Ada tak di kalangan anda yang amat mengemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic seperti ini? Bagi yang yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau lebih popular Scandinavian ini telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Untuk maklumat anda, tema ini menampilkan gaya ringkas dan bersederhana yang sememangnya menjadi pilihan ramai bagi yang mahukan wujudkan suasana tenang dalam dekorasi hiasan dalaman rumah.
Jadi, tidak mustahil lah konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau Scandinavian ini sentiasa menjadi pilihan ramai dari seluruh negara.
Bagi anda yang sedang mencari ilham dan sumber inspirasi dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan seperti ini, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan sebagai contoh serta panduan kepada anda semua.
Ads
Sumber: Facebook Kakideko
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Rupanya beras salah satu punca sinki tersumbat. Pernah tak anda perasan, dapur anda wangi, sampah sudah dibuang, lantai dimop licin dengan pewangi, tetapi masih lagi ada bau yang tidak menyenangkan datang dari dapur. Apa kata anda cuba check singki dapur atau di bilik air, banyak tak harta karun yang tersimpan dalam paip saluran?
Beras dan Nasi
Nasi dalam kalangan kita adalah makanan ruji dan wajib ada, tetapi sebelum anda memakannya dengan penuh nikmat, pastikan anda membasuhnya dahulu, sewaktu membasuh, pastikan anda tahan betul-betul beras yang sedang ditanak dari jatuh ke dalam singki dan masuk ke dalam paip dan sama juga selepas makan, sisa nasi haruslah dibuang dahulu ke dalam tong sampah, bukannya dialirkan ke dalam singki, akhirnya singki anda tersumbat, bau jadi kelat habis satu rumah.
Tepung dan Kulit Telur
Bayangkan anda ingin membuat kek yang lazat, telur dan tepung menjadi ramuan utama, tetapi anda lupa, semasa penyediaanya, anda lupa untuk melupuskannya dengan cermat, ke mana lagi kalau tidak ke dalam saluran singki, gabungan air dan tepung, diayak dengan kocakan air di dalamnya, maka jadilah adunan busuk di dalam singki kediaman. Bau busuk, of course la in the making.
Rambut
Antara bahan utama yang menjadi penyebab kepada singki serta saluran paip kediaman tersumbat adalah disebabkan rambut. Ketebalan rambut manusia berupaya untuk menghalang kelancaran saliran air sekaligus mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. cukup segumpal rambut yang tersumbat, anda kena panggil tukang paip profesional untuk membaiki sistem paip di rumah anda. Kalau anda tinggal di rumah tanah, mungkin kurang sedikit belanjanya, tapi kalau rumah high rise, faham-fahamlah…..
Bungkusan dan pelekat makanan
Jangan pelik kalau anda korek dalam paip saliran singki dapur, anda akan terjumpa pelekat label harga makanan dan yang paling tidak munasabah adalah bungkusan makanan. Mungkin bukan anda yang buat atau orang lain, tapi disebabkan kemalasan seseorang ahli daam rumah, semua orang kena tanggung bau busuk yang timbul dari singki. Jadi sama-samalah kita asingkan segalanya dari singki dan buang dalam tong sampah.
Puntung rokok
Gejala sebegini banyak kita temui dalam lubang tandas duduk atau cangkung serta tidak ketinggalan dalam singki tidak kira bilik air ataupun dapur. Anda sudah cemari ruang udara awam orang lain, kini anda telah menjemput bau yang kurang enak dari dalam paip. Kalau di tandas, bila sudah tersumbat, selepas menarik tangkai flush, air yang tersumbat dengan puntung rokok, serta sampah dan ‘bahan’ lain, akan terpercik ke atas. amat malang bagi mereka yang terkena percikan tersebut.
Pil ubat
Ada yang beranggapan bahawa jika pil ubat dibuang dalam air biasa, ianya akan hilang atau terhakis, tetapi tidak. Ianya kerana pil ubat sebegini akan hancur hanya di dalam badan manusia kerana badan kita mempunyai asid yang boleh melarutkan pil ini. Jika dalam saluran paip, ia adalah air biasa dan jika ianya pecah dan bercampur dengan air biasa, air tersebut akan tercemar kerana sifat ubat berkenaan mempunyai tarikh luput yang tersendiri. Itu sebab dala arahan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak kesihatan mengarahkan kita untuk memulangkan semula ubat terutamanya pil sebegini untuk dilupuskan dengan cara yang betul, bukan dengan membuangnya ke dalam singki atau lubang tandas.
Kredit penghargaan gambar: Bright Side
Atasi masalah sinki tersumbat dengan mengunakan produk ini. KLIK DI SINI untuk pembelian (Sinki/Tandas Sumbat Powerful Home Clean Drain Remover Pipeline Dredge Helper Toilet Clogging).
Setiap kali tibanya penghujung tahun, kalender pastinya akan dipenuhi dengan percutian, perjumpaan keluarga dan kawan-kawan. Ia juga merupakan masa terbaik untuk merasai suasana meriah menikmati sajian di restoran-restoran yang baru di buka di Malaysia. foodpanda Malaysia pastinya tidak mahu anda terlepas peluang menerokai beberapa buah kedai makan terbaharu di kawasan tumpuan yang popular di sekitar bandar ini. Dengan pandapro, kini anda boleh membawa citarasa anda sambil menikmati diskaun tetap 25 peratus untuk bil makan di rumah anda. Nah! Inilah yang dinamakan meraikan diri dengan cara panda!
Pengarah Komersial Kanan foodpanda Malaysia, Jay Ar Juan berkata, “Kami percaya dengan apa yang dilakukan ini, ia memberikan satu pengalaman terbaik dan lebih nilai kepada para pelanggan kami. Dengan pandapro, kami membolehkan sesiapa sahaja seperti seorang yang pro. Pelan langganan ini bukan sahaja menawarkan tawaran yang menarik tetapi juga penjimatan yang hebat.”
Tambah beliau, “Akhirnya, matlamatnya adalah untuk memastikan para pengguna kami dapat menikmati makanan yang digemari tanpa perlu berbelanja besar.”
Selain itu, para pelanggan pandapro juga boleh menikmati faedah-faedah lain yang menarik termasuk:
● Diskaun 15 peratus untuk restoran-restoran terpilih.
● Diskaun tambahan 5 peratus untuk pesanan yang diambil sendiri di restoran-restoran yang mengambil bahagian.
● Diskaun 20 peratus untuk pandamart bagi tempatan melebih RM45 dengan 2 baucar sebulan.
Apa yang menariknya lagi, kesemua pengguna pandapro berpeluang untuk mendapatkan tawaran diskaun ini di restoran pada senarai restoran-restoran popular antaranya Dave Deli, Santan, Carls Jr, Syed Bistro dan banyak lagi. Untuk menebus diskaun, para pelanggan pandapro perlu klik pada pilihan ‘Dine-In’ yang tersedia di aplikasi utama foodpanda dan pilih tawaran yang diingini. Setelah membuat pilihan, para pelanggan dikehendaki untuk mengimbas ID penebusan di restoran untuk pengesahan tawaran dan diskaun akan ditunjukkan semasa pembayaran. Sejujurnya ini merupakan transaksi yang mudah dan tanpa sentuh.
“Saya pasti ramai yang merindui untuk menikmati sajian di restoran semasa pandemik seperti juga restoran yang merindui untuk melayan pelanggan. Dengan adanya manfaat menikmati sajian di restoran, kami harap lebih ramai pelanggan akan mengunjungi restoran untuk menikmati sajian kegemaran masing-masing dengan orang tersayang,” kata Jay Ar lagi.
Bukan itu sahaja! Pastikan anda sentiasa bersedia dengan tawaran istimewa termasuk tawaran promosi sehingga 35 peratus untuk rakan kongsi terpilih sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu yang akan tiba tidak lama lagi. Tunggu apa lagi? Hanya sentuh pada aplikasi untuk melanggan pandapro dan nikmati diskaun menarik lebih daripada 700 buah restoran di seluruh negara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ada di kalangan anda meminati dengan konsep rumah yang bercirikan resort yang terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya atau ibu kota khususnya? Kalau ada yang sedemikian, sudah pasti anda sememangnya seorang pencinta kepada kota metropolitan dan gemarkan sesuatu yang moden.
Bagi anda yang inginkan membuat pengubahsuaian rumah dan sedang mencari sumber ilham dan idea yang menarik, mungkin konsep rumah yang bercirikan resort di tengah bandar ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi anda.
Untuk maklumat anda, rumah banglo yang tertera pada gambar terletak di kawasan perumahan Grandville USJ1 dan merupakan hasil kerja oleh arkitek dan juga pereka seni dalaman rumah hebat, NDC Design.
Dengan rekaan struktur binaan bangunan yang moden, NDC Design menyifatkan rumah ini sebagai sebuah rumah banglo yang padat dengan ciri-ciri rumah resort yang bertemakan modern tropikal.
Walaupun saiz keluasan tanah rumah ini tidak sebesar rumah banglo di kawasan perumahan lain, namun rumah yang mempunyai 3 tingkat dengan keluasan 5,500 kakipersegi ini tetap kelihatan luas daripada angka sebenarnya.
Salah satu faktor yang membolehkan ruang rumah ini tampak lebih luas adalah dari segi reka bentuknya yang mengunakan tingkap dari lantai ke siling dan pintu kaca yang boleh dibuka. Apabila pintu-pintu kaca dibuka, sempadan antara ruang dalaman dan luaran dihilangkan dan seakan-akan menjadi satu ruang yang lebih besar.
Reka bentuk rumah ini juga mengunakan cara anjakan bangunan untuk membolehkan ruang dibawah menjadi satu ruang ‘semi outdoor’. Selain itu, dari segi material, sebagai arkitek dan juga pereka seni dalaman, NDC Design mengunakan bahan material yang konsisten dari luar bangunan sehingga ke ruang dalaman dengan penggunaan kayu di siling dan lantai.
Keseragaman dari luar bangunan sehingga ruang dalaman membolehkan ia menjadi satu rekaan kediaman yang tampak sangat unik, menarik serta moden. Sebagai sebuah rumah di kawasab yang bercuaca tropikal, rumah yang teduh dan pengudaraan yang mencukupi adalah satu kriteria yang penting sekali.
Selain itu, perancangan yang rapi telah dibuat untuk meletakkan tingkap di kawasan yang strategik untuk mengalakkanpengudaraan silang dan juga membawa cahaya yang terang ke ruang dalaman.
Kolam renang dan kolam refleksi di sekeliling rumah juga berfungsi untuk merendahkan suhu dalaman dan juga menjadi satu ciri rumah resort walaupun rumah ini tarletak di kawasan bandar. Pemilihan pokok renek dan besar yang pelbagaimenghasilkan pemandangan landskap yang berlapisan dan menyempurnakan arkitektur rumah keseluruhan. Menarik bukan?
Lihatlah hasil keseluruhan rumah ini, tidak disangkal lagi NDC Design ternyata adalah antara salah satu arkitek dan pereka hiasan dalaman yang berbakat besar, berkebolehan tinggi dalam menghasilkan seni bina bangunan berkualiti tinggi.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!