Guna Campuran 2 Bahan Ini Dapat Elak Kipas Dari Cepat Berhabuk

Share

Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tidak putus-putus. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan boleh merbahayakan kesihatan lebih-lebih lagi kepada pengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul ialah pada kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan selalu. Kerana makin dibiar, makin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa

ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan TIGA bahan yang amat murah dan mudah. Selamat mencuba!

Caranya:

1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.

3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.

4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.

5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.

6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.

7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!

 

IKLAN