
Kadangkala apabila terlalu penat, kita terlepas pandang ataupun lupa mahu mengasingkan pakaian putih dengan yang berwarna. Sudahnya, warna luntur pada baju putih dan mungkin tidak boleh dipakai lagi. Tetapi, sebelum anda buang baju yang terjejas itu, cuba dahulu beberapa tip IMPIANA ini mudah-mudahan ia dapat mengembalikan keaadan asal pakaian tersebut.
1. Rebus pakaian
Merebus pakaian yang terkena warna luntur sejurus selepas anda menyedarinya akan mengurangkan risiko warna tersebut untuk kekal pada pakaian. Lagi cepat, lagi bagus.
tetapi bergantung pada jenis material pakaian juga. Jika jenis yang nipis dan kurang tahan, lebih baik anda rendamkan sahaja dalam air panas selama beberapa minit.
2. Perahan lemon/limau
Selain itu, boleh juga cuba untuk rendamkan pakaian terjejas kedalam campuran air panas dengan perahan lemon. Bergantung pada tahap kerosakan yang berlaku, perahan lemon perlulah dibancuh sesuai dengan kekotoran.
3. Bahan peluntur
Letakkan 1 sudu sabun basuh baju kedalam baldi kemudian isi air mengikut kesesuaian. Ambil peluntur sebaiknya yang berperisa lemon, dan tuang sebanyak 5 penutup botol kedalam baldi tadi.Kacau campuran sehingga rata dan rendamkan baju terjejas kedalam baldi tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya untuk beberapa jam sebelum dibasuh dan dibilas.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petua Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar dan Pinggan Mangkuk Yang Paling Mujarab

Kunyit, selesai menggunakannya tidak kira lah kunyit hidup mahupun serbuk akan meninggalkan kesan terutamanya pada tangan, periuk, besin, pinggan dan pengisar. Masalah ini kerap menghantui suri rumah. Kalau yang terkesan pada tangan tu, bila Encik suami ajak keluar mesti malu sbb ada kesan kunyit kan.
Ada yang sampai sanggup sediakan pengisar khas untuk tujuan mengisar bahan-bahan yang melibatkan campuran kunyit. Kalau kena pada pinggan dan sudu pula, Sakit mata dibuatnya. Dah guna pelbagai cara untuk mengatasinya. Rendam dengan air panas, guna sabun basuh pinggan yang mahal namun masih gagal.
Untuk atasi masalah ini, Impiana kumpulkan petua-petua mudah untuk menghilangkan kesan kunyit pada peralatan dapur, pakaian, tangan dan pengisar. Selamat mencuba.

Hilangkan kesan kunyit pada baju
Petua 1
Jika anda baru perasan baju anda terkena kunyit malah kari, gunakan cuka dan lemon serta sedikit sabun pencuci baju. Letakkan sabun pencuci baju terus pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Tambahkan cuka dan gosok dengan cermat. Apabila ia mula memudar, tambahkan perahan lemon agar menghilangkan bau cuka dan menyerlahkan seri pakaian. Pastikan kekotoran semua hilang barulah dimuatkan dalam mesin pengering.
Petua 2
Jika baju anda baru sahaja terkena serbuk kunyit, lekas-lekas tenyeh dengan serbuk pencuci. Sental dengan berus secepat mungkin dan bilas. Jemur di bawah panas terik.
Hilangkan kesan kunyit pada tangan
Petua 1
Bancuh soda bikarbonat sampai menjadi adunan seperti krim tangan atau ubat gigi. Lumurkan pada tangan dan sental perlahan-lahan.Kemudian bilas dengan sabun dan air bersih.
Petua 2
Adakala rimas juga memasak menggunakan kunyit. Apatah lagi jika satu tangan kita menjadi kuning macam demam kuning pulak jadinya. Jangan panik. Gunakan minyak zaitun dan gosoklah dengan kain. Lebih bagus jika kain tersebut lembab jadi tidaklah terasa perit. Ada juga yang menggunakan scrub badan dan gosok perlahan-lahan.
Cara menghilangkan kesan kunyit pada pengisar
Petua 1
Caranya, gunakanlah baking soda. Cara untuk membuatnya, campurkan baking soda dengan sedikit air dan gaul sehingga teksturnya menyerupai ubat gigi. Jika sudah siap, sapukan pes pada pengisar dan gosok, kemudian cuci dan bilas lah sehingga bersih.
Petua 2
Masukkan 1 cawan air panas dan 2 sudu makan cuka ke dalam pengisar dan biarkan 2 hingga 3 minit. Kisar air bancuhan cuka beberapa kali sehingga kesan kunyit tanggal.
Cara Hilangkan kesan kunyit pada periuk, pinggan, mangkuk dan sudu
Petua 1
Campurkan baking soda dengan air hingga menjadi pes atau seakan tekstur ubat gigi. Sental pinggan atau periuk yang ada kesan kunyit tadi dengan pes tersebut. Biarkan 1-2 minit baru dibilas.
Baca artikel lain juga: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah
Petua Pantas Hilangkan Bau Durian Di Rumah Dengan Mudah Dan Berkesan!
Selamatkan Anak Pokok Durian Ditenggelami Air Dengan 2 Cara Berkesan Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jadikan Bilik Tidur Tempat Paling Tenang & Best Lepak, Bukan Sekadar Tempat Tidur

Bilik tidur bukan sekadar tempat untuk berehat, tetapi juga ruang peribadi yang mempengaruhi kualiti tidur dan kesejahteraan kita. Dengan sentuhan dekorasi yang tepat, anda boleh mencipta suasana yang menenangkan dan selesa untuk tidur yang lebih nyenyak. Berikut adalah beberapa idea dekorasi untuk mengubah bilik tidur anda menjadi ruang idaman:
Pilih Warna yang Menenangkan
Warna memainkan peranan besar dalam mencipta suasana bilik tidur. Pilih warna-warna lembut seperti biru muda, kelabu, hijau pastel, atau putih krim untuk dinding dan perabot. Warna-warna ini membantu menenangkan minda dan mengurangkan tekanan, sesuai untuk tidur yang lena. Elakkan warna terang seperti merah atau kuning terang yang boleh merangsang tenaga.
Petua: Tambahkan warna melalui bantal, cadar atau karpet untuk menyerikan ruang tanpa mengganggu ketenangan.
Pencahayaan yang Lembut
Pencahayaan yang betul adalah kunci untuk bilik tidur yang nyaman. Gunakan lampu dengan cahaya hangat (warm white) untuk mencipta suasana santai. Lampu sisi katil dengan dimmer membolehkan anda mengawal kecerahan mengikut keperluan. Pertimbangkan juga lampu hiasan atau lilin wangi (tanpa nyalaan untuk keselamatan) untuk menambah sentuhan intim.
Petua: Pasang langsir tebal atau blackout untuk menghalang cahaya luar, terutama jika anda tidur pada waktu siang atau tinggal di kawasan yang terang.
Perabot Minimalis dan Fungsional
Elakkan memenuhi bilik tidur dengan terlalu banyak perabot. Pilih perabot yang ringkas tetapi fungsional, seperti katil dengan storan di bawah, meja sisi kecil atau almari pakaian yang kemas. Susunan yang teratur membantu mengurangkan rasa sesak dan memudahkan minda untuk berehat.
Petua: Letakkan katil di tengah-tengah bilik atau menghadap tingkap untuk pemandangan yang menenangkan, tetapi pastikan ia tidak menghalang laluan.
- Kain dan Tekstil yang Selesa
Kualiti tidur banyak bergantung pada keselesaan fizikal. Melabur dalam cadar berkualiti tinggi, seperti kain kapas atau linen yang lembut dan berudara. Pilih bantal dan tilam yang menyokong postur badan anda. Tambahkan selimut tebal atau lapisan tekstil untuk keselesaan tambahan.
Petua: Gunakan tekstil dengan corak sederhana atau warna neutral untuk mengekalkan suasana harmoni.
- Elemen Semula Jadi
Membawa elemen semula jadi ke dalam bilik tidur boleh meningkatkan rasa tenang. Letakkan beberapa pokok kecil seperti pokok keladi atau sansevieria yang mudah dijaga dan membantu menapis udara. Anda juga boleh menambah elemen seperti batu hiasan, kayu atau cermin dengan bingkai semula jadi untuk sentuhan organik.
Petua: Pastikan pokok diletakkan di kawasan yang mendapat cahaya mencukupi dan elakkan meletakkan terlalu banyak tumbuhan supaya ruang tidak kelihatan penuh.
- Kurangkan Kekacauan
Bilik tidur yang kemas membantu minda kekal tenang. Simpan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kotak storan atau almari. Elakkan meletakkan peranti elektronik seperti TV atau komputer di bilik tidur kerana cahaya biru dari skrin boleh mengganggu kitaran tidur.
Petua: Gunakan bakul atau kotak hiasan untuk menyimpan barang kecil seperti buku atau aksesori.
- Aroma yang Menenangkan
Aromaterapi boleh meningkatkan kualiti tidur. Gunakan minyak pati seperti lavender, chamomile, atau kayu cendana dalam penyebar aroma (diffuser). Anda juga boleh memilih lilin wangi atau sachet aroma untuk kesan yang sama.
Petua: Pastikan bilik tidur mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengelakkan bau yang terlalu kuat.
- Sentuhan Peribadi
Tambahkan elemen peribadi seperti foto keluarga, karya seni kegemaran, atau barangan hiasan yang bermakna bagi anda. Ini menjadikan bilik tidur lebih mesra dan mencerminkan personaliti anda, tetapi pastikan ia tidak terlalu meriah sehingga mengganggu ketenangan.
Petua: Bingkai karya seni atau gambar dengan warna yang selari dengan tema bilik untuk kesan harmoni.
Kesimpulan
Bilik tidur idaman adalah gabungan fungsi, keselesaan dan estetika yang menyokong tidur yang nyenyak. Dengan memilih warna, pencahayaan dan perabot yang tepat, serta menambahkan elemen semula jadi dan aroma yang menenangkan, anda boleh mencipta ruang yang bukan sahaja cantik tetapi juga membantu anda berehat dengan lebih baik. Mulakan dengan perubahan kecil, seperti menukar cadar atau menambah lampu dengan mood cozy dan rasai perbezaannya!
Mesti Baca: Kediaman Premium Teres 3 Tingkat, Keterbatasan Ruang Buat Pemilik Hanya Mahu Satu Dapur Sahaja
Baca Lagi Di Sini: Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’
Artikel Menarik: “Teratak NEN’Da” Estetika Rumah Kampung Berkonsep ‘English Cottage’ Milik Pelakon Khaty Fauziah
IMPIANA: Alhamdulillah. Tahniah Kieda. Cantik dekorasi rumah yang dikongsikan memang nampak clean & cozy! Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain, yang meminati konsep ini.
IMPIANA: Alhamdulillah. Tahniah Kieda. Cantik dekorasi rumah yang dikongsikan memang nampak clean & cozy! Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain, yang meminati konsep ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Mitos Durian, Tapi Ramai Tak Tahu Ia Membantu Kurangkan Stres

Musim durian tahun ni menjadi-jadi. Raja buah ni, walaupun “Stinks Like Hell but Tastes Like Heaven”. Sebab tu kadang kala bila dapat rasa yang sedap tu macam tak ingat dunia makan. Walhal, saranan kesihatan hanya 3 ulas saiz sedarhana. Bila berlebihan, boleh undang gangguan kesihatan. Masa tu, mulalah kelaur mitos yang pelik-pelik.
Sebeanrnya bukan disebabkan mitos tersebut, tapi disebabkan anda terlebih makan je. Berikut, antara mitos durian yang selalu anda dengar:
Mitos1: Makan Durian dengan manggis
Nak elak panas selepas makan durian, anda perlu ambil buah manggis kerana ia bersifat sejuk untuk naturalkan kndisi badan. Namun, dalam perubatan moden tiada istilah buah sejuk atau panas. Masih tiada kajian santifik yang menyokong mitos ini
Mitos 2: Durian kolestrol tinggi
Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!
Ddurian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung. Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.
Mitos 3: Meningkatkan nafsu
Masih tiada kajian yang mengesahkan durian berupaya meningkatkan nafsu seks. Namun, ada kajian membuktikan durian berupaya mengurangkan stres dan membantu tidur yang nyenyak. Ini kerana di dalam durian terkandung sejenis asid amino bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan. DUa hormon ini yang diperlukan untuk mengurangkan stres
Mitos 4: Ambil durian dan minum kopi akan menyebabkan mabuk
Tidak kira pengambilan air apa pun, ia tidak menggundang ancaman kesihatan selepas makan durian. Namun. anda digalakkan mengambil air masak kosong bagi melarutkan kandugan durian supaya mudah dicerna
Mitos 5: Makan durian banyak boleh menyebabkan demam
Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!
Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!
Mesti Baca: DIY Pewangi Rumah Semulajadi Guna Oren & Cengkih, Tahan Sampai Sebulan!
Baca Lagi Di Sini: Bau Haruman Rumah Yang Buat Tetamu Rasa Macam Masuk Spa Mewah
Artikel Menarik: Cara Wangikan Rumah Supaya Wujudkan Suasana Segar & Harum Semulajadi 24 Jam!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI