Hias Rumah Ala Resort Tepi Laut

Share

Mungkin masih ramai yang tidak biasa dengan konsep dekorasi seumpama ini. Konsep coastal yang melambangkan sebuah kampung nelayan dan ilham itu diubah suai selaras dengan keperluan kediaman moden.

INILAH ANTARA KONSEP YANG MENJADIKAN ELEMEN LUSUH SEBAGAI SATU BENDA CANTIK DAN MENGHIDUPKAN HIASAN RUANG.

DI SAMPING WARNA BIRU ELEMEN ANYAMAN JUT, GUNI ATAU RUMPAI AIR MERUPAKAN TRADE MARK KONSEP COASTAL.

 

Selalunya konsep ini sinonim dengan gaya Amerika yang banyak menolak warna-warna terang dan menggandingkan rona pucat sebagai satu inspirasi suasana pantai di sebelah sana yang agak dingin dan berkabus adakalanya. Tetapi itulah keindahan yang diserlahkan oleh pereka untuk tuan rumah abadikan di kediaman mereka.

RINGKAS DAN CANTIK, GAYA HIDUP NELAYAN YANG SEDERHANA DIABADIKAN DALAM SEBUAH ILHAM KONSEP.

KESEDERHANAAN PILIHAN WARNA PUCAT MENJADIKAN IA SELESA DAN SESUAI UNTUK HIASAN KEDIAMAN HUJUNG MINGGU DAN KEDIAMAN PINGGIR PANTAI.

Pilihan warna biru dengan corak berbelang antara corak lazim yang dapat kita perhatikan pada konsep seumpama ini. Malah elemen yang mencerminkan kisah hidup nelayan dijadikan perhiasan seperti pendayung, rumah api , batu karang dan sebagainya. Ia sememangnya menarik dan menjadikan suasana tidak ubah seperti di perkampungan nelayan.

JIKA TIDAK PUNYA DINDING KAYU, WALL PAPER JUGA BOLEH DITAMPAL DENGAN KESAN BINAAN KAYU YANG REALISTIK.

 

IKLAN