Geram tengok meja kopi atau Side table KVISTBRO dari Ikea tu kan. Harga satu antara RM 149-199. Siap boleh jadi bekas storage lagi. Tapi nak beli macam rasa tak perlu atau ada keperluan lain yang wajib didahulukan. Tapi sebab dah teringin sangat, kita tiru gaya ibu ni buat meja KVISTBRO dari pada bakul baju sahaja
Bahan-bahan:
2 biji bakul baju sama saiz
1 biji dulang (sesuai dengan mulut bakul baju)
Penyembur pewarna putih
Cara-cara:
1. Semburkan keseluruhan bahagian dalam dan luar bakul (tapi kalau anda dapat warna yang dah sesuai ikut tema tak perlu cat)
Ads
2. semburkan cat pada dulang pula
3. Cantum kan ke dua-dua biji bakul secara terbalik dengan menggunkan gam panas atau Double side yang kukuh dan letakkan dulang yang telah di cat tadi. SIAP
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pintu lipat jenis plastik yang digunakan di tandas memang cepat rosak. Kebiasaanya, kerosakkan yang dialami adalah bilah pintu lipat tercabut dari klip atau landasan. Ada pula tu, pintu cantik lagi dan tak sampai setahun pun dah jadi rosak. Tapi nak ganti dengan yang baru sayang pula. Ini jalan penyelesaian paling mudah dan jimatkan poket anda. Tukar pintu lipat yang rosak tadi menjadi pintu biasa. Nak tahu macam mana? Tengok gambar yang telah disediakan ni.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ornamen di laman walaupun kecil, kehadirannya menghidupkan suasana reka bentuk landskap kediaman anda. Namun harga ornamen di pasaran boleh tahan juga. Satu biji cendawan bersaiz medium pun boleh capai harga lebih RM 50. Apa kata kita buat sendiri je ornamen cendawan dari bahan terbuang dan simen seperti yang dilakukan oleh puan Suhaila Ahmad ni
Bahan-bahan:
Campuran simen (1:3) simen+Pasir
Botol kaca terpakai
Pinggan sebagai acuan cendawan
Surat khabar lama
Dawai jaring
Cat mengikut kesesuaian
Gam art putih
Plastik
Cara-cara:
1. Alas pinggan dengan plastik dan tuangkan simen sedikit di dalam pinggan dan letakkan lapisan dawai jaring mengikut bentuk pinggan. Jangan lupa posisikan botol kaca di bahagian tengah simen yang masih basah sebagai batang cendawan. Biarkan simen kering 48 jam.
2. Untuk bentukkan bonjolan di bahagian atas cendawan. renyukkan surat khabar lama. Bentukkan surat khabar tersebut menjadi bulat dan gamkan di atas simen cendawan yang telah di tanggalkan dari acuan pinggan tadi.
3. Potong dawai jaring ,e,bentuk kondan letakkan di atas surat khabar tadi. Tutup dawai jaring berbntuk kon tadi dengan surat khabar dan gam kan dengan menggunkan gam art
4. Gulung surat khabar dan tampalkan pada bahagian botol untuk membentuk tekstur pada batang cendawan.
5. Dah kering sepenihnya surat khabar yang dilekatkan pada cendawan tadi. Tutup keseluruhan permukaan surat khabar tadi dengan simen mengikut kesesuaian ketebalan dan bairkan ekring
6. Apabila telah ekring sepenuhnya, Cat atau warnakan cendawan simen anda secara kreatif
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dulu ramai beranggapan penggunaan wainscoting hanya untuk kediaman mewah sahaja. Namun sekarang, walaupun di zaman gawat wainscoting kelihatan lebih mudah untuk diperolehi dan ramai telah mengunakanya. Kebiasaanya ada kontraktor khas untuk memasang wainscoting ni. Namun dengan sumber yang mudah diperolehi dan cara pemasangan yang tak rumit, ramai mengambil keputusan untuk lakukan sendiri je. Yang penting anda perlu teliti untuk menghasilkan satu produk yang kemas.
Seperti yang dikongsikan oleh pasangan ini, Makeover keseluruhan ruang tamu dengan menggunakan wainscoting hanya menelan belanja RM 419. Dengar macam banyak kan. Tapi jika dibandingkan dengan harga kontraktor mahu mencecah ribuan. Melalui perkongsian facebook, Puan Siti Haszirah Hasan berkongsi cara atau langkah demi langkah pemasangan wainscoting dan barang yang diperlukan.
Barang-barang yang diperlukan :
1. Kayu nyatoh (nyatoh paling murah, sis pilih 3 jenis kayu. Harga berbeza) : RM280
2. Gam kayu ke dinding : RM7x4
3. Filler/plaster : RM2x3
4. Masking tape : Rm2x2
5. Cat minyak : RM29
6. Cat dinding : RM36x2
Total cost : RM419
Langkah-langkah:
1. Ukur keluasan dinding dan rangka kedudukan serta berapa kotak bingkai wainscoting yang diperlukan
2. Dapatkan kayu wainscoting dari hardware. Tapi tak semua hardware ada jual. Kena cari perlahan-lahan, setelah pergi ke 6 kedai baru akak jumpa. Sebab kadang-kadang tu ada design kayu wainscoting yang dijual tidak padan atau tidak mencukupi 3. Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar. Untuk mendapatkan sudut cantuman yang cantik bagi setiap bingkai, gunakan Miter Box. Potong setiap bucu cantuman 45 darjah atau boleh mintak tolong hardware potongkan sebab mereka pakai mesin, lagi mudah
4. Cantumkan ke empat-empat batang kayu menjadi bingkai 5. Untuk cantumkan bingkai ke dinding, buat ukuran betul-betul. Ini lah saat paling mencabar kerana ketelitian diperlukan. Tak boleh pakai hentam nanti senget. Dah gam, ketuk-ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul-betul melekat dan pasangkan masking tape semantara menunggu gam betul-betul kering
6. Isi rongga-rongga kosong terutamanya bahagian bucu wainscotting dengan filler untuk nampak lebih kemas
7. Gosok keseluruhan kayu yang telah kering dan melekat pada dinding dengan kertas pasir. Ia bertujuan untuk menanggalkan saki baki filler yang tak rata. Disamping itu juga, ia dapat memastikan permukaan kayu lebih licin 8. Cat bahagian kayu terlebih dahulu dengan menggunkan cat minyak. Kemudian baru cat keseluruhan dinding. Nak dapatkan kesan yang lebih cantik, sapu cat beberapa lapis
Sempena Hari Raya yang sudah hampir tiba, kalau nak rasa #Betulbetulraya datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam Selangor bermula jam 2.00pm-2.00am. Ada pelbagai aktiviti #betulbetulbest dan jualan barangan raya yang #betulbetulviral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!