Dekorasi dalaman tidak terhad kepada rumah baharu sahaja, tetapi rumah pusaka juga mampu untuk mengubah persepsi jika hiasannya tepat dan kena dengan tema warna yang dipilih. Pujian wajar diberikan kepada Pn Diela Sali kerana berani mencuba gabungan warna yang jarang kita temui iaitu dengan menggabungkan warna pink serta putih sebagai tema utama hiasan rumahnya.
Mahligai indah ini terletak di Rinching Hilir, Bangi. Menurutnya, rumah ini sudah berusia lebih daripada 40 tahun dan pada asalnya merupakan rumah separa kayu dan batu serta berpendapat bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk mengekalkan keindahan yang diwarisinya turun temurun dari ibu bapanya.
Dia menghabiskan masa selama tiga bulan untuk menyiapkan segala renovasi dalaman rumahnya bermula dari ruang tamu, bilik tidur serta membahagikan dapur kering dan basah. Selain itu, dia juga akan memastikan tema dekorasi rumahnya berubah setiap tahun.
Tambahnya lagi, pada tahun ini pemilihan tema rona putih dan pink adalah kerana dia mahukan ketenangan serta kelembutan setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah dan mementingkan penampilan agar ianya sedap mata memandang.
Jika diteliti, setiap inci rumahnya dipenuhi dengan aksesori tambahan dan disusun rapi untuk mengelakkan ianya nampak serabut sekaligus menenggelamkan tema asal pilihannya. “Saya banyak merujuk serta membeli beberapa produk keluaran jenama terkenal seperti IKEA, Kaison dan Mr DIY mengikut bajet serta kemampuan dan terapkannya dalam idea dekorasi saya”, ujar pengusaha katering yang berpangkalan di Nilai ini.
Berikut adalah gambar beberapa idea yang dikongsikan oleh Pn Diela Sali kepada IMPIANA mengikut urutan sebelum dan selepas proses dekorasi dijalankan, Semoga memberi manfaat kepada pembaca IMPIANA diluar sana.
Sebelum
Ads
Selepas
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bertemasya dengan rona merah jambu. Pilihan berani kepada anda yang berjiwa bebas dan penyayang. Mungkin bunyinya lucu, merah jambu merupakan antara warna yang menjadi kegilaan ramai sejak zaman berzaman. Anda yang mungkin mempunyai anak perempuan sudah pasti tidak asing dengan warna seumpama ini. Selalunya merah jambu dikatakan warna keanak-anakan dan warna ‘manja’
MERAH JAMBU ASLI, ELEGAN SEKALI
Namun dengan percaturan yang bijak, merah jambu boleh membawa pelbagai persepsi. Dari merah jambu pucat ke merah jambu lantang memancar. Kita boleh melihat gaya klasik menawan yang mempersonakan ibarat pemerah pipi klasik. Atau gaya sezaman 80an yang lembut tetapi mempunyai gaya pop era tersebut. 90an juga memperlihatkan kekuatan merah jambu pantang dengan idea baru menuju era tahun 2000. Rona neon dan warna lantang menjadi sesuatu yang popular di kalangan anak muda ketika itu.
TIGA MERAH JAMBU BERBEZA KARAKTER
Rona merah jambu klasik yang mengasyikkan memberi kita satu gaya feminin yang seksi dan pada masa yang sama kontemporari. Merah jambu memberi kita satu kepuasan dan adakala tidak perlu banyak cukup sebuah sattee sudah memberi satu pesona pada ruang. Inilah dia kuasa merah jambu yang mampu menukar ruang yang kusam menjadi cantik tak jemu dipandang.
MERAH JAMBU KRIM PASTEL DAN TERANG
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada apa dengan dia? Adakah dia bersalah hanya dilihat cantik juga menarik? Atau mereka yang tergoda dengannya yang menukar tajuk cerita apabila tak dapat memilikinya? Benar, dia boleh dipelbagaikan, boleh berada dipelbagai posisi mengikut selera anda. Cakap sahaja di mana dan bila , ottoman boleh bertindak sebagai penyeri ruang kediaman anda dalam sekelip mata. Sebab itulah ramai yang tertipu akan kelebihan ottoman ini.
Di datangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, ottoman sememangnya berguna untuk dijadikan tempat duduk dan meja kopi jika perlu. Ada di datangkan dalam bentuk berkaki seumpama sebuah bangku . Sama ada empat segi tepat atau empat segi sama. Ada juga yang tidak memperlihatkan kaki mereka. Ia seumpama sebuah bongkah cantik dan dibina dengan cukup kukuh .
Diperkemaskan dengan teknik chesterfield atau plos begitu aja. Jika anda mempunyai tetamu yang agak ramai, ia boleh djadikan tempat duduk. Jika tidak menjadi meja kopi sahaja. Tetapi bukan dijadikan bangku panjang untuk bersenam ye! Paling menarik, ada juga di kalangan pereka ottoman menjadikan ia sebahagian daripada ruang penstoran. Malah adakala kemasan lembut yang dipilih juga nampak sedondon dengan langsir dan kusyen.
Jika anda mempunyai ruang terhad , ottoman bulat dilihat cukup sempurna. Manakala ruang memanjang, ottoman empat segi tepat lebih menarik. Tidak salah jika ottoman diberi suntikan warna yang agak berbeza dari set sofa. Ia tidak perlu sedondon. Segalanya terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memberi ruang solekan ala warna harmoni atau satu warna lain di tengah ruang. Simple-simple aja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pause Ipoh. Sebuah lagi lokasi terbaru homestay menjadi buruan bagi mereka yang berkunjung ke pekan Hipster ini. Terletak di Taman Kampar Ipoh, Pause Ipoh dibina di dalam sebuah unit rumah teres lama yang menempatkan 3 buah bilik yang disewakan pada kadar RM 300 untuk satu malam.
Pause Ipoh harus menjadi pilihan anda yang merancang percutian di Ipoh bukan sekadar dek harganya yang amat berpatutan malah dekoarsi yang di ilhamkan pemilik amat berbeza.
Jika dilihat seawal pemilikkan kediaman ini, banyak ubah suai perlu dilakukan. Namun, pemilik tidak sama sekali tidak merombak sturktur utamanya kerana ia mempunyai nilai artistik yang tersendiri.
Cukup sekadar memberi kemasan pada lantai, cat baru serta perincian terutamanya pencahayaan agar dapat memberi aura dan nafas baru kepada kediaman ini. Jom kita tengok transformasi yang telah dilakukan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!