Elak Tingkap Kelihatan Kusam Dan Kotor Walaupun Selepas Dicuci, Cuba Guna Campuran Bahan Dapur

Share

Mencuci atau membersihkan tingkap nampak mudah. Tapi hakikatnya, membersihkan tinkap adalah tugas yang lebih memenatkan berbanding menyapu satu rumah. Ia lah, tingkap paling rajin pun dicuci setahun sekali. Jelas, banyak kotoran yang melekat terutamanya tinja serangga.

Tambahan, celah-celah tingkap pun mudah berabuk. Silap hari bulan, habuknya dah melekat dan susah untuk dibersihkan. Selain itu juga, ramai memilih sabun sebagai medium pencuci tingkap. Salah tu, sabun akan menyebabkan tingkap anda lebih kelihatan kusam dan mudah melekat kotoran. Bukan itu sahaja, ia akan menggandakan kerja anda kerana perlu menyingkirkan atau membilas tingkap berkali-kali supaya sabuan cucian hilang. Untuk pastikan tingkap anda bersih dan berseri selepas dicuci, apa kata cuba campuran ramuan pencuci tingkap ini

Bahan-bahan:
2 sudu Pencuci pinggan mangkuk
1 cawan Cuka
8 cawan air panas
mop ataupun kain mikrofiber
1 baldi dan 1 botol penyembur

Langkah-langkahnya:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut di dalam baldi. Kemudian gaul sebati dengan mop. Kemudian isikan larutan tadi ke dalam botol penyembur.2. Sasarkan untuk cuci tingkap bahagian mana dulu. Lepas tu bolehlah anda semburkan larutan tadi ke bahagian tingkap itu. Macam pemilik dalam gambar ini beliau nak cuci tingkap luar rumah terlebih dahulu.
3.

Anda boleh menggunakan kain mikrofiber ataupun mop seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini. Pemilik memilih menggunakan mop kerana ia mudah mencapai bahagian tingkap paling atas tak perlu nak panjat-panjat. Satu lagi kaedah yang anda lakukan jika menggunakan kain mikfrofiber, sarungkan saja pada mop dan ikat kemas. Cara itupun boleh.
4. Bersih sehingga anda benar-benar berpuas hati. Anda boleh kembali menyembur larutan tadi jika perlu.
5. Setelah siap dicuci, anda bolehlah membilas dengan air seperti biasa untuk menghilangkan sisa-sisa larutan itu.
6.
Anda boleh membiarkan tingkap kering dengan sendirinya ataupun gunakan kain kering/alat yang boleh mengurangkan lebihan air di tingkap. Siap! Pencuci ini juga sesuai digunakan untuk menbersihkan cermin dan pintu kaca

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: TikTok@izyanwasabee

IKLAN