Pohon anggur mudah hidup di atas semua jenis medium tanaman di Malaysia kecuali tanah masin dan bergaram. Namun, tidak ramai mengetahui bahawa pohon anggur juga sesuai ditanam di dalam pasu. Penjagaan dan penyelenggaraan pohon anggur berpasu bukanlah sesuatu yang rumit, malah ia menjadi lebih mudah. Yang menjadi keutamaan terhadap produktiviti pohon anggur adalah pengamatan cahaya yang mencukupi. Ia penting untuk menggalakkan pertumbuhan bunga dan mempercepatkan buah anggur masak ranum. Untuk mula menanam pohon anggur di dalam bekas atau pasu ini kaedah mudah yang boleh anda ikut.
CARA TANAMAN POHON ANGGUR DI DALAM PASU
Masukkan medium pasuan separuh daripada saiz pasu. Medium yang digunakan adalah 1:2:1 di mana 1 bahagian pasir, 2 bahagian tanah dan 1 bahagian adalah bahan organik yang terdiri daripada serat seperti sekam padi dan tinja kambing.
Pastikan medium pemasuan digaul rata sebelum anak pokok ditanam. Ini bertujuan untuk memastikan nutrien dapat diagihkan secara menyeluruh.
IKLAN
Ukur root ball anak pokok anggur untuk menentukan aras dan keperluan medium tanaman bersesuaian dengan ketinggian.
Potong bahagian bawah polybag untuk memudahkan proses penanaman anak pokok.
Letakkan anak pokok di tengah-tengah pasu dan tambah medium ke dalam pasu hingga paras root ball anak pokok anggur. Tarik keluar polybag dari medium tanaman.
IKLAN
Tambah bahan organik di bahagian paling atas medium pasuan dan ratakan ia.
IKLAN
Penghargaan: Pn. Siti Saloma (Saloma Vineyard and Nursery)
Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria.
Bagaimanapun ramai yang beranggapan tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunganya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.
Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.
Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.
1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.
2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.
3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.
4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.
5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.
6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.
7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.
8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.
9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu
10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.
11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.
12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.
Sekarang ni, kalau pergi ke rumah-rumah mereka yang ada kitchen garden atau edible garden, pokok lemon antara yang wajib ada. Tapi kebanyakan lemon yang di tanam di Malaysia buah nya tak macam yang jual di pasaraya.
Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan pelbagai lagi. Yang nama lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasaraya.
Bukan nya susah pun tanaman lemon di Malaysia. Cara dan kaedah tanaman nya sama macam pokok-pokok sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi dan sebagainya.
Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkanbuah yang banyak. Jadi, untuk galakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull.
Bahan-bahan:
1 Tin Redbull
1Tbsp Ajinomoto
1Tbsp Belacan
10Tbsp MOL buah
20 liter Air tanpa klorin
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan di kacau rata
2. Tanpa perlu diperam, masukkan air bancuhan ke dalam botol penyembur
3. Sembur pada keseluruhan permukaan daun sebulan sekali. Kalau sudah nampak bunga keluar, tak perlu sembur lagi. Semburan hanya perlu di lakukan setiap kali selesai musim berbuah.
.
Bunga kertas antara tanaman yang paling tak cerewet. Ia antra tanaman yang juga di kategorikan sebagai “less maintanance”. Jadi, bagi anda yang suka bertaman tapi tak ada masa untuk menyelenggara, ini adalah tanaman yang paing sesuai.
Namun, adakalanya ramai yang mengalami masalah bunga ketas yang di beli dari nurseri tidak berapa menjadi. Pokoknya meninggi dan tidak bercabang banyak. Bila tidak bercabang banyak, sudah pasti bunganya pun tak banyak. Sebab itu, ramai yang ambil keputusan untuk beli yang sedia matang.
Namun sudah pasti apabila pokok yang sudah matang dan cantik, harganya pun boleh tahan. Sebenarnya, untuk dapatkan hasil pokok bunga kertas yang merimbun, ia perlu dilatih dari peringkat anak lagi. Jadi, tak perlu lah khuatir beli pokok bunga kertas yang murah dan bersaiz kecil. Nano Nursery tunjukkan cara mudah untuk latih pokok bunga kertas anda merimbun dan berbunga lebat
Sya tunjukan cara tanam bunga kertas yg rimbun boleh cuba kat rumah
1. Tanam dalam bag tanaman atau pasu yang susai. Saya gunakan tanah campur. nak gunakan tanah lain pun boleh. Tapi, pastikan pokok bunga kertas diletakkan di tempat yang mempunyai cahaya matahari penuh
2. Letakkan kayu atau buluh sebagai sokongan di bahagian tengah pasu dan lilit dahan pokok pada batang sokongan. Untuk pastikan lilitan stabil, boleh juga guna tali untuk mengikat tapi jangan terlalu ketat. Ikat di bahagian pangkal dan atas pokok dengan menggunakan dawai
3. Potong bahagian ranting yang sudah habis berbunga
4. lepas potong atau cantas ranting yang tidak diperlukan, letak baja.
P/S: Gunakan baja tinja ayam siap proses untuk tumbesaran poko. Campurkan baja tinja ayam tadi dengan baja bunga dengan nisbah 12:12
5. Lakukan siraman setelah pembajaan dilakukan untuk meamstikan baja dapat diserap tanah. Siraman perlu di lakukan setiap hari jika tidak hujan
6. Tunas baru akan keluar dan secara tidak langsung, ia dapat menggalakkan pertumbuhan bunga
Tengok, tunas baru banyak keluarkan. perlu rajin mencantas dan baja sekurang-kurangnya 2 minggu sekali . Ulangi proses yang sama setiap kali pokok selesai berbunga