Hilangkan Bau Balang Kuih Raya Menggunakan Arang Sahaja

Share

Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, para ibu merupakan antara yang paling sibuk menyediakan persiapan dan kelengkapan untuk perayaan. Ianya termasuklah penyediaan balang kuih raya. Balang kuih raya yang disimpan berbulan-bulan boleh menyebabkan bau yang kurang enak. Di sini IMPIANA kongsikan petua yang boleh digunapakai untuk menghilangkan bau balang kuih raya.

Caranya adalah seperti berikut:

1. Basuh dan keringkan balang.
2. Masukkan beberapa ketul arang ke dalam balang. Kemudian, tutup balang dan biarkan selama 2 hingga 3 jam.

3. Bersihkan semula balang.
4. Jika masih berbau, tutup semula balang bersama arang tadi dan biarkan untuk beberapa jam berikutnya.

Mudahkan petua ni? Selamat mencuba!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN