Dekorasi

KESAN KUNING Pada Jubin Bilik Air Hilang, Cuma Sembur & Biar 15 Minit Tanpa Perlu Sental!

Share

KESAN kekuningan pada tandas mahupun lantai bilik air berjubin yang dipanggil limescale pasti merunsingkan suri rumah.

Sudahlah penat mengemas rumah seharian, tandas pula sukar dicuci walaupun disental kuat. Kalau ada yang berdepan masalah bilik air banyak kesan degil sama ada lantai atau dinding boleh ikut cara yang dikongsi oleh Alynn Ramli ini.

Hanya dengan guna produk harga tak sampai RM4 habis semua kotoran di lantai yang kuning mahu pun kesan karat hilang. Paling best tak perlu guna banyak tenaga untuk sental, cuma sembur dan tinggal 15 minit kemudian basuh. Selepas itu boleh lihat hasilnya, semuanya bersih. Lantai yang kuning pun jadi putih.

Lantai kuning jadi putih

Power giler pakai Ganso Stain Remove ni, beli dekat kedai ECO hari tu. Sebelum ini cuci banyak kali tandas ini tapi masih kuning. Lepas pakai Ganso putih terus tandas rumah sewa. Puas hati. Kali pertama guna dan excited, jadi nak share dengan orang lain.

Sebelum

Selepas

Cara penggunaan :

Masukkan cecair Ganso dalam botol penyembur kemudian sembur dalam bilik air. Tak campur air. Biar dalam 10-15 minit kemudian boleh basuh. Tapi sebelum guna ada beberapa perkara kena tahu.

* Cecair ini kena campur dengan air, jangan guna bahan ini semata-mata. Bau chemicalnya kuat dan kita akan pening.
* Kena pakai mask dan glove. Buka pintu bilik air waktu sembur bahan ini.
* JANGAN guna setiap hari untuk cuci tandas. Guna jika ada kotoran degil saja.
* Tak nak pakai then jangan guna.
* Jangan biar semburan lama, nanti akan ada kesan.

Sebelum

Selepas

Selamat mencuba

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Mesti Baca: Atasi Bilik Panas Dengan EXHAUST FAN, Cara Mudah Pasang Tanpa Tebuk Dinding!
Baca Lagi Di Sini:‘Bahangnya Rumah!’ Ini Panduan Sejukkan Kediaman Tanpa Penghawa Dingin
Artikel Menarik:Aksesori Perabot Daripada Simen, Estetik Dan Mampu ‘Sejukkan’ Kediaman

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Alynn Ramli

IKLAN