Bayangkan 9 sarung kusyen kerusi kita sudah pun dimasukkan dengan kemas. Tinggal yang terahir , tiba-tiba zipnya rosak! Adakah kita perlu tukar semua sarung kusyen yang lain kembali?
Sakitnya hati apabila sarung sarung kusyen kerusi kita kembang atau longgar setelah di basuh. Padahal elok lagi sarung kusyen kita dengan sulaman dan manik-manik yang ada. Harganya pula bukannya murah. Malah rugi pula rasanya hendak buang tetapi tak sempurnalah hiasan dekorasi kita dengan sarung kusyen ternga-nga begitu. Nak dicampak sayang, sebab masih elok, kainnya pun bagus.
Ads
Jadi jangan sentap! Perhatikan apa masalah sarung tersebut. Jika terdapat serabut benang pada landasan atau alur zipnya, gunting segera kerana serat benang ini juga antara sebab landasan zip kita tergendala. Malah adakala terus rosak hanya kerana serat benang ini.
Jangan sentap! Lihat kepala zip kita bagaimana keadaannya. Ini adalah kerana ada zip yang besinya agak lembut dan mudah terbuka sedikit cengkaannya apabila di basuh dengan mesin basuh yang penuh berkuasa. Tarik kepala zip pada landasan zip. Jika ia tidak mencengkam bermakna tapak bawah kepala zip dan atas berada di dalam jarak yang terlalu longgar sehingga tidak mampu menemukan gigi zip menjadi sebuah landasan.
Ads
Cara terbaik, kepit dengan cermat kepala zip agar tidak terlalu ketat. buat sedikit demi sedikit sehingga lubang cengkap kepala zip kembali berada di jarak yang betul bagi merapatkan gigi zip anda dengan menggunakan garfu.
Manakala jika zip anda tersumbat dengan benang, perlahan -lahan mengguna klip rambut bagi mencungkil kembali serat benang yang adakala kita terlepas pandang.
Ads
Jadi tidaklah kita membazir dalam menghias rumah sempena hari raya ini. Zip tertutup, mulut kita pun terzip daripada membebel sentap.
Boleh lihat video ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Hanger atau penyangkut baju antara perkara yang paling orang geram bila bersepah. Cara mudah adalah sangkut kan semula pada ampaian atau rak baju selepas digunakan. Tapi bila terlalu banyak ia akan makan ruang pula.
Jadi ada yang ambil keputusan untuk letak dalam bakul. Haaa, ni masalah lain pulak. Bila nak guna kita ambil dalam bakul satu semua terikut. RIMASNYA! Lepas tu, pergi Shopping mall. Tengok dekat butik-butik pakaian tu, berkenan je tempat simpan penyangkut baju yang diletakkan dekat kaunter bayaran mahupun fitting room. Berangan kan best kalau ada satu macam tu kat rumah. Tapi harganya pulak buat poket bocor.
Ini tip mudah menyimpan penyangkut baju, Impiana paparkan perkongsian En Mohd Azrin Roselan di dalam akaun facebooknya.
SAYA DAN ISTERI SELALU SAHAJA MENGALAMI PENYANGKUT BAJU BERSEPAH DAN HILANG. TING! TIBA-TIBA DAPAT IDEA UNTUK HASILKAN RAK PENYIMPAN PENYANGKUT BAJU DARI PAIP PVC.
PROJECT DIY HUJUNG MINGGU MENGHASILKAN RAK TEMPAT LETAK PENYANGKUT BAJU MURAH DAN MUDAH.
BILA DAH ADA RAK PENYANGKUT BAJU TIADA LAGI MASALAH PENYANGKUT BAJU BERSEPAH DAN HILANG. KALAU HILANG JUGA TENTU IA HILANG SEKALI DENGAN RAKNYA SEKALI.
Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Paip PVC 15mm sepanjang 9
2. Gam paip PVC
Bahan-bahan dan ukuran paip yang diperlukan seperti yang tertera di dalam gambar
Cara-cara:
1. Pasang paip 5″ pada elbow dan 3 joint untuk bahagian A
2. Pasang paip 5″ pada 3 joint untuk bahagian B
3. Pasang bahagian A dan B
4. Sambung paip 8″
5. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C
6. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian C tadi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Saat tengah seterika baju, tiba-tiba terbakar. Mesti anda gelabahkan. Bukan sekadar pening memikirkan baju yang dah berlubang, kesan yang melekat pada seterika pun boleh jadi hangus dan menjejaskan pakaian lain.
Kesan hitam pada tapak seterika disebabkan oleh fabrik yang terbakar memang sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan oleh lapisan hitam ini juga ia berpotensi meninggalkan kesan pada pakaian lain. Ada juga akan mengakibatkan pemanasan tidak sekata pada tapak seterika.
Langkah mudah adalah beli sahaja seterika baru. EH! nanti dulu. Kotoran je, bukan tak boleh dibersihkan. Seterika masih elok dan boleh digunakan. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci atau menanggalkan kesan terbakar pada tapak seterika. Namun kali ini, Impiana nak tunjuk cara paling mudah dan murah iaitu hanya dengan menggunakan garam.
Bahan-bahan:
3 sudu Garam (tak halus dan tak kasar)
2 keping surat khabar
Cara-cara:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya
2. Panaskan seterika pada suhu yang paling panas
3. Gosok seterika pada garam berulang kali sehingga semua kesan hangus tertanggal dan permukaan seterika berkilat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kini semakin ramai pemilik kediaman yang menjadikan kediaman mereka sebagai tempat untuk sumber sayuran seharian. Malah ada yang menetap di bandar turut sama menanam pokok buah-buahan sebagaimana di kampung-kampung. LAMAN senaraikan enam sayuran yang anda boleh tanam sendiri walaupun anda rasa susah dan mustahil untuk hidup subur.
Asparagus Kaya dengan vitamin B, C dan kalsium asparagus boleh menjadikan edible garden anda lebih bervariasi. Diklasifikasikan sebagai tanaman perennial, pucuknya segar boleh dituai hanya selepas 8 bulan. Disebabkan ia merupakan tanaman perennial, rumpun asparagus boleh membiak dengan banyak apabila mencecah usia 2 tahun dan mampu kekal sehingga 20 tahun. Cara tanaman adalah menggunakan biji benih atau kaedah crown iaitu akar bertunas. Digalakkan menanam pada batas.
Waktu Menanam: Iklim tropika membenarkan asparagus ditanam pada bila-bila masa.
Waktu menuai: Tuai pada tahun kedua kerana ia semakin matang dan merimbun.
Kubis
Kubis lazimnya ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland atau Kundasang. Ini kerana tumbesarannya memerlukan suhu yang rendah dan bagi membentuk bola kubis. Namun, kubis masih boleh ditanam di tanah rendah dan masih boleh dinikmati dengan enak meskipun memiliki daun terbuka. Kubis termasuk dalam kategori Brassica oleracea yang sekeluarga dengan sayuran seperti brokoli, bunga kubis, kale dan sebagainya. Cara tanaman adalah menggunakan biji benih. Ia boleh ditanam dalam pasu mahupun pada batas.
Waktu menanam: Tiada waktu tertentu untuk iklim tropika atau tanah rendah.
Waktu menuai: Tuai pada dua hingga tiga bulan usia tanaman
Salad (Lettuce) Lettuce atau salad terdiri daripada beberapa jenis seperti butterhead atau Boston yang memiliki bentuk bulat dan daun berkedut, cos dan semicos yang memiliki daun panjang dan rangup, serta loose leaf yang tidak memiliki jantung dan berbentuk bulat. Digalakkan menuai biji benih terus ke tanah kerana ia tidak sesuai dialihkan. Penyiraman dilakukan setiap hari bagi mengelakkan tanah kering.
Waktu menanam:. Sesuai ditanam sepanjang tahun kerana lettuce tahan kepada cuaca panas.
Waktu menuai: Boleh dituai selepas usia tanaman 8 hingga 10 minggu. Tuai bahagian luar lettuce dari masa ke masa kerana ia akan tumbuh yang baharu selepas dipetik. Anda juga boleh menuai keseluruhan salad sekali gus.
Bok Choy (Sawi Cina) Satu tanaman yang tidak sukar dijaga dan boleh dituai dalam masa singkat. Memiliki rasa yang segar dan rangup. Ia boleh ditanam dalam pasu jika kekurangan kawasan tanah. Penanaman menggunakan biji benih di kawasan indoor atau terus pada batas. Menariknya tanaman dalam pasu boleh dijadikan hiasan meja, namun harus mendapat cahaya mencukupi.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Boleh dituai dalam masa 4 minggu dengan ketinggian 12 hingga 18 inci.
Bunga kubis Anda boleh menjimatkan kos dapur dengan menanam sendiri bunga kubis kerana harganya yang lebih mahal berbanding sayuran lain di pasaran. Cara menanam ialah dengan semaian anak benih dalam bekas semaian atau pasu. Ia mengambil masa sehingga sebulan lebih sebelum mengeluarkan bunga kubis. Lakukan siraman setiap hari bagi mengelakkan tanah kering. Selepas hasil bunga kubis dituai (selepas 3-4 bulan), biarkan tanaman induk kerana ia akan mengeluarkan anak pokok pada bahagian batang. Anak pokok ini boleh dicantas dan dibiakkan.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Tuai apabila bunga kubis sudah matang lebih kurang 3 hingga 4 bulan usia tanaman.
Brokoli Sayuran jenis hardy vegetable ini memerlukan suhu rendah, pancaran matahari penuh dan air mencukupi untuk hidup subur. Namun, ia masih boleh ditanam di Malaysia kerana terdapat penyelidikan yang mendapati tanaman ini boleh hidup subur melalui cuaca tropika. Cara tanaman menggunakan semaian biji benih selama 5 hingga 7 minggu (atau sehingga 5 helai daun) sebelum dipindahkan ke batas yang kalis hujan. Anda perlu bersabar bagi menantikan brokoli menghasilkan ‘bunga’. Tanda kematangan brokoli boleh dilihat pada jambak bunga yang padat dan berwarna hijau iaitu sekitar 70 hingga 80 hari.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Mengambil masa sehingga 3 bulan untuk dituai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.