Untuk memiliki ruang dapur yang cantik dan bersih sebenarnya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Anda hanya perlu rajin untuk mengemas dapur anda, namun permasalahan tiada ruang penstoran atau kabinet dapur menyukarkan aktiviti mengemas dapur. Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri kabinet dapur anda.
Shuhaimi Zulkefli telah menghasilkan sebuah kabinet dapur yang istimewa buat isteri tersayang. Shuhaimi tidak menggunakan barang yang mahal tetapi hanya menggunakan rak buku sedia ada dan akhir diubah menjadi kabinet dapur. Ruang dapur pasti akan kelihatan kemas dengan kabinet ini. Jom kita hasilkan, sangat mudah dan menjimatkan.
Sebelum ni IMPIANA pernah kongsikan khasiat bayam brazil atau juga dikenali dengan nama bayam sissol. Antaranya awet muda, menguatkan tulang dan pelbagai lagi. Sayuran jenis salad ni, memang sangat mudah untuk ditanam dan cepat membiak. Tapi ada satu masalah yang memang boleh buat semua orang patah hati iaitu ancaman perosak.
Seperti sayuran berdaun lain, antara serangga yang kerap ancam bayam brazil ni adalah cabbage worm. Kehadirannya memang sukar dikesan kerana ia kecil, warna sama seperti daun dan tak tahu bila waktu serangga ni aktif. Kehadirannya mudah dikesan apabila kelihatan butiran kecil berwarna hitam pada permukaan daun.
Kalau dibiarkan, boleh jadi botak pokok bayam brazil kita. Tapi, Siti Samsiah ada resepi racun organik untuk masalah ulat yang suka makan bayam brazil ni.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil bunga cengkih
1 liter air
CARA-CARA:
Rebus semua bahan dengan api sedarhana sampai mendidih. Saringkan air rebusan setelah disejukkan.
Masuk kan air rebusan tadi ke dalam botol semburan. tak perlu tambah air dan semburkan pada keseluruhan tanaman terutamanya pada bahagian bawah daun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Untuk lebih berkesan, boleh buat semburan setiap hari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bayam adalah spesies Amaranthus gangeticus yang tergolong dalam famili tumbuhan Amaranthaceae iaitu sama famili dengan pokok balung ayam iaitu sejenis tanaman hiasan yang berbunga menarik.
Ia dikatakan mengandungi banyak khasiatnya tersendiri. Di antaranya seperti mempunyai kalori yang rendah tetapi tinggi dengan kandungan vitamin A dan K, mencegah kanser, meningkat sistem imuniti badan, mengekalkan kesihatan otak, merendahkan tekanan darah dan kadar kolesterol iaitu sekadar menyebut beberapa contohnya.
Terdapat dua jenis pokok sayur bayam iaitu berdaun merah dan juga berdaun hijau.
Penanaman
Ia mudah ditanam menggunakan biji benihnya yang boleh didapati dari buahnya yang matang. Bijinya juga boleh dibeli dari pusat tanaman, kedai pertanian, dan juga pasaraya. Arahan mengenai cara menyemai dan menanam pokok bayam ini juga tertera di pek biji benih yang dibeli bagi memudahkan cara penanamannya.
Ia sesuai tumbuh dalam campuran tanah atau medium tanaman yang agak lembap serta gembur dan juga mengandungi banyak bahan organik. Campuran yang disyorkan adalah campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah Peroi: Bahan Organik: Pasir Sungai). Pokok bayam mudah ditanam kerana anda hanya perlu menabur benihnya di plot tanaman yang telah digembur atau dicampur medium tanamannya. Seterusnya berikan penjagaan yang diperlukannya.
LANGKAH MENYEMAI BAYAM :
Manakala anak benih yang dicabut tadi bolehlah ditanam semula di ruang kosong yang terdapat di plot tanaman anda di tanah. Bagi anda yang tidak mempunyai ruang di tanah untuk menanamnya tidak perlu risau kerana pokok sayuran ini juga boleh ditanam dalam bekas tanaman seperti pasu, polibeg atau bekas tanaman yang diperbuat daripada plastik atau palung logam dengan menggunakan medium tanaman seperti tersebut di atas
Selepas ditanam dan disiram letakkannya di tempat teduh dahulu sehingga ia mula tumbuh barulah dipindahkan ke kawasan yang mendapat cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhannya dan seterusnya berikan penjagaan seperti di bawah ini.
PENJAGAAN BAYAM :
Pokok bayam boleh dipetik apabila pokoknya mencapai anggaran umur lebih kurang 2 hingga 3 bulan selepas disemai bijinya dan ini juga bergantung kepada cara penjagaan selepas penanamannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mak-mak mamang suka cari gadgets yang memudahkan kerja lebih lagi menguruskan rumah, mencuci dan sebagainya. Terbaru, mak-mak sibuk dengan dish soap dispenser. Harganya kalau beli online pun boleh tahan murah. Kalau pandai cari harganya boleh dapat bawah RM 10 sahaja
Dish soap dispenser ni lebih menjimatkan penggunaan sabun dan tak perlu nak bancuh air untuk menggunakannya. Ada beberapa orang pesan, kalau nak lebih bersih perah dulu span yang telah digunakan sebelum meletakkanya semula di dalam bekas sabun tersebut. Tambahan, ia dapat mengelakkan air dari span masuk ke dalam bekas simpanan sabun.
Nak murah, beli je dish soap dispanser ni secara online (klik sini https://invol.co/clql3e )
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.