Gazebo Hasil Tangan Sendiri, Guna Panduan Google & Tukang Berpengalaman

Share

Gazebo sebenarnya sudah lama berada di laman-laman rumah masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Jika dulu lebih dikenali sebagai pangkin dan sangat popular kerana ia adalah lokasi duduk santai ketika petang.

Tapi siapa sangka, rupanya Gazebo ini boleh dibina sendiri. Lelaki bernama Abu Kasim Md Jani ini berkongsi yang beliau hanya berbekalkan carian di Google dan panduan dari tukang untuk menghasilkan gazebo seperti yang diinginkan.

Bagi yang nak cuba, perkongsian beliau boleh dijadikan rujukan.

DIY gazebo, beranikan diri buat

First time buat gazebo. Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad buat saja. Memang puas tanya tukang, tengok gazebo orang dan Google. Beranikan diri jer buat.

1.Penyediaan tapak, tambak dan ratakan tanah.

2.Buat tapak. Tiang batu beli 2 batang, potong dua. 

3.Tegakkan tiang, letak saja kayu atas tiang batu. Tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang kayu tak bergerak.

4.Buat rangka bumbung. Pasang bahagian bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat supaya tak bergerak.

5.Buat lantai. Skirting bawah guna papan biasa kemudian potong buat design. Dah siap lantai sapu minyak guna Timbertone tapi saya campur sikit cat hitam untuk bagi gelap lagi.

6.Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Buat siling. Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paku dengan kayu gegulung untuk bubuh genting.

7.Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.

Ini hasilnya gazebo ukuran 8×8 bermodal RM3k, lagi jimat dari upah orang buat.

Terbaru dah ada penambahan tangga dan lantai.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua dan selamat berdiy!

Sumber: Abu Kasim Md Jani

 

IKLAN