Pernah tak anda guna microwave bertahun-tahun tapi jarang bersihkan pada bahagian dalam sehingga nampak hitam akibat sisa makanan yang terkumpul. Atau pun anda keliru nak gunakan pencuci yang bagaimana supaya nanti tidak lah microwave anda rosak atau bau sabun melekat pada makanan pula kan.
Impana nak kongsi satu cara hanya guna lemon untuk bersihkan bahagian dalam microwave. Murah, mudah dan senang saja untuk anda ikut. Jom tengok video yang dikongsikan oleh HomeStagingChanel
Pergi pasaraya nak beli pisau. Al Maklumlah, pisau dah tumpul. Nak di asah, sekejap je tahan. Tapi sampai-sampai je kat rak pisau, pening kepala nak pilih pisau. Ada yang kecil, tebal tirus dan sebagainya. Mana satu pisau yang sesuai.
Persoalan nya, bukan pilih ikut warna dan design. Anda perlu pastikan kegunaannya. Ini disebabkan, bentuk pisau mempengaruhi cara penggunaan. Jadi, sebelum beli pisa, pastikan apakah kegunaan pisau tersebut. Antara pisau-pisau yang terdapat di dunia ni adalah seperti dalam gambarajah yang tertera di bawah ini.
Chef Knife
Antara jenis pisau yang kerap dan banyak digunakan. Mempunyai panjang antara 8-10 cm, ia digunakan untuk memotong sayur, menghiris daging, mencincang dan sebagainya. Kiranya pisau ni serba guna lah.
Paring atau slicing knife
Saiznya memang kecil untuk memudahkan anda menggenggam hulu pisau dan memudahkan proses mengupas. Saiznya yang kecil juga memudahkan anda mengawal ketebalan kulit buah atau sayur yang hendak dikupas.
Untuk dapatkan hasil potongan bawang yang nipis dan cantik, Boleh gunakan pisau paring ni. Tapi sebaiknya anda asingkan kegunaannya. Air bawang mampu menumpulkan pisau.
Boning knife
Ujung boning knife sedikit lebar. Pisau ini digunakan untuk untuk memotong ayam dari tulangnya. Macam orang yang nak buat chicken chop, satay tu, pisau ni sesuai. Bentuknya yang ramping memudahkan tugas-tugas mengasingkan daging dari tulangnya
Meat cleaver atau pisau daging
Pisau ini jenis berat. ia digunakan untuk memotong daging. Kebanyakan masyarakat cina lebih gemar gunakan pisau ni. Sebab tu, ada juga yang panggil piasu ini sebagai Chinese Chef’s Knife. Bahagian pisau yang paling berat adalah pada penampangnya yang tebal. Ia kebiasaannya digunakan untuk tugas-tugas berat seperti mencincang, Memotong sayur dalam kuantiti yang berat, memotong sayur yang keras, menghancurkan bawang putih dan sebagainya.
Fillet knife
Bentuknya seakan boning knife. Tapi hujungnya tirus. Ia dikhususkan untuk buat fillet ikan sahaja.
Bread knife
Kalau nak potong roti gunakan pisau biasa akan meninggalkan kesan yang tidak menarik. Silap-silap, boleh kemek terus. Tekstur roti sedikit kasar. jadi, untuk potong roti anda perlukan pisau bergerigi macma gergaji tu. Baru lah potongan cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Idea Dapur Pulau di negara Barat sudah lama dipraktikkan, tetapi di Malaysia masih ramai yang tidka berani untuk mencuba idea ini. Mungkin kerana faktor harga atau kekangan ruang menyebabkan elemen ini dilupakan. Itu bukanlah isu sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah, ukuran saiz dapur yang tepat dan jenis dapur island yang sesuai mengikut kemampuan anda. Di sini IMPIANA senarikan beberapa jenis dapur pulau yang sesuai dan praktikal untuk memberi idea kepada anda semua.
2 Jenis utama Dapur Pulau
Terdapat dua jenis kounter pulau iaitu kounter pulau kekal (fix island kitchen) dan kounter pulau mudah alih (mobile/cart wheel island kitchen). Kebanyakan akan memilih untuk memasang kounter pulau jenis kekal kerana ianya lebih mudah untuk dijaga berbanding jenis mudah alih. kaunter pulau mudah alih menjadi pilihan terutamanya buat anda yang mempunyai kekangan ruang. Namun, setelah digunakan posisikan kounter pulau mudah alih anda di kawasan yang bersesuaian.
Rekabentuk separa bulat (semi circle island kitchen)
Jika anda mementingkan aspek keselamatan di dapur, pilihan rekabentuk separa bulat adalah yang paling sesuai. Ia tidak berbucu serta runcing di bahagian hujung serta boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa anda sedang sibuk memasak di dapur. Mungkin ianya tidak terjadi kepada anda, anak anda atau orang lain pasti menjadi mangsa.
Tambahan Unit gantung
Sudah memilik sebuah unit dapur pulau sudah cukup membuatkan dapur anda nampak moden dan elegan, tetapi tahukah anda jika disertakan sekali beberapa perkakas yang bergantung di atasnya, design dapur anda nampak lebih meletup berbanding biasa. Pertama, tambah hud sedutan udara dibahagian atas dapur (jika ada) untuk menyedut segala asap makanan atau pasang bar untuk dapatkan ruang pengstoran ekstra. Bar ni boleh lah jadi tempat anda sangkutkan kuali, serta pan
Kepelbagaian fungsi
Kitchen Island dicipta untuk pelbagai kemudahan di dapur daripada hanya digunakan sebagai tempat makan serta penyediaan bahan masakan, ia terus dimajukan dengan fungsi lain seperti gabungan antara meja makan dan ruang simpanan (mempunyai rak dan laci), meja makan dan singki, akhir sekali, gabungan tiga komponen iaitu, singki, dapur memasak dan meja makan.
Pulau Kabinet
Cabinet Island seperti ini direka khas untuk simpanan pelbagai barangan di bahagian dapur selain daripada storan di atas kabinet. Selalunya island sebegini dilengkapi dengan ruang simpanan yang lebih luas berbanding di kabinet dapur. Di bahgian atasnya, permukaan padu seperti granit, marmar atau solid surface menjadi pilihan. Ini kerana, permukaan atas kounter pulau ini perlu padu untuk membolehkan anda berkerja dengan selesa. Adalah molek untuk anda letakkan sekali beberapa suis elektrik untuk memudahkan tugas anda di dapur.
Kabinet Pulau Dua Tingkat
Rekaan ini kebiasaanya menjadi pilihan restoran dan kafe. Seperti kabinet pulau pelbagai fungsi, bahagian santapan di tinggikan sedikit untuk mengurangkan konflik antara fungsi yang berbeza.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sekiranya anda biarkan jentik-jentik terus membiak di sekitar rumah anda, maka risiko untuk penyakit demam berdarah dan denggi akan meningkat. Kriteria tempat yang gemar bagi pembiakkan adalah tempat yang gelap, tempat longgokan sampah, takungan air dan kawasan yang lembab.
Ia harus segera dibasmi untuk mengurangkan risiko penyakit demam berdarah dan denggi. Selain membersihkan tempat tinggal anda dan menutup takungan air, anda juga harus melakukan pembasmian terhadap jentik-jentik secara drastik. IMPIANA akan memberikan anda tip untuk membasmi masalah ini dengan bahan-bahan khusus.
Cara Membasmi
Tahukah anda bahawa jentik-jentik selalu berada di takungan air yang tidak tertutup. Misalnya, anda meletakkan barang terbuang di depan rumah dan air hujan bertakung pada barang terbuang tersebut. Takungan air di dalam barang terbuang berpotensi menjadi tempat membiak.
IKAN GUPPY
Tidak semua ikan suka memakan jentik-jentik. Namun, ikan guppy sangat menyukai jentik-jentik. Anda boleh meletakkan ikan gapi di buyung dan kolam ikan anda. Ikan guppy akan membasmi jentik-jentik yang berada di air.
DAUN SIREH
Segenggam daun sireh muda direbus dengan 1 liter air. Rebus daun sireh sehingga layu dan sejukkan air rebusannya selama beberapa minit. Setelah air rebusan sireh ini sejuk, tuangkan air rebusan sirih ke dalam kolam mandi. Daun sirih dapat menjadi antiseptik alami untuk membasmi pembiakan jentik-jentik di kolam mandi anda.
GARAM KASAR
Percayakah anda bahawa garam kasar boleh digunakan untuk membasmi masalah ini yang sudah membiak banyak? Garam kasar yang hendak digunakan harus dicuci terlebih dahulu. Setelah itu, jemur garam sampai kering, lalu tumbuk sampai halus. Taburkan serbuk garam ini ke kolam mandi atau kolam ikan. Dijamin, ia akan terus mati dengan segera kerana garam kasar memiliki tahap kemasinan yang sangat tinggi.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.