Kali ni, Impiana nak kongsi pula dekorasi dapur sempit puan Hani Mynis dari Sekudai, Johor. Menariknya, jika sebelum ini kebanyakkan dekor dapur sempit yang dikongsikan oleh impiana memerlukan modal yang agak tinggi, berbeza pula dengan konsep yang cuba ditampilkan oleh puan Hani.
Dengan modal lebih kurang RM 1K, Puan hani berupaya menyiapkan keseluruhan dekorasi dapurnya dalam tempoh satu malam sahaja. Makeover melibatkan bahagian dinding yang di cat dan di tampal wallpaper, lantai di tukar dengan tikar getah baru, perabot-perabot yang rosak digantikan dengan yang baru.
Tidak cerewet dengan pemilihan perabot, yang menjadi keutamaan pada puan Hani adalah fungsinya. Lebih gemar memilih perabot yang ringkas, kebanyakkannya di beli dari kedai-kedai perabot biasaa sahaja.
Dari Modal RM 1K, saya dapat membeli perabot baru (3 buah0, cat 1 tong, wallpaper kaison 3 roll). Yang lain-lain seperti rak semua repurpose dari perabot yang lama. Pasang wallpaper sangkut kat dinding dan beberapa item diy sendiri seperti jam dinding.
Selain dari drill dan angkat perabot berat ke dapur semua saya buat sendiri je (termasuk cat, pasang wallpaper) Sebab suami pulun cat ruang tamu ketika tu. Kami makeover rumah serentak di semua bahagian kediaman.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Apabila menghias rumah, selalunya kita akan dimomokkan dengan berpendapat bahawa ia akan menelan belanja yang tinggi. Tahukah anda tanggapan ini adalah salah dan harus ditentang kerana terdapat banyak pusat jualan perabot yang murah serta kedai barangan hardware yang tumbuh bagai cendawan. Dari sini kita sudah tahu bahawa tiada halangan untuk menghias rumah dari tema yang bosan kepada hasil yang menarik dan elegan.
Menurut pemilik yang berasal daripada Pulau Pinang Pn Aiza Shereen menyatakan bahawa “kami banyak berbelanja di kedai perabot yang tidak berjenama terutamanya semasa sesi jualan murah dijalankan. Dinding ini kami cat sendiri tanpa mengupah pekerja kontrak dan pembelian aksesori hiasan adalah secara berperingkat serta kitar semula perabot lama yang masih elok.”
Pimilik dan suaminya menetap di rumah jenis teres dua tingkat di Nibong Tebal, Pulau Pinang berkeluasan 1400 kaki persegi dengan kapasiti empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selain itu, segala gerak kerja dekor dijalankan bersama suami bermula dari awal tahun 2018 dan siap sepenuhnya selepas tiga bulan.
“Saya dan suami sentiasa mengemas setiap inci rumah terutamanya bahagian yang selalu bersepah dan bersyukur kerana kedua-dua anak lelaki yang masih kecil tidak gemar mengusik barang hiasan”, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata yang masing-masing berumur 6 dan 3 tahun.
Pujian harus diberikan kepada empunya rumah kerana bijak dalam membahagikan ruang tamu yang besar dengan membahagikannya kepada dua bahagian. Antara pembahagian ruang yang diwujudkan adalah adalah bahagian hadapan khas untuk menonton televisyen dan satu lagi adalah ruang perbincangan dengan meja segiempat tepat di tengahnya. Jika anda perasan, di sebelah sofa three seater, terdapat dua partition iaitu tiang para dengan tumbuhan segar yang menyempadani akses ruang tamu dan dapur.
Apabila meneliti hasil sentuhan peribadi suami Pn Aida dalam memasang kayu wainscoat, ianya seakan hasil kerja pakar yang sudah lama dalam bidang pemasangan panel kayu. Ia seakan tidak nampak kesan cela yang selalu kita lihat di kediaman yang lain apabila memasang wainscoat terdapat beberapa kesan finishing yang tidak kemas, tapi di rumah ini, voila, nampak elegan dan mewah.
Hayati kompilasi imej di bawah ini untuk tatapan dan rujukan peminat panel dinding wainscoating, jika ada pertanyaan lanjut, pm sahaja Pn Aiza Shereen untuk maklumat lanjut, Selamat Mencuba!!
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Salah satu perkara yang paling menyeronokkan apabila pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup ala bangsawan ketika tinggal dihotel hotel mewah. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan? Perkara ini lah yang cuba pemilik akaun fb Cik Piyya terapkan pada kediaman Semi-D beliau yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan ini.
Dengan memikirkan tentang keselesaan bilik hotel, Cik Piyya terlebih dahulu merancang susun atur dan dekorasi yang diingini sebelum memulakan renovasi. Ini bagi mengelakkan hiasan carca merba yang tidak teratur dan bercampur aduk selain dapat menjimatkan kos dan juga masa. Dengan berbekalkan kos perbelanjaan kurang RM30k, pemilik telah mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan rumah ala hotel nya dengan sempurna.
Mari sama-sama kita lihat transformasi rumah berkeluasan lebih kurang 3000 kaki persegi ini bertukar menjadi ruang mewah yang terlihat amat menawan dan selesa. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi anda untuk mendeko.
SEBELUM PROSES RENOVASI
SELEPAS RENOVASI
Ruang Tamu
Ruang Makan
Bilik Tidur Utama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nama Pemilik : Pn. Anisah Ahmad Lokasi : Puncak Alam Jenis Kediaman : Teres Dua Tingkat Konsep : Glam Kontemporari
Bagi mendapatkan kediaman yang sempurna dan menepati kehendak kita bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam masa yang singkat dan terburu-buru. Segalanya memerlukan perancangan yang rapi dan setiap langkah akan memakan masa, tenaga dan sudah tentunya wang ringgit. Bergantung pada pemilik, setiap satunya adalah berbeza-beza mengikut keperluan, keluasan kawasan dan juga bajet tuan rumah.
Buat Puan Anis, kediaman yang sudah didiami selama 3 tahun bersama suami dan seorang anak kecil ini adalah tempat beliau menghabiskan masa jika tidak ke sekolah untuk mengajar. Rumah dua tingkat tersebut kelihatan lebih dari cukup buat keluarga kecil ini menjalankan aktiviti seharian dengan lancar. Tetapi, memandangkan pasangan ini sibuk bekerja dari Isnin ke Jumaat, mereka masih belum sempat untuk mengemas dan mendeko rumah mengikut kehendak dan keperluan.
Jadi, kini sudah tiba masanya untuk pasangan ini melakukan renovasi secara berperingkat dimulakan dengan ruang tamu dan ruang bawah tangga kediaman. Walaupun pada mulanya ruang tamu kelihatan kosong dan tidak menarik, dengan sedikit sentuhan dari pakar yang berkaliber, ruang tamu Cikgu Anis telah berubah menjadi lebih menarik dan nampak lebih teratur dengan konsep dan susun atur yang baru ini. Setiap ruang digunapakai sebaik nya dan tidak dibiarkan kosong.
Konsep Glam Kontemporari yang dibawakan ini amat sesuai dengan kediaman Cikgu Anis yang luas dan masih baru ini. Dinding dicat biru tua dengan kemasan wainscoting warna keemasan sebagai feature wall telah menaikkan seri ruang tamu yang terdahulunya nampak hambar dan tidak bermaya. Pantulan cahaya dari barisan spotlight serta gantungan accent light juga telah menjadikan ruang lebih ‘hidup’.
Selain itu, ruangan bawah tangga yang sebelum ini hanya diletakkan peti sejuk kini telah berubah fungsi sepenuhnya apabila pereka membina rak buku dan mainan untuk anak tuan rumah. Terdapat juga papan putih dan tempat duduk yang ditempatkan ditengah-tengah rak.
Seperti yang dikatakan tadi, segenap ruang dan setiap inci dimanfaatkan dengan baik. Jadi ruang berhadapan tangga yang kosong telah di deko dan di ubah menjadi ruang rehat ataupun ruang santai sambil membaca.
Ruang rehat ini dihiasi wall cladding bertekstur batu bata berwarna putih, cukup untuk menampakkan lagi kenaggunan kediaman ini.
Dinding selari dengan pintu masuk utama juga tidak dibiarkan kosong. Malah, diberikan sentuhan yang penuh teliti dan menarik. Cermin panjang melintang yang berbingkai putih digantung bagi memberikan ilusi ruang lapang selain mudah untuk pemilik bercermin dan melihat penampilan sejurus sebelum keluar rumah. Penempatan cermin yang strategik dilengkapi lagi dengan meja konsol yang dihiasi lampu meja accent dan tumbuhan hijau untuk menambah seri ruang.
Ingin melihat transormasi kediaman ini secara ‘live’ jangan lupa ikuti rancangan TV IMPIANA di saluran Astro Prima pada setiap Selasa 12.30 tengahari dan ulangan pada jam 9.00 malam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.