Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi. Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman, namun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.
Konkrit yang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalakan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi.
Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan. Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi.
Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Melihat bidang pertanian dan peternakan mula menjadi perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat, segelintir pengusaha mengambil peluang untuk menceburi cabang baru dalam mempelbagaikan perniagaan mereka. Antara yang bidang yang menjadi tren terkini di bidang agro adalah pelancongan. Maka pusat-pusat pelancongan agro tumbuh bagaikan cendawan.
Merancakkan lagi bidang ini, Malaysia Tourism Council mengambil bahagian memperkenalkan produk-produk agro tourism yang terdapat di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Program Road to Agro Tourism telah dianjurkan. Sebanyak 10 siri telah dilancarkan iaitu ke Zon Selatan, Tengah, Pantai Timur, Sabah, Sarawak, Edisi Perak, Kelantan Selangor, Wilayah Persekutuan (KL-Putrajaya) dan Pahang telah. Untuk Road To Agro Tourism Siri ke-3 iaitu Edisi Wilayah Persekutuan, Majlis Pelancongan Malaysia telah menjayakan nya dengan usaha sama daripada Perbadanan Kampong Bharu dan Perbadanan putrajaya dengan sokongan kementerian Pertanian dan Industri Asas tani, kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Sebanyak 30 destinasi telah dilawati dan dipromosikan dalam RTA3 kali ini. Turut bersama dalam rombongan ini ialah 50 wakil media dan di hoskan oleh selebriti Maria Tungku Sabri.
Bagi menjayakan program, RTA3 turut bekerja sama dengan MARDI-MAEPS, Hotel TAMU, Bas On Hop Off, Pulse Group, Nafas Group, Cyberview Resort, Universiti Putra malaysia, DSSM (Silat) dan Jabatan Warisan Negara
Road to Agro Tourism Siri Ke-3 (Wilayah Persekutuan) telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato’ Affendi Zahari, Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu sekaligus merasmikan pembukaan Hotel Tamu. Selesai majlis pelancaran tersebut, semua tetamu dan ahli midia dijemput untuk mengelilingi Kampong Bharu sekaligus mempromosi kebudayaan masyarakat setempat.
Seramai 300 orang tetamu turut hadir dalam menjayakan Night Walk 10,000 langkah berbusana. Untuk membangkitkan lagi aura malam kemuncak itu, rata-rata peserta yang mengikuti Night Walk 10,000 langkah mengelilingi Kampung Bharu telah mengenakan busana tradisional
Agro Pelancongan yang dilancarkan merangkumi aktiviti pelancongan berkaitan dengan perladangan, pertanian, peternakan, perikanan, industri asas tani (makanan berproses dan bukan makanan) perkhidmatan dan aktiviti berkaitan dengan Agro.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kuala Lumpur, 6 Februari 2018: AkzoNobel, syarikat peneraju dalam industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux hari ini mengumumkan pelancaran ramalan trend tahunan, ColourFutures yang menggambarkan gaya warna utama utnuk 2018. Warna terunggul yang dipilih sebagai Warna Tahunan 2018 adalah Heart Wood. Pemilihan warna ini dipilih berdasarkan penyelidikan yang telah dibuat terhadap trend, pandangan dan sikap pengguna.
Dengan tona merah jambu matang yang lembut dan panas, ia membawa ciri-ciri sentuhan kulit kayu-kayan dan mampu menyerlahkan suasana keselesaan yang tampil ringkas kepada anda yang inginkan keselesaan dan mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih mesra.
“Dengan masa yang berlalu dengan pantas terutamanya disebabkan oleh kehidupan yang kian sibuk, kini adalah masa untuk kita berhenti sejenak dan mencari ketenangan. Kediaman kita perlu menjadi tempat yang membolehkan kita merendahkan nada bising, runag untuk menyemai nilai serta menyegarkan semula minda dan badan. Warna boleh memainkan peranan signifikan dalam mencapai keseimbangan antara kesibukan dunia luar dan ketenangan dalaman,” jelas Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global Dulux, Heleen Van Gent.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!