
Estetika ‘Coffered Ceiling’ Serlah Dekorasi Teres 2,350kps Konsep Modern Farmhouse! Melangkah masuk kediaman jenis Semi D teres (End Lot) berkeluasan 2,350kps milik Puan Siti Nordiana Samsam (Kak Di) ini, IMPIANA tertarik pada idea binaan siling di ruang tamu rumah. Rekabentuk geometri atau ‘Coffered Ceiling’ tampak cukup elegan dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri sekaligus melengkapi konsep ‘Modern Farmhouse’ yang menjadi pilihan pada kediaman ini.
“Konsep rumah ni Kak Di suka sangat, iaitu Modern Farmhouse”. Inspirasi bagi rumah ni diambil daripada media sosial, bila ‘scroll’ tengok rumah-rumah cantik, daripada situ Kak Di bawa konsep ni dan minta ID (Perekabentuk Dalaman) untuk terjemahkan rumah ni,”
“Keutamaan sewaktu renovasi dan dekor rumah pula, Kak Di suka ruang praktikal, simple dan dekor cantik. Jadi Kak Di memang utamakan ‘living room’, sebab di sini tempat selalu lepak, happy, jadi ruang tamu tempat yang Kak Di paling pentingkan,”
“Kak Di memang ‘hire’ ID untuk dekor dan renovasi rumah ni, sebab senang tak perlu pening-pening nak fikir. Malah setakat ini Kak Di sangat puas hati dengan sentuhan ID dan barang-barang yang ada serta tiada lagi perancangan untuk nak tambah atau nak tukar apa-apa dekorasi rumah,”
jelas Kak Di yang telah setahun lebih tinggal di rumah barunya.Setiap pemilik kediaman pastinya mempunyai definisi yang tersendiri dalam mewujudkan rumah impian. Bagi pemilik rumah seharusnya cantik, tenang, tak banyak barang dan mudah dikemas sekaligus dapat menghilangkan penat selepas pulang bekerja.
“Rumah mestilah cantik, tenang. Bila balik rumah tu kira hilanglah penat di office ke tempat kerja ke, bila kita tengok rumah kita cantik, kemas dan bersih. Malah yang paling penting rumah tu senang nak kemas tak banyak barang,” jelas Kak Di
Pemilihan rona semulajadi dan warna lembut, disamping perabot yang tidak terlalu sarat, membuatkan rumah yang mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air ini terasa lapang dan cukup rasa ‘homey’.
IMPIANA juga tertarik dengan rekaan pintu ‘shaker’dan rona hijau sage material spray paint yang sedondon pada kabinet dapur kering serta dapur basah. Tampak cukup manis! Dilengkapi pula dengan kaunter pulau material sintered stone yang tahan lasak. Kedudukan dapur kering pulau bersebelahan dengan laman yang cantik dan mempunyai pencahayaan yang sempurna, sekaligus sering menjadi pilihan pemilik untuk luangkan masa untuk membuat kek dan mengambil gambar di lokasi strategik ini.
“Dapur kering ni dilengkapi dengan Kaunter Pulau. Dekat sini Kak Di selalu ‘baked’ sambil tengok permandangan luar, memang seronok sangat. Dan di sini juga, kita buat tempat ‘shooting’, sebab Kak Di ada kafe Sedap Eatery, Sedap Griller dan Mimpi Cakes, jadi banyak ‘content’ akan ‘shoot’ buat dekat sini. Jadi lighting tu memang cantik,”
jelas Kak Di yang cukup gemar memasak.Menariknya, pemilik juga memasang ‘folding glass’ bagi memisahkan ruang pada dapur kering dan dapur basah. Ia juga berperanan bagi menghalang bau masakan tersebar ke ruang makan dan ruang tamu.
Ruang bawah tangga pula dijadikan stor. Namun yang menariknya pemasangan papan ‘shiplap’ secara vertikal pada bahagian dinding, menyembunyikan ‘pintu’ pada ruang ini dan menyerlah gaya farmhouse.
Selain itu, ruang ‘entrance’ kediaman yang menempatkan kabinet kasut dan kerusi ‘bench’ menjadi salah satu ruang kegemaran peribadi pemilik. Berkongsi lebih lanjut, pemilik gemar ruangan tersebut kerana ia cukup praktikal. Mempunyai tempat untuk letak kunci rumah atau kereta, mempunyai bangku untuk duduk pakai dan buka kasut, serta mempunyai cermin bulat yang besar sebagai tempat ‘bersiap’ melihat penampilan terakhir sebelum keluar rumah.
Menjengah ke ruang privasi bilik tidur di tingkat 2, ternyata setiap bilik diolah mengikut citarasa sendiri. Baik di bilik utama (masterbedroom), bilik anak mahupun bilik tetamu.
Bilik utama turut mempunyai ‘barn door’ rona putih melengkapkan gaya farmhouse moden sebagai pintu masuk kepada ruang ‘walk in wardrobe’ dan bilik air. Bilik anak pula mempunyai rekaan ‘wardrobe’ yang di reka khas serta menggunakan ‘wallpaper’ sebagai feature wall bagi menyerikan ruang bilik. Bilik tetamu pula siap dilengkapi dengan set almari, kabinet sisi dan katil saiz ‘queen’ bagi memberi keselesaan buat tetamu yang datang bertandang.
Semoga perkongsian dekorasi rumah berkongsi Modern Farmhouse ini menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain dalam merealisasikan rumah impian.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Siti Nordiana Sam sam
Pereka ID : ADS Interior Design
Konsep :Modern Farmhouse
Jenis Kediaman: Semi D Teres (End Lot)
Usia Landskap: Mac 2024
Keluasan Kediaman: 2,350 Kps
Spesifikasi Ruang: 4 Bilik Tidur, 4 Bilik Air, Dapur Basah, Dapur Kering, Ruang Tamu, Foyer, Patio
Mesti Baca: Konsep MODERN FARMHOUSE Serlah Karakter Semi-D (Cluster) 2,075kps!
Baca Lagi Di Sini: Tampil ‘Bold & Vibrant’, Terjemahan Konsep ‘Mixed Culture’ Serlah Keunikan Dekorasi ‘House de Verde’
Artikel Menarik: Perancangan Teliti Pemilik Realisasikan Kediaman Konsep Terbuka Inspirasi Modern Mediterranean
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.