Mengecat kediaman sudah pasti yang terpapar diminda keseluruhan dinding perlu di cat dengan rona yang sama. Apa kata anda cuba kretif dengan olahan cat pada sudut yang tertentu untuk dekorasi yang lebih menarik. Tambahan, kaedah ini berupaya menjadikan sesuatu sudut atau ruang yang diberi sentuhan berbeza lebih menonjol
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebuah kediaman yang telah ditatarias dengan baik, menarik dan selesa sudah tentunya menjadi idaman bagi setiap orang. Tetapi tidak semua berpeluang mengecapi nikmat ini. Kadangkala, apa yang digambarkan kita mungkin tidak sesuai dengan keadaan sebenar di runag. Jadi adalah amat penting untuk anda tidak tergesa-gesa dalam membuat pemilihan.
Jika anda mempunyai bajet dan tidak kisah berbelanja demi kediaman impian, kerjasama dengan golongan profesional seperti pereka hiasan dalaman bertauliah adalah sangat membantu. Dengan ini, anda dapat lihat kediaman dari mata orang luar yang berpengalaman.
Seperti pemilik apartmen 1200 kaki persegi ini yang telah mendapatkan khidmat interior designer Muhammad Arif untuk mengubahsuai kediamannya di Subang Perdana. Dengan berkonsepkan moden geometri yang berinspirasikan tema morocco, kos keseluruhan renovasi rumah ini hanya menelan belanja sebanyak RM70k sahaja.
Jom lihat keadaan rumah sebelum dan selepas ubahsuai :
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Melihat pada luaran apartmen yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur ini hanya boleh disimpulkan sebagai sebuah pangsapuri kos rendah yang mempunyai hiasan dalam yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Namun begitu, kebijaksanaan si pemilik rumah berjaya mendekorasikan unit apartmen ini berubah menjadi seperti sebuah kondominium mewah tanpa perlu melakukan pengubahsuaian yang besar. Tampil dengan konsep moden kontemporari berona monokrom menyerlahkan lagi gaya glamor dan elegan pada setiap ruang. Semoga paparan perkongsian idea-idea menarik ini boleh dijadikan inspirasi buat anda.
Semasa unit apartmen yang berkeluasan 800 kaki persegi ini dibeli, ia hanya sebuah kediaman yang kosong. Sedikit demi sedikit, si pemilik kediaman berusaha untuk mengubah gaya hiasan dalaman apartmen miliknya. Bermula dengan menukar lantai tiles dan siling plaster, selebihnya lebih memberi fokus pada pemilihan perabot, cat dinding dan susun atur. Kesemua kos membaik pulih dan harga perabot tidak melebihi RM10,000.
Bukan hanya daripada segi konsep dan idea, pemilik kediaman yang merupakan seorang wanita ini juga melakukan sendiri kerja-kerja seperti mengecat dinding dan pintu, memasang kertas dinding dan hiasan pada dinding semuanya hasil usahanya sendiri. Ini termasuk dinding jalur hitam putih yang berada di sudut ruang tamu. Jangan anggap wanita tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja rumah ya kerana pemilik ini sendiri sudah berjaya membuktikannya. Hasilnya, memang superb!
Pemilihan warna hitam dan putih secara tidak langsung mencipta ilusi luas pada ruang yang sebenarnya sempit dan terhad. Ditambah pula dengan penggunaan cermin menjadikan ruang tampil begitu sempurna.
Kini, ramai yang berani bereksperimentasi dengan rona-rona terang dalam dekorasi kediaman. Jika dulu, pemilihan rona seperti Hot pink, kuning, oren skeptical dengan pendapat bahawa ia sesuai digunakan untuk bangunan pra skolah dan taman bimbingan kanak-kanak, tapi dengan olahan bijak melalui gabungan beberapa rona tersebut dapat menzahirkan sebuah dekorasi yang lebih menarik dan tersendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.