Apa yang boleh anda lakukan dengan bilik tidur yang mempunyai saiz lebih kurang 8 kaki x 8 kaki? Letak sebuah katil bersaiz queen, sebuah almari dan meja solek dah penuh. Tapi, bilik tidur ini diubah suai lengkap dengan ruang menonton dan tempat simpanan tambahan seperti yang dikongsikan oleh Aircrag Marikit. Sudah pasti, konsep bilik seperti ini menjadi idaman si bujang yang pentingkan gaya dan keselesaan
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Beras, kalau tak kena cara simpannya memang tak sampai sebulan dah mula berbubuk. Tambahan, waktu pandemik ni, ber beg-beg beras diterima hasil sumbangan kan. Sampai tak sempat nak dibuka pun dah ada bubuk.
Kali ini, Puan Sara Saad berkongsi tip simpan beras tahan sampai bertahun tanpa bubuk pula. Antaranya:
Beras perlu dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu. Nak mudah, keringkan beras bawah terik mentari sekurang-kurangnya satu hari. Sediakan botol minumun 1.5 liter atau tong air 5 liter. Pastikan ia kering sepenuhnya. Isi beras dalam botol dan tutup kedap.
Bila oxygen habis dlm botol, semua bubuk dan telur bubuk tidak boleh hidup.
Letak sebatang sudu stailess steel di dalam bekas simpanan beras. Teknik ini banyak digunakan oleh masyarakat di Thailand. Namun, masih tiada sebarang bukti sahih terhadp teknik ini
Walaupun ia memberi aroma yang harum kepada beras, namun kutu beras tidak menyukainya. Teknik ini berupaya mengelak kehadiran kutu beras 2-3 bulan
Jika beras simpanan anda telah dimasuki kutu, sediakan cawan bersisi cuka dan letakkan di tengah-tengah beras atau boleh gantikannya dengan ketumbar jawa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut setiap tahun untuk meraikan kemenangan cahaya dalam melawan kegelapan.
Sesuai dengan namanya, Pesta Cahaya ini diraikan secara harmoni oleh masyarakat Malaysia – biasanya dengan perjumpaan dan hidangan juadah yang enak. Bagaimanapun, dengan pandemik dan perintah kawalan pergerakan, sambutan Deepavali tahun ini mungkin sedikit berbeza.
Ini adalah kerana kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding sebelum ini. Di sambil kita menyesuaikan diri dengan normal baharu, apa kata sambutan tahun ini diraikan dengan memeriahkan kediamanan kita dengan warna baharu yang diinspirasikan oleh Deepavali, hiasan Kolam dan Sari yang berwarna-warni. Kita melihat kepada tiga warna asas untuk ketiga-tiga perkara ini – hijau, merah dan kuning.
AkzoNobel, syarikat cat dekoratif dan penyalut yang terkemuka serta pengeluar cat Dulux, mempunyai lebih 2,000 barisan warna untuk kemasan pelbagai jenis permukaan bagi memenuhi semua keperluan dekorasi anda. Di sini, kami ingin mengongsikan beberapa idea bagaimana Dulux boleh membawakan kemeriahan Deepavali ke rumah anda sepanjang tahun ini.
Raikan di rumah dengan warna inspirasi Deepavali
Dulux Ambiance Pearl GloTM Marvelous Coral (07YR 21/415) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)
Merah secara semula jadinya adalah warna asas yang sering dikaitkan dengan api, keghairahan dan juga dapat dilihat sebagai warna bertuah ketika Deepavali. Warna merah juga merupakan pilihan sesuai untuk digunakan di bilik tidur, terutama jika ia adalah Marvelous Coral – merah bata lembut dengan sedikit sentuhan merah jambu yang dapat menangkap kecerahan cahaya lampu dan dekorasi Deepavali. Apabila merah ini dipadankan dengan warna semula jadi bumi, ia akan memberikan bilik tidur anda gandingan tenaga yang harmoni. Bagi melengkapkan warna ini, anda boleh menggandingkannya dengan – Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106), iaitu nada warna bumi yang lembut, yang meraikan perubahan.
Dulux Ambiance Pearl GloTM Zodiac Night (70GG 13/323)
Hijau adalah warna yang menghidupkan yang hadir dalam pelbagai tona. Ianya cukup popular dan digunakan dalam kebanyakan hiasan Kolam dan Sari. Nada hijau sesuai digunakan untuk ruang yang banyak menerima pantulan cahaya semula jadi, dan kehadiran pokok-pokok segar di dalam ruang berkenaan akan menjadikan suasana lebih menenangkan. Zodiac Night adalah hijau gelap yang menyerlah dan bersemangat yang boleh mewujudkan suasana damai dan santai. Nada hijau yang lebih cerah seperti Windsurfer (10GY 74/325) adalah warna kontras yang sangat sepadan dengan hijau gelap Zodiac Night. Dan untuk menyempurnakan semuanya, anda boleh memberi nafas segar ke pejabat di rumah atau ruang tamu dengan kehadiran pokok lidah mertua. Pokok lidah mertua ini juga terkenal sebagai pembersih udara semula jadi yang menyerap toksin dan mengeluarkan oksigen, walaupun pada waktu malam.
Dulux Ambiance Pearl GloTM Monarch Gold (20YY 36/370) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)
Bagi penganut agama Hindu, pakaian kuning dipakai oleh dewa-dewa seperti Dewa Vishnu dan Dewa Krishna, menjadikan warna itu sebagai simbol pengetahuan, kebahagiaan dan kedamaian. Dari segi rekaan dan nilai estetikanya, ia juga adalah warna yang membahagiakan dan mempunyaikan keupayaan untuk mencerahkan ruangan yang gelap secara strategik. Anda boleh mengekalkan semangat Deepavali sepanjang tahun di rumah anda dengan gabungan warna Monarch Gold merentasi warna Brave Ground. Sentuhan tona kuning merentas warna coklat adalah gandingan kontras yang cukup sepadan untuk menyerlahkan lagi gaya rekaan ringkas dan elegan pada bilik tidur atau ruang tamu anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Fungsi papan pemotong di dapur memang tidak dapat disangkal lagi. Kepentingannya ibarat air dan udara buat manusia. Tetapi malangnya, jangka hayat bagi sesebuah papan pemotong tidak lama. Lebih-lebih lagi jika digunakan setiap hari, papan pemotong akan cepat kotor, tambahan pula ia juga mudah menjadi pusat perkumpulan dan pembiakan kuman!
Jadi bagi menjamin makanan yang disediakan untuk keluarga kita bersih dan selamat, adalah lebih baik jika kita mencuci papan pemotong dengan kerap. Tidak memadai hanya dicuci menggunakan sabun setiap kali selepas diguna, ahli kimia Dr Fatimah Salim ada berkongsi cara mencucinya dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Mari kita semak perkongsian bermanfaat ini.
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?! Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.
3) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
4) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.