Ramai yang takut nak guna warna jingga dalam dekor rumah. Tapi kali ini IMPIANA nak share dengan anda guna warna jinga dekat ruang makan boleh buka selera.
Jingga, wow warna yang terang menyengat . Jingga memberi satu keriangan dan rasa penuh bertenaga. Dalam teori psikologi warna, dikatakan jingga mampu membuat kita berselera dan lapar. Amboi penuh magis rupanya rona ini. Bukan sahaja nampak sungguh mewah dalam nada tersednri juga cukup lantang memberikan maksud positif kepada ramai.
Ads
Pasti ramai yang mencemik bila dikatakan jingga cantik untuk ruang makan. Mahu pengsan agaknya bila rona seumpama ini dipalitkan ke dinding. Bukan sahaja terang malah mencuri perhatian dari jauh. Anda pasti? Jika itu tanggapan anda, imbas kembali warna-warna di kedai makan atau restoran makanan segera yang banyak menggunakan warna-warna hangat seperti merah , jingga dan beberapa pilihan warna lain.
Ads
Sebenarnya jingga juuga bagus untuk memberi keseimbangan kepada anda yang memilih perabot kayu untuk kediaman mereka. Ia memberi keseimbangan kerana jingga juga mempunyai elemen harmoni dengan rona perang. Ia juga memberi ruang lebih bersinar dan tidak terus kelam dengan dominasi perabot kayu. Bahkan jingga juga memberi idea kita tentang makanan yang menyelerakan termasuk buah limau yang menggiurkan.
Ads
Anda boleh memilih pelbagai biasan jingga. Daripada yang pucat kepada yang terang. Anda juga boleh mengenakan ia dengan kemasan lembut atau aksesori. Maklumlah adakala ruang makan kita agak hambar berbanding dengan ruang tamukan. Jadi rona ini mampu memberi sedikit perisa untuk menyerlahkan seri ruang. Simple-simple je di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Workstation” Bukan Sekadar Selesa Tapi Cantik, Ini Yang Perlu Anda Buat. Kini ramai di kalangan kita yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri. Ia bukan sahaja selari dengan arus sosial media kini malah lebih menjimatkan juga praktikal. Namun bagaimana boleh kita kekalkan suasana profesional di kediaman sendiri dengan tugasan yang digalas?
Pereka juga mula mengikut arus masa kini. Ramai yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri dan menjadikan kediaman sebagai pejabat. Ini bermakna ruang kerja juga tampil selesa dan menyenangkan. Pelbagai idea telah dihasilkan untuk kita jadikan inspirasi, bagaimana sebuah sudut di ruang kediaman mampu bertukar menjadi ruang kerja yang cantik.
Ada yang menjadikan kabinet bina dalam sebagai stesen kerja. Lengkap dengan penutup dan pintu berpangsi. Ada yang membina para-para kecil dan ada juga yang membina unit station pada bucu ruang…unik dan amali seiring…Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang nampak mewah dengan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah. Selain itu ia juga dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.
Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.
WARNA NEUTRAL
Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.
PILIH WARNA SENADA
Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.
UKURAN POLA
Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.
MEMBERI KESAN SENI
Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.
KESAN MASKULIN
Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.
RUANGAN PENUH BUNGA
Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.
Nama pemilik: Pakcik Kasbin Lokasi: Sungai buloh Jenis kediaman: Rumah kampung jenis batu Konsep: Moden kontemporari
Episod 3 rancangan TV Impiana yang bersiaran pada 4/9/2018 memaparkan tranformasi kediaman kampung jenis batu milik seorang atuk yang terletak di Sungai Buloh. Rumah yang terletak di kawasan desa ini menjadi kediaman buat Pakcik Kasbin bersama beberapa orang anak dan cucunya.
Segala penyediaan yang terdapat di dalam kediaman ini hanya pada asas keperluanya sahaja. Memandangkan penghuni nya ramai dan cucu yang sedang membesar, ia antara penghalang kediaman ini tidak ditata hias indah. Namun, ada sekelumit menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kediaman bukan lah yang mewah tetapi selesa buat mereka seisi keluarga.
Menunaikan hasrat si pemilik, Team IMPIANA membuat kunjungan untuk mengenali dan memahami keperluan isi rumah ini. Namun, sudha pastinya kekangan bajet menjadi isu utama bagi kami. Lantaran, idea bijak dicurah oleh pereka dalaman yang telah dilantik iaitu IDW.
Renovasi lebih tertumpu kepada kemasan lantai, langsir, cat dan pencahayaan. Hal ini kerana ada sebahagian besar perabot yang tersedia tidak dibenarkan untuk di tukar kerana mempunyai sentimental value kepada pemilik antaranya kerusi kayu dan meja.
Selesai perbincangan, kontraktor memajukan kerja ubah suai dengan mengosongkan barang yang terdapat di dalam ruang yang hendak di ubahsuai. Pilihan rona cat putih dan biru cair mendominasi kediaman ini. Namun perinciannya, pereka telah menggunakan paintscoting menggantikan wainscoting. Hanya dengan menggunkan warna yang kontra, bingkai painscoting dibentuk secara teliti. Dengan penggunaan corak paintscoting ini, dekorasi yang cuba dizahirkan menampilkan palitan gaya mewah
Tengah in pasal wainscoting. Selain menggunkan wainscoting, kalau nak lebih jimat dan mudah, boleh hasilkan bingkai seakan wainscoting hanya dengan menggunakan cat
Asalnya, lantai kediaman ini menggunkan tikar getah yang kurang menarik coraknya dan telah kelihatan kusam. Untuk memberi nafas baru pada lantai tersebut, pereka telah memilih tikar getah dengan corak kayu berwarna gelap untuk membangkitkan keseluruhan dekorasi. Tapi, untuk bentang tikar getah ini, ia sidikit mencabar jika tidak kena caranya. masalah utama adalah permukaanya yang tidak rata. Nak elak masalah ini berlaku, WAJIB hadam tip pemasangan tikar getah [klik sini untuk artikel lengkap tip pemasangan tikar getah]
Sekarang, ramai beranggapan penggunaan tikar getah tak "up to date" sebenarnya, penggunaan tikar getah lebih cantik dan kemas kalau pandai pilih. Ini tipnya #impianatv #majalahimpiana #dekorimpiana
Sebelum ini, ruang kediaman pemilik sedikit suram disebabkan kurangnya pencahayaan semulajadi, hanya bergantung kepada lampu kalimantang yang menerangi terutamanya di ruang tempat makan. Pereka telah memilih lampu chandelier yang disokong dengan pengamatan cahaya daripada track light untuk menyerlahkan lagi dekorasi di ruang ini.
Memandangkan pemilik mempunyai cucu yang ramai dan kebanyakkanya bersekolah, bagi mengelak beg mereka di letakkan secara bersepah, pereka tealh menyediakan tempat menyangkut bag. Dan susunannya mengikut ketinggian cucunya di mana yang paling tinggi bagnya terletak di atas dan sebaliknya. Kaedah ini diberi nama Anthropometric.
Seperti yang telah dinyatakan dari awal, penggunaan perabut masih menggunkan apa yang telah tersedia. Hanya penambahan meja kopi dan sofa ringkas melengkap ruang tamu si pemilik. Meja makan pun menggunkan meja yang lama, hanya di buang alas meja nya untuk menyerlahkan tekstur kayunya.
Melihat kediaman yang telah siap di ubah suai ini di harap dapat menjadi kepsul pengubat minda pemilik di usia emas. Walupun tidak pernah terfikir memiliki sebuah teratak yang indah buat sebuah keluarga yang besar, setidaknya pemilik pernah menyimpan hasrat dan ia telah direalisasikan oleh TEAM IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.