
Selepas banjir surut, ramai yang mula sibuk membersih dan menyusun semula rumah. Namun, satu perkara penting yang ramai sering terlepas pandang ialah ancaman haiwan berbisa selepas banjir dan serangga yang mungkin ‘menumpang’ di sekitar rumah. Ini termasuk lipan, kala jengking, ular dan serangga lain yang keluar dari habitat asal mereka kerana kawasan itu telah tenggelam atau rosak.
Air banjir memaksa haiwan-haiwan kecil seperti lipan, kala jengking, ular dan tikus untuk mencari tempat yang lebih tinggi, kering dan selamat. Ini menyebabkan mereka naik ke bahagian rumah seperti bawah katil, belakang almari, bilik air atau dalam timbunan barang yang jarang disentuh. Situasi ini menjadikan haiwan berbisa selepas banjir
lebih aktif dan cenderung mendekati kawasan manusia.Berikut langkah-langkah penting yang disarankan untuk keselamatan anda dan keluarga:
Bagi mengurangkan risiko, anda juga boleh menambah beberapa rutin mudah. Selepas banjir, banyak kawasan rumah menjadi lembap, gelap dan sesuai untuk haiwan kecil berlindung. Oleh itu, pastikan kawasan rumah mendapat pengudaraan yang baik dan keringkan ruang yang lembap secepat mungkin. Ini dapat mengurangkan peluang haiwan berbisa selepas banjir mencari tempat persembunyian baru.
Selain itu, elakkan menyimpan tong sampah terbuka atau makanan yang mudah menarik tikus dan serangga. Membersihkan halaman dan kawasan bawah rumah turut membantu menghalang haiwan berbisa berkumpul di situ.
Biasakan diri untuk:
Lepas banjir, bahaya bukan sahaja pada air keruh, tetapi pada haiwan berbisa selepas banjir yang menyelinap secara senyap mencari tempat berteduh, mungkin dalam rumah anda. Langkah pencegahan awal boleh mengelakkan gigitan, serangan atau kejadian yang lebih serius.
Lindungi keluarga anda. Cegah sebelum terkena!
Mesti Baca: Lakukan Perkara Ini Jika Ular Masuk Rumah