Alkisahnya, pasangan ini merancang untuk membina sebuah kabinet dapur. Namun pembinaan dilakukan sedikit demi sedikit. Yang penting, struktur utama sudah dibina dulu tanpa kabinet.
Itu pun dah cukup senang hati dah si isteri. Sementara nak tunggu kabinet dipasang, si isteri mengambil langkah bijak untuk membuat langsir DIY menutupi ruang kabinet yang masih kosong di bahagian bawah. Nak dipaku atau ditebuk sayang, nanti mengganggu struktur pulak jadi penggunaan bahan mudah alih adalah yang terbaik asalkan kos nya murah dan nampak kemas.
Jadi pemilik menggunakan pelekat jubin, dan batang besi sebagai pemegang langsir. dan cable tie digunakan untuk mengikat langsir pada batang besi tadi. DAN INI HASILNYA.
Ads
Ads
Ads
Dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM50, pemilik berjaya membuatkan kitchen cabinet tampil menarik dan tersusun. Asalkan rajin dan kreatif hasilnya pasti menggembirakan hati.
sumber: Puan Noranizah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sistem tanaman Hidroponik adalah pilihan terbaik bagi mereka yang tidak ada masa yang banyak, tapi nak berkebun. Ini disebabkan oleh dengan penggunaan sistem ini, tugas menyiram dan membaja dianggap selesai sebab air yang ditakungkan di bahagian bawah berfungsi sebagai medium tumbesaran. Hanya sekali sekala sahaja anda perlu top-up air atau baja AB bila berkurangan.
Tapi untuk dapatkan set hidroponik ni, harga dia boleh tahan juga harganya. Kalau bertuah, boleh lah dapat RM 25 satu bekas dan ada juga yang menjualnya sampai RM 70. Tapi, remaja ini bijak. dia boleh olah sendiri pasu daiso RM 5.30 menjadi sebuah bekas hidroponik yang lebih menarik.
Bahan yang diperlukan
1 biji pasu dari Daiso
1 keping Styrofoam
10 cawan hidroponik atau boleh gunakan cawan minuman
Peralatan untuk membina hidroponik
Pembaris
Pisau pemotong
dawai yang telah dibulatkan untuk menebuk lubang
Cara-cara:
1. Ukur mulut pasu untuk menentukan saiz Styrofoam yang diperlukan sebagai penutup dan pemegang cawan hidroponik
2. Buat ukuran pada Styrofoam saiz yang telah di tentukan tadi dan potong.
3. Tentukan kedudukan cawan hidroponik dan pastikan ia bersesuaian dengan besi pemanas yang akan digunakan untuk tujuan menebuk lubang.
4. Panaskan besi penebuk dan tebuk terus lubang sebagai pemegang pasu mengikut lakaran saiz yang telah disediakan
5. Potong bucu Styrofoamuntuk mudah muat pada mulut pasu.
6. Letakkan Styrofoam pada mulut pasu dan susun cawan hidroponik. Sedia untuk digunakan
Sumber: Anggi nosaffri
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Karpet baru beli, tiba-tiba boleh pula kan anak atau tetamu yang datang jatuhkan makanan atas karpet kita. ADUH! sakitnya mata, hati apa lagi kan. Terus gulung atau lipat karpet untuk dihantar dobi. Kak, dobi karpet bukan murah tau.
Habis, macam mana nak bersihkan karpet kotor? Jangan risau, sebab anda boleh cuba cara bersihkan karpet kotor yang paling mudah dan tak perlukan ringgit yang banyak untuk penyelesaiannya. Jom tengok satu-satu!
Kopi, Milo dan pelbagai lagi air yang berwarna gelap akan meninggalkan kesan apabila tertumpah atas karpet. Nak-nak kalau karpet yang berwarna cerah.
Kebiasaannya apa yang akan anda lakukan? Ambil kain kering dan tekap pada bahagian yang tertumpah tadi kemudian lap dengan kain yang telah dibasahkan dengan air bersih kan. Tapi masih ada kesan kotoran, betul tak?
Lain kali cuba cara ini:
Hasilnya, kesan tumpahan akan hilang tanpa perlu hantar ke dobi!
Masalah bulu kucing atau anjing pada karpet memang susah nak hilangkan. Gunakan squeegee sebelum anda vacuum karpet. Alat ini sangat membantu untuk mengumpulkan bulu-bulu halus yang terselit pada karpet, terutama jenis karpet berbulu tebal.
Shag rug atau karpet berbulu panjang memang suka memerangkap habuk. Lagi tebal karpet anda, lagi banyaklah habuk yang terperangkap. Vacuum sahaja tidak mencukupi!
Caranya, anda perlu menggunakan lint roller pada keseluruhan permukaan karpet. Kemudian lipat dua dan vacuum bahagian bawah karpet mengikut bahagian (by part). Tak perlulah terbalikkan semua karpet penat nanti!
Ni kotoran paling degil, nak-nak bila dah terpijak lagi susah nak tanggalkan. Caranya mudah saja:
Gunakan ketulan ais dan biarkan selama 5-10 minit atau sehingga chewing gum tadi mengeras. Bila dah keras, baru lah mudah untuk anda tanggalkan tanpa merosakkan serat karpet.
Untuk menghilangkan kesan minyak atau kotoran degil lain, campurkan:
Kacau rata dan aliskan pada kawasan kotoran. Gosok perlahan menggunakan kain atau span lembut. Kemudian bilas dengan kain yang telah dibasahkan dengan air bersih. Ulang langkah ini jika masih ada kesan degil. Ini salah satu cara bersihkan karpet kotor paling jimat dan berkesan!
Bila kita letak perabot atau apa-apa benda berat atas karpet dalam tempoh lama, sudah pasti ia akan meninggalkan kesan lekuk akibat tekanan.
Untuk hilangkan kesan tu, letakkan ketulan ais pada bahagian yang lekuk dan biarkan cair. Kemudian gunakan garfu untuk “sikat” semula serat karpet supaya naik semula ke bentuk asal. Mudah kan?
Itulah enam cara bersihkan karpet kotor yang anda boleh buat sendiri di rumah tanpa perlu keluarkan duit untuk dobi. Bukan sahaja jimat, tapi karpet anda pun kekal bersih, wangi dan nampak baru setiap masa!
Kecoh dengan rumah RM 150K di jual pada harga runtuh iaitu RM 50K. Tapi impiana lebih suka rumah yang brother ni buat. Tak menggunakan modal sesen pun. Jejaka Australia ini gemar mengkaji dan mencuba sendiri cara hidup zaman primitif. Dari perkakasan yang digunakan harian seperti pisau, kapak, mangkuk dan sebagainya dibuat sendiri dari bahan-bahan yang banyak terdapat di persekitarannya.
Yang paling kagum, Rumah yang dibina menggunakan tanah liat dan kayu. Bagi sesiapa yang ada pasang niat nak bina rumah pondok, atau nak belajar kemahiran diri, boleh ikut cara-cara atau DIY kediaman yang telah disediakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.