green house dari Bekas CD dibina pada asalnya untuk dijadikan sebagai bekas semaian biji benih dan tanam-tanaman yang sensitif. Tapi bila siap nampak cantik pulak strukturnya, Jadi ia juga sesuai sebagai sebahagian dekor dalam rumah. Boleh letak pokok orkid, pepakis, semai benih tomato, kobis dan lain-lain.
Bahan-bahan:
40 keping bekas CD lama berukuran 11″x18″x20″
1 tube gam plastik yang transparent
Pisau pemotong yang tajam
pembaris
Papan pemotong
Cara-cara:
1. Bersihkan bekas CD dari sebarang pelekat, habuk atau label. Kalau perlu, Cuci dengan air dan sabun serta dikeringkan sepenuhnya.
2. Bina dinding. Untuk membina dinding sisi greenhouse, Ia memerlukan 5 keping bekas CD disusun seperti dalam gambar. Manakala untuk dinding hadapan dan belakang, 6 keping bekas CD diperlukan.
Memandangkan bentuk bekas CD ni segi empat tepat dan bukan segi empat sama, pastikan ia disusun secara bertentangan seperti dalam gambar. Lebih mudah, atur bekas CD terlebih dahulu sebelum digamkan dan biar semalaman sebelum langkah seterusnya.
3. Untuk bentukkan bahagian 3 segi sebagai bumbung pada sisi dinding atau peak, dua keping bekas CD perlu digunakan. Apit kedua-duanya pada bahagian atas dinding sisi yang telah digamkan semalaman.
Ads
Gunakan pembaris untuk menentukan bentuk sudut yang perlu dipotong dan potong menggunakan pisau. Pastikan, sudut diperolehi tepat. Cantumkan dua bahagian yang telah siap dipotong dengan gam plastik dan biarkan lagi semalaman.
4. Untuk membentuk peak atau puncak bumbung yang terakhir, gunakan sekeping bekas CD.Pastikan Sudut yang diperolehi sama seperti dinding sisi bertentangan bagi mengatasi masalah bumbung tak boleh dicantum nanti. Siap potong, gam kan.
Ads
5. Cantumkan semua diding menjadi sebuah kotak. Sebagai sokongan sementara, gunakan pelekat kertas untuk menyokong dinding. Bila gam dah kering sepenuhnya, baru lah ia ditanggalkan.
6. untuk membentuk bumbung, 4 keping bekas CD disusun bengkok mengikut sudut peak bumbung yang telah disiapkan pada dinding sisi dan gamkan antara satu sama lain. Apabila ke empat-empat keping bekas CD telah kukuh dan gam kering sepenuhnya, cantumkan bumbung atas dengan dinding greenhouse yang telah siap.
Ads
7. Untuk membentuk sambunggan pada hujung bumbung yang juga akan berfungsi sebagai pintu untuk penyelenggaraan atau meletakkan tanaman, Anda memerlukan 4 keping bekas CD bagi setiap sisi. Buka dan letakkan bekas CD di atas permukaan rata dan cantumkan setiap sisi dengan gam dan biarkan kering semalaman. Namun AWAS! jangan gam pada bahagian engsel. Dah kukuh, cantumkan kepingan tadi pada hujung bumbung yang telah bersambung dengan bahagian peak.
Sumber: www.megacrafty.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi yang tinggal di dalam kediaman bersaiz kompak, sudah pasti perancangan rapi perlu dilakukan untuk memuatkan segala keperluan. Oleh itu, pilihan perabot pelbagai guna atau modular seperti murphy bed adalah penyelesaian terbaik.
Tapi, harga perabot modular ni boleh tahan mahal juga. Tapi, suami Puan Nisbah Ramly ada idea lebih biak untuk hasilkan sendiri tempat gosok bau 2 dalam 1.
Bahan-bahan:
papan penggosok
playwood tebal 9mm
walpaper
cermin
gam
Car-cara:
1. Untuk buat kotak, saya gunakan playwood 9mm (6mm pun boleh). Saya gunakan playwood lebihan yang sedia ada dirumah. Sebab itu kotak bahagian dalam ada nampak kayu penyambung.
2. Kotak dah siap, balut dengan wallpaper
3. Papan penggosok, saya gunakan yang biasa. Ubah suai pada bahagian kaki sahaa. saua guna satu kaki untuk buat penahan dan 1 lagi dibuang
4. Untuk lebih kukuh, sediakan penahan bahagian bawah papan penggosok supaya mudah didirikan dan dilipat
5. Tampal cermin menggunakan gam di bahagian hadapan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rakan mesra struktur kayu ni biasalah, Anai-anai. Walaupun anda menggunakan kayu atau papan terawat dan telah diberi kesaman pelindung anti perosak, bila sampai usianya, pasti anai-anai akan singgah. Namun, Atama Aaeman ada petua lama yang dipelajari dari bapanya untuk merawat kayu dari serangan sebarang perosak dan tahan lebih lama.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu. Saya gunakan sebungkus ubat gegat seperti dalam gambar untuk seliter diesel.
Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan. Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini. Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Selepas dirawat, kayu-kayu ini terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak pasu bunga.
Contoh kayu terawet yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai tetapi kayu selamat dari dirosakkan. “Terowong” anai-anai dah penuh atas kayu tapi kayu masih elok di permukaan dan dalamnya masih macam baharu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buat Sendiri Pagar Tanaman Mini Dari Kayu Terbuang Modal Hanya RM20
Profil Projek: Pagaran Kayu
Kos: RM3 (Untuk pagar sepanjang 30cm)
Tempoh: 1 jam
Tahap: ** (Perlu dilakukan oleh orang dewasa namun kemasan boleh diakhiri oleh kanak-kanak)
Taman bersaiz kecil memerlukan pagaran ringkas yang tidak menyebabkan taman mini menjadi janggal. Bagi mengurangkan kos pembinaan pagaran ini, LAMAN menggunakan sumber sedia ada untuk menggalakkan kitar semula. Kayu yang digunakan untuk membuat projek ini merupakan kayu pada cangkul yang telah rosak. Bahagian besi pada cangkul dibuang dan kayunya dijadikan pagaran. Ikuti DIY ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara buat sendiri pagar tanaman.
Bahan-bahan:
Batang kayu pada cangkul yang tidak digunakan lagi
Dawai bersalut plastik
Mesin mnggerudi/grill
Langkah pertama adalah mengukur kayu tersebut dengan beberapa panjang yang berlainan untuk mewujudkan kepelbagaian. Potong menggunakan gergaji kayu. Pastikan permukaan yang dipotong adalah rata.
Seterusnya, buatkan lubang menggunakan grill pada bahagian bawah dan atas dengan jarak dan kedudukan yang sama bagi setiap kayu untuk tujuan memasukkan dawai mengikat kayu-kayu tersebut.
Kemudian, masukkan dawai tadi ke dalam lubang yang telah disediakan tadi. Ikat pada bahagian hujung untuk merapatkan pagaran ini.
Langkah terakhir adalah letakkan pagaran kayu mini ini pada perimeter tanaman ataupun gunakan ia sebagai ornamen taman.
Buat sendiri pagar tanaman
Nota:
Semasa mengendalikan cangkul yang usang, mungkin terdapat bahagian berkarat dan tajam, anda perlu berhati-hati.
Mesin grill memerlukan orang dewasa yang berpengalaman menggunakannnya.
Binaan ini sesuai untuk taman bersaiz kecil kerana sumber kayu yang terhad.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!