Stail abad pertengahan dilihat sebagai suatu trend yang timeless dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Mula dikembangkan seawal pertengahan tahun 30-an lagi, stail ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan dekor simple but elegant. Dengan motto form follows function, deko abad pertengahan amat menitikberatkan fungsi dan bentuk yang sederhana bagi sesuatu perobot. Potongan yang bersih, bentuk organik lembut dan warna natural yang digunakan menjadikan stail ini tidak lapuk ditelan zaman.
IMPIANA paparkan 10 inspirasi ruang makan yang menerapkan unsur abad pertengahan yang pasti memikat hati!
Penggunaan cermin besar yang mendominasi dinding dapat menampilkan ilusi ruang makan lebih luas dan lapang. Melengkapkan lagi kehadiran perabot, penggunaan warna ‘earth tone’ pula dapat membangkitkan suasana yang lebih selesa dan anggun.
Karpet saiz besar bercorak abstrak menjadi fokus utama ruang makan indah ini. Meja konsul dengan rekaan kemas diletakkan di belakang meja agar dinding tidak kelihatan kosong dan terlalu dull. Penggunaan aksesori walaupun ringkas tetapi ia cukup untuk menarik perhatian serta membuatkan ruang lebih sempurna.
Pencahayaan semulajadi juga menjadi salah satu elemen penting untuk mendapatkan feel konsep Abad Pertengahan. Hiasan dinding ditambah sebagai penambah seri dinding putih dan polos manakala meja bulat simple pula sebagai pelengkap gaya.
Ads
Kombinasi warna hitam dan putih dipadankan dengan karpet oriental menjadikan ruang makan ini nampak elegan. Pencahayaan semulajadi turut menjadi taruhan apabila limpahan cahaya matahari memenuhi ruangan bertemakan mid-century ini membuatkan suasana lebih segar dan hidup.
Pemilihan lampu pendant unik dengan mentol putih kelihatan menarik apabila dipadankan dengan meja makan ini. Kemasan kaki meja juga menjadikan ruang ini lebih berpersonaliti. Ringkas tetapi elegan!
Ads
Tumbuhan hijau memberi pengudaraan segar serta tampak serasi di samping set meja makan coklat dan biru tua. Bingkai gambar dan artwork di susun di atas meja konsul menyuntik suasana cosy. Sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya santai dan ringkas tetapi masih lagi menyerlahkan impak.
Kaki kerusi yang di reka senget menjadikan set meja makan ini nampak lebih ‘sleek’. Cermin bulat digantung rapi pada dinding betul betul diatas meja konsul akan memberi first impression yang baik pada tetamu. Ada kalanya sesuatu yang ringkas serta tidak berlebihan dalam rekaan adalah lebih baik.
Ads
Sepasang ‘Sputnik chandelier’ yang digantung pada siling meja makan menjadi tarikan utama ruang ini. Dinding putih, karpet oriental serta artwork pada dinding juga melengkapkan lagi suasana Abad Pertengahan moden.
Mix and match kerusi di meja makan untuk ruang tampak lebih ranggi dan menonjol. Tidak ada peraturan menyatakan sesebuah meja makan itu mestilah sedondon. Tampilkan kelainan sekali sekala baru lah unik ruang makan anda. Elemen kayu serta warna ‘warm’ pula mambuatkan ruang ini nampak selesa.
Dinding putih, warna ‘tan’ serta karpet oriental merupakan kombinasi yang tepat untuk mendapatkan ruang berkonsepkan Abad Pertengahan. Less is more!
Sumber : Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pelan rumah memanjang yang menyambungkan sekali ruang tamu dengan ruang makan pastinya boleh buat kita pening hendak memikirkan susun atur dan deko yang sesuai dan menjamin keselesaan. Oleh itu ruang seperti ini haruslah dirancang dengan berhati hati dan teliti agar tidak tersilap langkah, menjadikan ruang tidak nyaman didiami. Rugi nanti.
Jadi disini kami ingin kongsikan idea dekorasi daripada Puan Hasfarina Aziz yang telah berjaya menghias rumah beliau sehingga kelihatan lebih luas dan menarik. Kediaman yang terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat telah diubah suai dalam masa sebulan berpandukan konsep minimal moden yang juga menerapkan sedikit gaya ala hotel yang menjanjikan eksklusiviti dan sudah tentunya keselesaan.
Dengan bermodalkan RM15k, gabungan barangan dari Kaison, IKEA dan Lazada telah menjadi pilihan tuan rumah. Ruang dengan ukuran 35 kaki x 10 kaki ini dicat warna cream disertakan wainscoting pada bahagian bawah menonjolkan lagi aura mewah rumah ini. Pada bahagian menonton televisyen dan dining area juga ada dipasang pembahagi ruang yang tampak ringkas tapi tetap menarik. Agar ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv. Ilusi ini berjaya membuatkan kediaman pemilik kelihatan luas dan lapang.
Mari IMPIANA bawakan pembaca lihat transformasi kediaman Puan Hasfarina sebagai inspirasi. Selamat menghias!
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Seperti yang sudah kita sedia maklum, saiz bukanlah penentu kecantikan dan keselesaan sesebuah kediaman. Jika kena gaya, rumah yang kecil pun terasa cukup selesa dan menarik. Seperti yang dilakukan pemilik akaun fb Ron Rivaldy, rumahnya yang berukuran 850 kaki persegi berjaya diubah menjadi sangat menarik. Dengan berpandukan konsep practical minimalist, ruang tamu tuan rumah tampak begitu moden dan sesuai dengan keluarga kecilnya yang baru sahaja mendapat cahaya mata berusia 5 bulan. Katanya,
Saya dan isteri beli perabot yang perlu sahaja sebab rumah tak besar dan sekarang ada anak yang baru berusia 5 bulan. (Barulah) ada ruang untuk dia bermain di samping nak anak kami belajar untuk berada dalam keadaan rumah yang teratur.
Katanyanya lagi, pengalaman bekerja di hotel telah banyak memberi idea pada beliau selain kenangan isterinya semasa belajar di Brisbane juga dapat diterapkan dengan sempurna ketika mendeko rumah ini. Lebih selesa membiarkan lantai kediaman raw, menggunakan simen render kerana jika titutup dengan tikar getah potensi untuk berbau dan tidak tahan lama adalah sangat tinggi. Pasangan ini juga menggantikan langsir dengan wooden blind untuk pengudaraan yang lancar dan pada waktu malam dapat merasa dingin angin kerana rumah mengadap kawasan bukit tempat laluan angin. Warna Sky Blue dan Ivory White dipilih sebagai warna utama kediaman sesuai dengan minat pasangan ini terhadap alam semulajadi kemudian diolah dengan bijak dalam bentuk yang lebih moden supaya nampak kemas.
Apartment Sri Harmonis di Jalan Gombak milik Encik Ron ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk disempurnakan sejak berpindah masuk pada Januari 2017. Pemilihan bahan dan aksesori yang teliti oleh pemilik juga telah menyumbang kepada keindahan rumah ini. Ada antara hiasan yang digunakan telah dikumpul lama sejak dari 2013 dan ada antaranya yang dibeli baru. Inilah yang dinamakan bijak berbelanja dan kreatif kerana tidak semestinya perlu membeli baru segala perhiasan, jika terdapat barang sedia ada yang sesuai juga boleh diletakkan sekali dalam ruang yang serba baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagaikan butler yang menyambut kita apabila pulang dari kerja. Ruang foyer atau ruang yang berdekatan dengan pintu masuk, selalunya terbiar sepi. Walhal sudut kecil ini memainkan peranan yang sangat besar. Kita bagaikan terlupa bahawa sebelum keluar atau selepas memasuki kediaman, pelbagai barang perlu kita letak dan susun. Selain dari kasut payung, topis , kunci kereta dan sebagainya.
Selalunya di sini, pereka senang menempatkan meja konsol. Di tempatkan pelbagai bekas atau gantungan untuk pelbagai tujuan. Ada juga yang menambah bakul pelbagai guna untuk menempatkan pelbagai lagi keperluan sekerluarga. Selain tempat menyimpan kasut dan sebagainya.
Selain daripada menempatkan cermin muka, anda juga boleh menempat cermin panjang labuh untuk menampakkan keseluruhan penampilan sebelum keluar dari rumah. Malah ada juga yang menempatkan jambangan bunga indah yang mempersonakan. Paling tidak harum bahagian hadapan ruang kediaman anda. Apa pun kita perlu bijak memanfaatkan ruang kecil ini agar terisi dan memberi manfaat kepad aseisi keluarga. Simple-simple je IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.