Bina ‘Greenhouse’ Dari Bekas CD Terpakai Sesuai Untuk Pokok Susah Hidup

Share

green house dari Bekas CD dibina pada asalnya untuk dijadikan sebagai bekas semaian biji benih dan tanam-tanaman yang sensitif.  Tapi bila siap nampak cantik pulak strukturnya, Jadi ia juga sesuai sebagai sebahagian dekor dalam rumah. Boleh letak pokok orkid, pepakis, semai benih tomato, kobis dan lain-lain.

Bahan-bahan:
40 keping               bekas CD lama berukuran 11″x18″x20″
1 tube                    gam plastik yang transparent
Pisau pemotong yang tajam
pembaris
Papan pemotong

Cara-cara:
1. Bersihkan bekas CD dari sebarang pelekat, habuk atau label. Kalau perlu, Cuci dengan air dan sabun serta dikeringkan sepenuhnya.

2. Bina dinding. Untuk membina dinding sisi greenhouse, Ia memerlukan 5 keping bekas CD disusun seperti dalam gambar. Manakala untuk dinding hadapan dan belakang, 6 keping bekas CD diperlukan.

Memandangkan bentuk bekas CD ni segi empat tepat dan bukan segi empat sama, pastikan ia disusun secara bertentangan seperti dalam gambar. Lebih mudah, atur bekas CD terlebih dahulu sebelum digamkan dan biar semalaman sebelum langkah seterusnya.

3. Untuk bentukkan bahagian 3 segi sebagai bumbung pada sisi dinding atau peak, dua keping bekas CD perlu digunakan. Apit kedua-duanya pada bahagian atas dinding sisi yang telah digamkan semalaman.

Gunakan pembaris untuk menentukan bentuk sudut yang perlu dipotong dan potong menggunakan pisau. Pastikan, sudut diperolehi tepat. Cantumkan dua bahagian yang telah siap dipotong dengan gam plastik dan biarkan lagi semalaman.

4. Untuk membentuk peak atau puncak bumbung yang terakhir, gunakan sekeping bekas CD.Pastikan Sudut yang diperolehi sama seperti dinding sisi bertentangan bagi mengatasi masalah bumbung tak boleh dicantum nanti. Siap potong, gam kan.

5. Cantumkan semua diding menjadi sebuah kotak. Sebagai sokongan sementara, gunakan pelekat kertas untuk menyokong dinding. Bila gam dah kering sepenuhnya, baru lah ia ditanggalkan.

6. untuk membentuk bumbung, 4 keping bekas CD disusun bengkok mengikut sudut peak bumbung yang telah disiapkan pada dinding sisi dan gamkan antara satu sama lain. Apabila ke empat-empat keping bekas CD telah kukuh dan gam kering sepenuhnya, cantumkan bumbung atas dengan dinding greenhouse

yang telah siap.

7. Untuk membentuk sambunggan pada hujung bumbung yang juga akan berfungsi sebagai pintu untuk penyelenggaraan atau meletakkan tanaman, Anda memerlukan 4 keping bekas CD bagi setiap sisi. Buka dan letakkan bekas CD di atas permukaan rata dan cantumkan setiap sisi dengan gam dan biarkan kering semalaman. Namun AWAS! jangan gam pada bahagian engsel. Dah kukuh, cantumkan kepingan tadi pada hujung bumbung yang telah bersambung dengan bahagian peak.

Sumber: www.megacrafty.com

 

 

IKLAN