokok lambat serap nutrien
  • daun jadi kuning

Bilas atau rendam lama-lama boleh keluarkan garam yang terperangkap. Akar pun jadi lebih selesa nak membesar. Inilah salah satu sebab ramai pilih untuk basuh cocopeat sebelum guna.

2. Stabilkan pH Cocopeat

Cocopeat baru biasanya mempunyai pH yang agak rendah (sedikit acidic). Bila kita rendam dan bilas, pH dia akan naik ke arah neutral (±5.5–6.5) iaitu lebih sesuai untuk 90% jenis tanaman.

Kalau medium terlalu berasid, kesannya:

  • akar jadi sensitif
  • baja tak diserap optimum
  • pokok merajuk, pertumbuhan slow

Basuh = pH lebih stabil, pokok lebih steady. Lagi sekali, proses basuh cocopeat memang bantu elakkan masalah jangka panjang.

3. Buang Debu Halus, Serpihan Kecil & Tannin

Nak tahu kenapa cocopeat cepat keras/padat bila kita tak basuh?

Sebab dia ada banyak debu halus. Debu ni bila kena air, dia jadi lump macam tanah liat halus, udara susah nak masuk, akar pun susah nak bernafas.

Selain itu, ada juga tannin (bahan semula jadi dari sabut) yang boleh buat:

  • air siraman jadi warna coklat gelap
  • akar halus kurang selesa
  • medium cepat jadi ‘stale’

Dengan rendam dan bilas, semua kekotoran ni akan gugur keluar. Cocopeat jadi lebih gebu dan poros. Sebab tu ramai yang tetap pilih untuk basuh cocopeat walaupun medium nampak “ok”.

4. Kurangkan Risiko Kulat & Telur Serangga

Cocopeat yang lama disimpan atau datang dari kilang yang lembap memang mudah ada:

  • kulat halus putih / kuning
  • telur fungus gnat
  • serangga mikroskopik

Rendam lama dan jemur bawah matahari terik dapat “Natural sterilization” tanpa bahan kimia.

Cahaya matahari memang power untuk hapuskan kulat dan kuman. Dan proses basuh cocopeat diikuti jemuran dapat kurangkan risiko serangan awal pada anak pokok.

Boleh Ke Tak Basuh Cocopeat?

Boleh. Ramai juga yang terus pakai cocopeat tanpa basuhan, terutama cocopeat jenis washed/low EC (biasanya dah dibersihkan dari kilang).

Tapi kalau cocopeat murah, jenis blocks mampat, warna terlalu gelap, bau masam atau berdebu… lebih selamat basuh cocopeat dulu supaya medium lebih konsisten dan tak kacau pertumbuhan pokok.

Cara Basuh Cocopeat Yang Betul (Ringkas & Praktikal)

  • Hancurkan block cocopeat dalam baldi besar.
  • Rendam 3–6 jam (lagi lama lagi bagus).
  • Kacau dan buang air keruh.
  • Bilas 2–3 kali sampai air kurang coklat.
  • Toskan dan jemur di bawah matahari.
  • Siap.

Kesimpulan

Tak wajib basuh cocopeat, tapi kalau nak medium yang lebih selamat, neutral, bersih dan stabil, memang berbaloi luangkan masa 10–15 minit untuk proses bilas.

Pokok pun lebih cepat naik, akar lebih sihat, dan medium tahan lama. Zaman sekarang ramai yang nak hasil cepat dan konsisten, jadi langkah kecil macam ni memang beri kesan besar jangka panjang.

Semoga Bermanfaat!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab