Guna Barang Terpakai & Makeover Hasil Deko Tetap Wow

Share

Guna barang terpakai, terbuang dan makeover ini antara yang dipraktikkan oleh Riduan Amizan dalam menata kondominium miliknya yang terletak di ibu kota.

Dilatari warna hitam, coklat bersama percikan rona hijau gabungan rona ini memberi sentuhan klasik namun bergaya buat kediaman 3 bilik yang berkeluasan 1100 kaki persegi ini.

Sofa yang harga asal RM700 dibeli di platform barangan terpakai online pada harga RM50.

Barang terpakai tetap cantik bila diolah

Perabot yang asalnya dari barang terpakai dan terbuang cukup cantik sekali setelah diolah dengan kreatif oleh pemuda ini sesuai dengan deko yang diketengahkan.

“Kalau nak tahu, meja makan yang digunakan itu adalah dari pintu dapur. Almari dan meja konsol itu saya beli dengan harga RM100 dan saya cat semula.

Papan karom turut jadi hiasan dinding bila tak digunakan
Meja kopi yang dibuang cantik selepas dicat

“Meja kopi itu pula saya kutip dari tong sampah dan dan dicat Kembali jadi warna hitam. Mungkin orang lain nampak sudah tak berguna tapi di mata saya ia berharga,” terang Riduan yang membeli kediaman subsale ini Oktober tahun lalu.

Di sebalik meja makan yang indah, ia merupakan pintu dapur.
Hasil makeover kerusi

Modal deko kurang RM1k

Katanya lagi dia juga tidak membuat sebarang renovasi untuk rumah ini kecuali dicat baru.

“Rumah saya tidaklah secantik atau semewah mana tapi alhamdulillah buat saya selesa dan tenang,”katanya yang hanya memperuntukkan modal kurang RM1000 untuk dekorasi rumah bujang ini.

Sentuhan dekorasi rumah bujang yang cukup bergaya.

Sumber: Riduan Amizan

Mesti Baca: Recyle Meja Terpakai Jadi Katil Anak, Kreatif!

Menarik: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!

Published by
Rose