Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.
Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!
Ads
Tip Membersihkan Karat
Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir
Kebelakangan ini, pelbagai ilmu berkebun dan bercucuk tanam dikongsi untuk manfaat bersama. Seperti petua yang Enkay Nik Mustaffa amalkan ini, sesuai untuk sayuran yang ditanam di rumah. Bagi memastikan tanaman bendinya mendapat nutrien yang cukup, beliau hanya gunakan sisa makanan dari dapur termasuklah nasi, kulit bawang, kentang dan lain-lain. Unik dan menjmatkan! Jom ikut petua ni;
Cara saya menggemukkan pokok bendi
1) Longgokkan sisa nasi basi, kerak nasi. Nasi yang saya gunakan ini adalah nasi yang dah 4 hari tak habis. Tak semua pokok sesuai dilonggokkan di perdu, boleh diletakkan agak jauh dari perdu pokok. Contohnya pokok yang mempunyai batang lembut seperti pudina, selom, kangkung.
2. Masukkan apa sahaja sisa yang ada didapur seperti kulit bawang, kulit kentang, sisa sayur. Kecuali bahan berbau seperti kulit ayam, perut ikan.
3. Masukkan sedikit tanah untuk menutupi sisa. Nanti takut diselerakkan oleh tikus, burung gagak.
4. Siram pokok seperti biasa. Gunakan siraman halus supaya tanah tidak dilarikan oleh aliran air. Dah makan nasi, tak minum air- risau tercekik nanti . Sebenarnya bila kita letakkan atau siram apa apa baja, kita perlu siram dengan air secukupnya, prinsip ini tak terguna pakai untuk tanaman hidroponik.
Silakan share sekiranya ia memberikan manfaat kepada sahabat kebun. Jimat belanja dapur, jimat belanja kebun.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri, berikut merupakan langkah-langkah asas membina sebuah gazebo. Apa yang penting sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, pastikan jumlah bahan-bahan yang diperlukan adalah mencukupi bagi mengelakkan anda berulang-alik ke kedai bahan binaan. Di samping itu, pastikan juga semua peralatan berkeadaan baik dan tajam. Perlu diingatkan bahawa sesebuah gazebo mempunyai komponen asas seperti tiang, lantai dan bumbung. Walaupun pada mulanya ia dianggap sukar, seseorang perlu mengambil pendekatan berhemah langkah demi langkah dan bekerja dengan penuh minat serta berupaya membuat anggaran
1. Menyediakan Ukuran di Lokasi Langkah pertama adalah menyediakan reka bentuk gazebo yang diingini. Setelah mengenal pasti lokasi dan tanahnya rata, anda perlu menandakan kedudukan rangka gazebo, sebagai contoh, berbentuk segi empat sama, menggunakan kepingan kayu dan tali.
Ukur pepenjuru dan ubah kedudukan kepingan kayu tersebut sehingga sama. Pastikan setiap penjuru bersudut tepat.
2. Menyedia Lubang untuk Tiang Ada beberapa teknik untuk memastikan tiang-tiang kayu tegap dipasang di tempatnya, sama ada menanamnya ke dalam konkrit ataupun menggunakan besi. Sekiranya anda memilih menggunakan konkrit, anda perlu menggali lubang sedalam 2-3 kaki. Padatkan lubang tersebut dengan 2 inci lapisan batu kerikil dan curahkan 4 inci lapisan konkrit. Selepas itu masukkan tiang-tiang tersebut ke dalam lubang itu dan isi bahagian lubang yang terdedah dengan konkrit sehingga penuh dan ratakan ke aras tanah.
Guna penyukat timbang cecair bagi memastikan keempat-empat tiang tadi betul-betul di dalam garisan selari dan rata. Biarkan konkrit membeku sekurang-kurang bagi tempoh 48 jam sebelum memasang tiang 4 x 4 inci.
Setelah lubang tersebut diisi dengan konkrit, pastikan tiang-tiang tadi diletakkan penyokong di kedua arah bagi mengelakkan ianya bergerak dari kedudukan asal.
3. Rangka Lantai Gazebo Langkah berikutnya, guna 2 x 6 inci kayu untuk membina rangka lantai gazebo. Adalah mustahak kayu rangka dipasang dengan jarak 16 inci antara mereka. Ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada beban yang terhasil daripada kepingan lantai kayu dan untuk menghasilkan struktur yang kukuh.
4. Memasang Perabung lantai Bagi memasang perabung lantai kepada rangka kayu, anda mempunyai dua pilihan. Sama ada menggunakan skru berukuran 4-5 inci dan ditebuk terus ke perabung, atau menggunakan besi sokongan perabung.
Adalah disarankan supaya pemasangan perabung menggunakan besi sokongan kerana lebih mudah dilakukan.
Seterusnya, anda perlu memasang kesemua 4 x 4 inci tiang yang akan menjadi penyokong bahagian atas dan binaan bumbung. Sekiranya anda sebuah gazebo yang kukuh, anda disarankan supaya memasang tiang-tiang tersebut ke perabung lantai dengan menggunakan paku-paku bersaiz 6 inci.
Tumpukan perhatian semasa melakukan tugas ini dan pastikan tiang-tiang tegak sebelum memasang paku. Sebagai tambahan, guna pita pengukur bagi memastikan tiang tersebut berkeadaan simetri.
5. Memasang Lantai Gazebo Selepas kerja-kerja menyiapkan rangka untuk lantai dan memasang tiang-tiang, anda perlu memasang lantai sama ada mengguna kepingan kayu berukuran 2×4 inci atau pun 2×6 inci. Anda disarankan supaya mendapatkan kepingan lantai khusus untuk kegunaan luar rumah. Ini bertujuan untuk mengelakkan lantai tersebut dari dirosakkan oleh titisan air.
Semasa kerja-kerja memasang lantai, anda dinasihatkan supaya meletakkan sebatang paku di antara kepingan lantai bagi mendapatkan jarak konsisten di antara satu sama lain.
Untuk kerja memasang lantai menggunakan paku. Seelok-eloknya sediakan lubang terlebih dahulu sebelum memasukkan paku. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan skru, anda boleh terus memasang skru tanpa menyediakan lubang terlebih dahulu, tetapi saiz skru hendaklah bersesuaian.
Anda disarankan menggunakan 2 batang skru di setiap hujung kepingan lantai bagi memastikan struktur betul-betul kemas.
6. Memasang Perabung Bumbung Gazebo Memasang bumbung gazebo boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Teknik pemasangan kali ini memerlukan hanya sedikit sahaja bahan binaan tetapi gazebo masih kelihatan kukuh. Langkah pertama adalah memasang perabung di bahagian atas kesemua tiang-tiang kayu 4 x 4 inci tadi.
Guna perabung berukuran 4 x 4 inci dan pasangkan secara profesional. Dapatkan bantuan untuk memegang hujung perabung di kedudukan sepatutnya semasa anda memasang skru.
Anda dinasihatkan supaya menggunakan teknik yang betul semasa menyambung perabung di bahagian atas tiang. Potong hujung perabung ke bentuk L dan gabungkan kesemuanya di bahagian atas tiang tadi. Setelah kerja tersebut selesai, ketatkan sambungan ini menggunakan skru.
Anda disarankan supaya memasang kesemua perabung kerana ini akan meningkatkan tahap kekuatan pembinaan.
7. Memasang Rangka Bumbung Gazebo Seterusnya pasang 2 x 4 inci perabung sokongan untuk dijadikan rangka utama bumbung. Langkahnya senang sekiranya anda menggunakan teknik pemasangan dan perkakas yang betul. Pertama, potong 6 x 6 inci tiang utama (4 inci tinggi) dan pasangkannya dengan menyambung 2 perabung sokongan yang bertentangan dengan 4 inci skru (memastikan perabung sokongan tersebut dilekatkan kepada tiang utama).
Semasa proses pemasangan, anda dinasihatkan menggunakan tangga. Pastikan tangga tersebut diletakkan di atas permukaan yang kukuh.
Kemudian, pasang kesemua 2 x 4 inci perabung tambahan. Lakukan dengan teliti dan pastikan perabung tambahan ini dipasang secara simetri. Sambungkan ke perabung atas dan ke tiang utama dengan beberapa biji skru berukuran 4 inci.
Sekiranya anda tidak suka reka kepada bentuk rangka tersebut, anda berpeluang melaraskan saiz dan ketinggian bumbung bagi memenuhi kehendak dan cita rasa anda.
8. Memasang Bumbung Gazebo Banyak kaedah memasang bumbung. Anda boleh menggunakan 2 x 4 inci kepingan kayu, kepingan-kepingan plywood atau kertas bumbung. Sebarang kaedah yang digunakan, anda disarankan supaya menggunakan skru yang sesuai dan dipasang dengan jarak 10 inci di sepanjang perabung.
Selepas memasang kepingan kayu atau kepingan-kepingan plywood, anda boleh memilih untuk menggunakan shingles, kepingan konkrit atau zink sebagai bumbung.
Pilihan bahan juga bergantung kepada keperluan dan cita rasa anda sepenuhnya. Berhati-hati semasa kerja-kerja memasang dan pastikan paku tidak menembusi atap bumbung (sila guna paku bersaiz ½ inci sahaja).
Akhirnya, tampal setiap lubang atau rekahan menggunakan penyumbat kayu dan biarkan ia beku. Gosok permukaan gazebo kayu anda dengan kertas pasir sederhana halus dan lindungi struktur binaan ini dari dimusnahkan oleh air dengan menyapu lapisan varnish.
Sentuhan Terakhir – Mengecat Struktur Gazebo
Anda boleh menyapu cat kepada semua struktur kayu mengikut pilihan warna yang anda suka. Sama ada untuk kelihatan sedondon dengan kediaman anda atau warnakannya dengan rona terang bagi memperlihatkan dominasi ruang. Walau apa tujuan sekali pun pastikan anda menggunakan cat yang sesuai untuk kegunaan luar. Lapisan cat membantu melindungi kayu, seterusnya memanjangkan hayat struktur tersebut.
Membina sebuah gazebo yang sempurna adalah sesuatu yang subjektif. Untuk itu anda disarankan supaya memilih reka bentuk dan saiz sebelum memulakan urusan pembinaan, mengikut keperluan dan cita rasa anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Konsep open-wardrobe jelas mempunyai pelbagai kelebihan buat pemilik. Antaranya termasuklah dapat menjimatkan ruang serta memudahkan proses organisasi pakaian dan barangan lain. Selain itu, open-wardrobe juga menjadikan pemilik lebih rajin mengemas dan menguruskan almari.
Dalam perkongsian Puan Aimi Ismail melalui laman Kelab Kaki Deko, beliau telah mengubahsuai ruang rehat tingkat atas kediamannya menjadi sebuah kawasan untuk “open-wardrobe” buat seluruh ahli keluarganya. Ia lebih tersusun dan memudahkan kerja beliau. Selain menyediakan tempat menggantung baju, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut menggosok pakaian. Segalanya berasa dalam satu kawasan, menjadikan ruang ini multi-fungsi dan praktikal.
KEADAAN SEBELUM
SETELAH DIKOSONGKAN
Ni ruang rehat tingkat atas
Memang dari asal buat tempat menggosok baju
Dan tempat gantung baju kerja mama baba dan baju sekolah anak-anak yang siap digosok untuk seminggu
Cuma tambahbaik supaya lebih teratur dan sedap mata memandang, tenang di jiwa
Sebab bilik semua dah penuh
KEADAAN SELEPAS
Dalam tempoh seminggu sahaja, ruang “open-wardrobe” ini telah berjaya disempurnakan. Menurut Puan Aimi lagi, segala-galanya dilakukan sendiri, “Suami hanya bantu gerudi dinding untuk menggantung rak”.
KOS YANG DIBELANJAKAN ;
– Lebih kurang RM400 (termasuk dua kotak vinyl untuk lantai)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ;
1. Plywood (tebal 12mm) – 1 keping 8 ft x 4 ft
(saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4kakiX1.5kaki), bawah 2 keping (4kakiX1kaki)
2. besi L – 12inci,10inci
3. mulig bar – 5
4. cat Jotun – 1L
5. Vinyl – 2kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada
6. storage, dust cover beli kat Lazada
7. frame, cermin lekat di almari beli kat Eco
Moga bermanfaat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...