Mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kutu beras di rumah dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jangan ada yang tidak tahu, kini ada cara yang anda boleh lakukan untuk menghapuskan serangga perosak itu dari kediaman anda buat selama-lamanya.
Malah, ada cuma hanya memerlukan satu produk sahaja untuk menghalang daripada makhluk serangga perosak ini hidup dan bermaharajalela di dalam bekas simpanan beras anda.
Apa yang ada cuma perlukan adalah sebuah kotak ‘Rice Protector’ yang dijual di kedai barangan kelengkapan rumah, Daiso. Untuk pengetahuan anda, produk ini mengandungi beberapa peket kecil cili yang digunakan sebagai pembasmi makhluk serangga perosak kutu beras.
Ads
Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu meletakkan sepeket ‘Rice Protector’ ini ke dalam bekas simpanan beras anda dan ia terbukti mampu bertahan daripada sebarang makhluk serangga perosak selama tiga bulan. Mudah bukan?
Sekiranya anda mahu mendapatkan produk ‘Rice Protector’ ini, anda boleh membelinya di mana-mana cawangan kedai Daiso di seluruh Malaysia atau anda boleh sahaja mendapatkan ia dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Pencahayaan adalah sangat penting dalam rekaan hiasan dalaman rumah bagi memberikan sesuatu ruang tampak lebih menarik dan berseri.
Maka dengan itu, penggunaan aksesori perhiasan adalah sangat penting dan disarankan bagi pencahayaan yang lebih sempurna untuk sesuatu ruang dekorasi dalaman rumah.
Sekiranya anda inginkan dekorasi ruang dalaman rumah anda tampak lebih menarik dan bergaya, apa kata anda menggunakan lampu lantern dengan rekaan gaya ala-ala Morocco ini.
Dengan penggunaan lampu lantern ini, bukan sahaja membuatkan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak lebih bergaya malah mewah dan menarik.
Bukan itu sahaja, harga yang dijual adalah sangat berpatutan serendah dari RM26 sahaja untuk sebuah lampu lantern. Ia juga didatangkan dengan pelbagai saiz dan reka bentuk yang menarik mengikut kesukaan citarasa masing-masing.
Sekiranya anda mahu mendapatkan lampu lantern yang sama seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tidak dinafikan, kebanyakan orang terpaksa membuat pinjaman dengan bank bagi mahu memiliki sebuah kediaman atau rumah idaman.
Umum mengetahui, terdapat beberapa tempoh masa pembiayaan pinjaman rumah yang ditawarkan oleh pihak bank kepada peminjam bergantung kepada syarat kelayakan pemohon. Kebiasaannya, pihak bank akan menawarkan tempoh pembiayaan pinjaman selama 15 hingga 30 tahun.
Tetapi tahukah anda, bagi mereka yang golongan berusia lebih 25 tahun tidak digalakkan untuk membuat pembiayaan pinjaman rumah untuk tempoh 30 tahun. Ingin tahu mengapa?
Pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya ada memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut serta nasihat kepada orang ramai.
Jelasnya, untuk melangsaikan hutang pinjaman rumah dengan segera adalah tindakan yang amat disarankan supaya masalah bebanan hutang di hari tua dapat dielakkan.
SELESAIKAN HUTANG SEBELUM USIA 55 TAHUN!
1. Rancang baik baik hutang kita kawan kawan.
2. Jika kita nak ada hutang rumah 30 tahun, belilah rumah diusia 25 tahun. Pada usia 55 tahun hutang akan berakhir.
3. Jika beli pada usia 30 tahun, pendekkan tempoh jadi 25 tahun atau bayar deposit lebih sikit sebelum beli.
4. Jika nak beli kereta, pastikan usia 55 tahun hutang kereta dah tiada. Sepanjang 30 tahun kerja, tukar sahaja berapa kali kereta. Janji sebelum 55 kita dah tiada hutang lagi.
5. Ada lebihan duit, menabung atau selesaikan hutang segera.
6. Jangan ada impian beli rumah atau bina rumah selepas bersara. Ia akan habiskan simpanan kita. Kawan kawan, Hidup ini bukan untuk bekerja sampai mati, hidup ini untuk dinikmati juga.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pensijilan Halal merupakan satu keperluan yang penting demi meyakinkan pengguna masyarakat Islam bahawa makanan dan minuman yang diambil memenuhi kehendak hukum syarak. Namun, perkara yang orang ramai tidak sedar sebenarnya ialah pensijilan Halal melangkaui ketiadaan alkohol dan daging khinzir dalam penggunaan harian, ia juga meliputi aspek lain yang berpegang pada hukum Islam seperti kebersihan dan keselamatan. Keperluan ini turut dikenakan pada produk dan sektor kosmetik, logistik dan juga pelancongan.
Untuk perihal keperluan harian, air sudah pasti menjadi antara perkara pertama yang terlintas di fikiran. Air adalah bahan penting untuk manusia bukan sahaja untuk kehidupan seharian tetapi juga untuk menjalankan aktiviti dalam pelbagai sektor industri. Dalam perspektif Islam, air bersih merupakan elemen penting dalam penyucian badan manusia. Pada ketika ini, pengambilan dan penggunaan air yang disifatkan secara halal adalah satu aspek yang penting bagi umat Islam dalam kehidupan seharian dan untuk tujuan berwuduk.
Air pada semula jadinya dianggap Halal, namun sepanjang pengeluaran air minuman dan proses rawatan air untuk kegunaan komersial lain, sifat air mungkin berubah kerana bersentuhan dengan bahan asing. Ini menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat Islam tentang status air yang mereka gunakan. Ini termasuk pembuatan produk yang menggunakan air untuk dihasilkan dan kemudahan awam yang memerlukan air untuk berfungsi.
Menurut Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco Malaysia (syarikat penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat), penggunaan air yang mematuhi piawaian halal semakin mendapat perhatian kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat Islam tetapi juga rakyat yang mementingkan penggunaan air yang berkualiti.
“Sudah tentu manusia memerlukan air yang bersih dan selamat tanpa mengira agama. Keperluan ini adalah penting untuk kehidupan seharian dan penggunaan industri kerana tanpa air bersih, pengeluaran barangan, pembersihan dan sebarang perkhidmatan berkaitan akan pasti terjejas. Penggunaan air yang mematuhi piawaian halal bukan sahaja penting bagi masyarakat Islam, ia juga merupakan satu piawaian yang akan memenuhi permintaan pengguna dari semua lapisan masyarakat,” kata Encik Koo.
Air yang bersih dan selamat adalah penting untuk kegunaan harian manusia tanpa mengira agama.
Pensijilan Halal dalam penggunaan dan pemprosesan air industri
Air adalah komoditi asas untuk hampir setiap langkah proses pembuatan dan pengeluaran termasuk penyejukan, penyimpanan dan pembersihan. Untuk tapak pembuatan dan proses yang mematuhi piawaian Halal, air memainkan peranan penting untuk memastikan pengguna akhir dapat menikmati produk yang mematuhi kehendak hukum syarak. Selain proses pembuatan, elemen sepanjang proses pelupusan dan penggunaan semula air termasuk penggunaan penapis, bahan mentah dan ramuan juga perlu mematuhi piawaian Halal untuk penggunaan berterusan yang selamat.
Kepentingan penggunaan air dalam industri meningkatkan permintaan sumber air yang berkualiti tinggi dan selamat.
Penggunaan air Halal di kemudahan awam
Pernahkah anda terfikir tentang penggunaan air Halal di kemudahan awam seperti kolam renang? Di Malaysia, kita menikmati pelbagai budaya yang indah dan kita berkongsi kemudahan awam dengan masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza. Oleh itu, ia merupakan satu langkah yang bijak untuk memenuhi keperluan komuniti yang berbeza dengan memberi manfaat yang sama kepada kita semua.
Sistem penapisan air Halal bukan sahaja diperlukan untuk menapis air kolam wuduk dan untuk penggunaan lain di Masjid, penghasilan air yang mengikuti piawaian Halal di kemudahan awam yang lain juga dapat memastikan status air yang pasti selamat dan bersih untuk semua pengguna.
Sistem penapisan air yang mematuhi piawaian Halal memanfaat kemudahan awam di negara Islam bagi memastikan status air yang mematuhi hukum syarak.
Pensijilan Halal melangkaui kewajipan agama
Kini, pengiktirafan Pensijilan Halal bukan sekadar konsep keagamaan malah ia telah menarik minat mereka yang bukan Islam untuk mempertimbangkan jenama dan produk yang diiktiraf Halal kerana ia terbukti menjadi pilihan berkualiti tinggi, selamat dan sihat. Bagi industri pembuatan dan penulenan air, proses pembuatan dan penghasilan produk perlu diperakui oleh institusi masing-masing dan mengikut garis panduan yang ketat untuk diiktiraf sebagai Halal. Dengan mendapat pengiktirafan ini, produk dan perkhidmatan dijamin berkualiti dan bebas daripada sebarang sumber yang meragukan dan ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna walaupun dalam kalangan bukan Islam.
Pensijilan Halal berfungsi sebagai garis panduan kepada pengguna bukan Islam untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk kegunaan air harian.
Pengambilan dan penggunaan air yang selamat dan bersih adalah penting sama ada untuk tujuan keagamaan atau untuk kesihatan dan kesejahteraan kita. Tanpa mengira latar belakang agama, sistem pembuatan dan penapisan air yang mematuhi piawaian Halal berfungsi sebagai standard untuk penggunaan air kita, jadi ayuhlah kita memberi perhatian kepada manfaat air Halal dan menggunakannya dalam aktiviti harian kita!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!